KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang mempunyai 45 kerusi hari ini secara rasmi dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ia susulan pengumuman Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob pada sidang medianya Rabu lepas, bahawa pembubaran DUN itu mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.
Pembubaran DUN bagi penggal ke-14 itu dilakukan empat hari lebih awal, berbanding tempoh mandat DUN yang akan berakhir pada 26 Jun ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pas mendominasi Kelantan apabila menang 37 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) menguasai lapan kerusi.
Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudian bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu.
PRN Kelantan kali ini akan menyaksikan BN membuat kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH), selain Pas yang menerajui Kelantan sejak 1990 juga tidak bersendirian apabila membentuk kerjasama dengan Bersatu menerusi Perikatan Nasional (PN).
Ketika ditemui media semalam, Setiausaha Pas Kelantan Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi.
Bagi BN dan PH, kedua-dua gabungan berkenaan juga telah menyelesaikan pembahagian kerusi masing-masing.
Ketua Penerangan UMNO Kelantan Datuk Zawawi Othman dilapor berkata calon BN akan diletakkan di 31 kerusi manakala 14 kerusi diberikan kepada PH.
Kelantan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN termasuk Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
![DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini DUN Kelantan bubar secara rasmi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687408273_DUN.jpg)
Setiausaha Pas Kelantan Wan Roslan Wan Hamat mengesahkan parti itu akan bertanding di 39 kerusi DUN manakala Bersatu akan menentang BN di enam kerusi. - Gambar fail BERNAMA
![Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262702_TBAnwarIbrahim.jpg)
Malaysia-Turkiye senada kecam Israel, desak dunia iktiraf Palestin sebagai ahli PBB - Anwar
Malaysia dan Turkiye senada dalam memperjuangkan nasib Palestin, dan sentiasa komited ke arah pendamaian, keselamatan dan bantuan kemanusiaan untuk penduduk negara itu.
![Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712038335_TBbazarRamadanj.jpg)
Penganjur bazar Ramadan, Aidilfitri jangan tekan peniaga - Aminuddin
Keadaan itu akan membebankan peniaga sekali gus memberi kesan terhadap harga jualan yang mungkin terpaksa ditanggung pembeli.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739262150_MCMC.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkuat kuasa hari ini - MCMC
Hal ini sekali gus memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna, terutamanya kanak-kanak dan keluarga.
![China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736871469_TBAI.jpg)
China bersedia tingkatkan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam bidang AI
China komited merancakkan landskap pembangunan yang terbuka, inklusif dan saling menguntungkan dalam bidang AI.
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
![Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739259928_Toyotacars.jpg)
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
![Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739261538_AnwarIbrahimErdog.jpg)
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
![DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025 DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732544514_tbBelanjawan.jpg)
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
![Kelantan bentang Belanjawan 2025, defisit RM93.02 juta Kelantan bentang Belanjawan 2025, defisit RM93.02 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732178270_MohdNassuruddinDau.jpg)
Kelantan bentang Belanjawan 2025, defisit RM93.02 juta
Kerajaan Kelantan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM1.45 bilion dengan anggaran defisit sebanyak RM93.02 juta.
![Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732154907_MohdAzmawiFikriAb.jpg)
Mohd Azmawi angkat sumpah sebagai ADUN Nenggiri
Mohd Azmawi Fikri berikrar menjalankan kewajipan sebagai ADUN dengan sedaya upaya serta memelihara, menjaga dan mempertahankan perlembagaan negeri.
![Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718782143_tbMohdAziziAbuNai.jpg)
Bersatu Kelantan sudah jangka kerusi DUN Nenggiri kosong
Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor sudah menjangkakan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dikosongkan.
![Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714276591_TBHilmiAbdullah.jpg)
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
![Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709758249_MdAnizamAbRahman.jpg)
Kelantan fokus bangunkan Bandar Baru Tunjong, Tok Bali
Kedua-dua lokasi itu berpotensi mendapat impak kewujudan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur pada masa akan datang.
![DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687329597_TBSidangDunKelantan.jpg)
DUN Kelantan lulus usul gubal semula kesalahan syariah diisytihar batal, tidak sah
Usul itu, yang dicadangkan Ahli DUN (ADUN) Melor Wan Rohimi Wan Daud (Pas), disokong oleh semua ADUN termasuk dua daripada blok pembangkang.
![Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709528589_TBSultanKelantan.jpg)
Sambung jajaran ECRL sehingga Rantau Panjang - Sultan Kelantan
Titah tersebut dibacakan oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua DUN Kelantan.
![Mohd Azizi kekal sokong kerajaan negeri di DUN Kelantan Mohd Azizi kekal sokong kerajaan negeri di DUN Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71700623821_TBMohdAzizijpg.jpg)
Mohd Azizi kekal sokong kerajaan negeri di DUN Kelantan
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, pendekatan itu berbeza dengan tindakan yang dilakukan di peringkat Pusat dengan menyokong PM Anwar.
![DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697363819_MohdAmarAbdullah.jpg)
DUN Kelantan tidak terima makluman sokongan ADUN Nenggiri - Speaker
DUN Kelantan masih belum menerima sebarang pemakluman daripada ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim sama ada beliau masih kekal menyokong kerajaan negeri atau sebaliknya.