TAIPING: Kecundang di majlis tilawah dan hafazan peringkat negeri ketika berusia 18 tahun bukan penghalang bagi qari dari Perak, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan untuk bangkit semula sebelum dinobatkan johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Johor Bahru, semalam.
Pemuda berusia 24 tahun dari Taiping, Perak, itu, berkata episod pada enam tahun lepas itu sebaliknya tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyertai tilawah dengan dorongan dan doa kedua ibu bapanya.
"Kedua ibu bapa, Mohamad Ramlan Dali, 50, dan Umi Kalsum Sukri 46, adalah sebagai penggerak kepada kejayaan ini.
"Saya mula belajar taranum pada usia 14 tahun dari beberapa orang guru supaya saya dapat menguasai taranum seperti baiyati, nahwan dan sebagainya," katanya kepada Bernama hari ini.
Pencapaian tersebut membolehkan Aiman Ridhwan membawa pulang wang tunai RM15,000, piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan ibadah haji.
BACA: Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
BACA: Johan qariah hanya berlatih dalam kereta
Naib johan pula disandang Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir qari dari Pulau Pinang dan qariah Sarrul Munirah Haris dari Melaka, yang masing-masing menerima RM10,000, wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, cenderamata dan sijil penyertaan.
Aiman Ridhwan, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), berkata menuju ke hadapan, beliau akan membuat persiapan untuk bertalaqqi (berjumpa dan berguru) dengan beberapa bekas johan tilawah bagi memantapkan penguasaannya.
"Cabaran pada tilawah al-Quran peringkat antarabangsa memerlukan penguasaan bacaan yang lebih baik kerana saingan berhadapan dengan qari dan qariah antarabangsa daripada pelbagai negara," kata anak kepada kakitangan kesihatan yang kini menetap di Kampung Potong Pinang, Pokok Asam di sini.
Anak kedua daripada dua beradik itu akan menggunakan wang kejayaan dimenangi itu untuk membawa keluarganya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022

Johan Qari Aiman Ridhwan Mohamad (tengah) menerima ciuman kegembiraan daripada ibu Umi Kalsum Sukri (kiri), 46, dan bapa Mohamad Ramlan (kanan), 50. - Foto BERNAMA

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

Dakwaan RUU PSB hapus Melayu, golongan M40, B40 tidak benar - KP PLANMalaysia
Alias berkata kerajaan memegang teguh 10 prinsip bagi memastikan ketelusan pentadbiran dan menjamin hak pemilik hartanah berdaftar.
"Keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan sangat buruk " - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mendakwa keadaan enam tebusan Israel yang dibebaskan Hamas pada sabtu berada pada tahap yang buruk.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kenyataan beliau itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan analisis dan kenyataan pakar kesihatan Israel sendiri.
Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
Dua rakyat Israel yang baru dibebaskan, Avera Mengistu dan Hisham Al-Sayed, tiba dalam keadaan fizikal yang secara keseluruhannya baik.
Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
Tahap kesihatan pemimpin gereja katolik dan Kota Vatican, Pope Francis dilaporkan semakin merosot dalam tempoh 24 jam terakhir.

Dulu tewas di peringkat negeri, kini johan qari tilawah kebangsaan
Episod enam tahun lepas itu sebaliknya tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyertai tilawah dengan dorongan dan doa kedua ibu bapanya.

Johan qariah hanya berlatih dalam kereta
Beliau juga tidak dapat melakukan persiapan terbaik berikutan masalah kesihatan anaknya, dua minggu sebelum pertandingan.

Aiman Ridhwan, Sofizah johan qari, qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
Dengan kemenangan itu kedua-duanya membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji serta cenderamata dan sijil penyertaan.