ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Rabu meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2023 berhubung larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.
Usul berkenaan dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Perikatan Nasional-Jeneri) dan disokong Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Perikatan Nasional- Tokai).
Sebelum itu, seorang ADUN daripada blok kerajaan dan empat daripada blok pembangkang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU berkenaan.
Kesemua mereka adalah Ketua Pembangkang, Datuk Zamri Yusuf (Pakatan Harapan- Suka Menanti); Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Pejuang- Jitra); Mohd Azam Abd Samat (Perikatan Nasional- Sungai Limau); Datuk Norsabrina Mohd Noor (Barisan Nasional- Bandar Baharu) dan Datuk Amiruddin Hamzah (Pejuang- Anak Bukit).
RUU ini akan diwartakan 1 April depan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Sebelum ini, RUU Anti Lompat Parti diluluskan secara sebulat suara dan disokong 209 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, 28 Julai lalu.
Ia kemudiannya diperkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos serta berkuat kuasa dengan rasmi pada 5 Oktober lalu.
Abd Hadi Che Awang
Wed Mar 15 2023

RUU ini akan diwartakan 1 April depan selepas mendapat perkenan daripada Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. - Fail BERNAMA
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

DUN Kedah lulus RUU masukkan Mahkamah Syariah dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri
Persidangan DUN Kedah meluluskan RUU Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah (Pindaan) 2024 yang bertujuan memasukkan penubuhan Mahkamah Syariah.

Belanjawan 2024: Kerajaan Kedah peruntuk RM1.241 bilion
Kerajaan Kedah membentangkan Belanjawan Negeri 2024 melibatkan peruntukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1.241 bilion.

ADUN Sidam dilantik Ketua Pembangkang DUN Kedah
Speaker DUN Kedah Zubir Ahmad mengumumkan pelantikan Bau Wong dari PKR itu bagi menggantikan bekas ADUN Suka Menanti Datuk Zamri Yusuf.

PRN: PH-BN optimis tawan 19 kerusi DUN Kedah - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.

Sanusi menghadap Sultan Kedah 25 Jun, cadang bubar DUN 28 Jun
Sanusi mengesahkan bahawa akan menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu, 25 Jun depan.

PRN: Sanusi sahkan DUN Kedah dibubar minggu keempat Jun
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah akan dibubarkan pada minggu keempat bulan hadapan.

DUN Kedah lulus RUU Anti Lompat Parti
DUN Kedah meluluskan dengan sebulat suara Rang Undang-Undang (RUU) Tubuh Kerajaan Negeri (Pindaan) 2023 berhubung larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti.

Zamri Ketua Pembangkang DUN Kedah baharu
Juhari turut memaklumkan bahawa kerusi DUN Gurun akan kekal kosong sehingga habis penggal ini.

Sanusi alu-alukan Mahfuz bertanding di DUN dalam PRN Kedah
MB Kedah ajak Mahfuz tebus kekalahan pada PRU15 dalam PRN Kedah.

PRN Kedah: PN mampu menang 33 kerusi DUN - Sanusi
Pengerusi PN Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan bahawa parti itu berkemampuan untuk memenangi 33 kerusi DUN didalam Pilihanraya Negeri