Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah berkuatkuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu di Istana Anak Bukit di sini selepas mendapat perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Semalam, Azizan menghadap Sultan Kedah yang juga Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka bagi pembubaran DUN Kedah.
Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan PRU13 diadakan.
Pada PRU12, Kedah dikuasai PAS yang menang 16 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4) dan DAP (1) manakala Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi - Umno (12), MCA (1) dan Gerakan (1).
Satu lagi kerusi, Bukit Selambau dimenangi calon Bebas V. Arumugam, yang kemudian menyertai PKR. Kerusi itu kemudian dikosongkan Arumugam untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil yang dimenangi S. Manikumar daripada PKR.
Bagaimanapun, dua Adun PKR pula - Tan Wei Su (Bakar Arang) dan Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) - keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.
Bagi kawasan parlimen, BN menguasai empat kerusi manakala 11 lagi oleh pakatan pembangkang PAS (6) dan PKR (5). Dua anggota Parlimen PKR kemudian menjadi wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baharu) dan N. Gobalakrishnan (Padang Serai).
Bernama
Fri Apr 05 2013
Hampir setengah juta orang kembali ke kawasan utara Gaza - PBB
PBB melaporkan bahawa "hampir setengah juta orang telah kembali ke kawasan utara Semenanjung Gaza" sejak gencatan senjata berkuat kuasa.
AWANI Ringkas: Bina semula Gaza - Jangan hanya jadi 'penonton sejarah'
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki serang warga Singapura guna parang dicekup, dua lagi diburu
Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai terbabit dalam insiden seorang lelaki warga Singapura dicederakan menggunakan parang.
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan hari ini
Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 (Akta A1667) berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hari ini.
Pasangan suami isteri maut, dua anak cedera
Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka seorang lelaki berusia 5 tahun dan bayi perempuan 10 bulan cedera dalam kemalangan di Gua Musang.
#AWANIRingkas 1 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 1 Februari 2025
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
1️⃣ Perintah gaji minimum RM1,700 hari ini
2️⃣ Banjir di Sarawak makin buruk
3️⃣ Dakwaan murid pukul guru
#awaniringkas
Terus julang sikap saling mengasihi, menghormati dalam memacu negara - PM Anwar
Roh ihsan yang sentiasa menekankan tentang kepentingan mengasihi, menghormati dan menghargai sesama warga nusa dan bangsa perlu terus dijulang dalam memacu pembangunan negara bersama-sama.
Kota Marudu daerah paling teruk terjejas
Banjir yang melanda sabah pada ketika ini menyaksikan 9 daerah terjejas, dengan 39 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menampung hampir 5,000 penduduk.
Siasatan dalaman isu salah laku siap minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata siasatan dalaman berhubung kes berkenaan sedang dijalankan dan beliau dijangka mendapat laporan penuh mengenainya pada minggu hadapan.
Masyarakat diseru berganding bahu pastikan kemajuan negara berterusan - Fahmi Fadzil
Fahmi menyeru masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk terus berganding bahu memastikan kemajuan yang diraih negara ketika ini dapat diteruskan.
Bersatu Bahagian Tenggara terbubar, ketua dan 15 AJK umum keluar parti
Katanya, keputusan dibuat sebulat suara selepas mempertimbangkan beberapa faktor termasuk hilang keyakinan terhadap pimpinan tertinggi.
'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
DUN Negeri Sembilan bubar secara rasmi hari ini
DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi secara rasmi dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
DUN Selangor bubar secara rasmi hari ini
Pentadbiran Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini
Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.
Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, mohon perkenan bubar DUN pada 28 Jun
Aminuddin berkata beliau akan menghadap Tuanku Muhriz pada 28 Jun ini bagi mendapat perkenan baginda untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.
PBM Negeri Sembilan umum bubar semua jawatan negeri, bahagian
PBM Negeri Sembilan mengumumkan pembubaran dan perletakan jawatan semua Ahli Jawatankuasa negeri, Bahagian, Sayap Pergerakan Pemuda dan Wanita parti itu.
NTF bubar secara rasmi 31 Disember
National Task Force (NTF) yang ditubuhkan khas bagi melaksanakan Op Benteng ketika pandemik COVID-19 melanda pada 2020 akan dibubarkan secara rasminya pada 31 Disember ini.
PRU15: Kedah tidak bubar DUN sebelum Mac - MB
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pembubaran DUN Kedah hanya akan dilakukan pada bila-bila masa selepas Mac tahun hadapan.