MELAKA: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 berkaitan lompat parti.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh ketika membentangkan pindaan itu berkata rang undang-undang tersebut dicadangkan berikutan Parlimen telah meminda Seksyen 6 dan 7 Jadual Ke-8 Perlembagaan Persekutuan menerusi Seksyen 6 Akta Perlembagaan Pindaan 2022 (Akta A1663) yang berkuat kuasa 5 Okt 2022.
Beliau berkata pindaan Seksyen 6 Akta A1663 itu telah memadamkan Subseksyen 5 Seksyen 6 dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan yang mana sebelum pindaan berkenaan berkuat kuasa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melepaskan keahlian dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan hilang kelayakan sebagai ADUN bagi tempoh lima tahun dari tarikh pelepasan jawatan tersebut.
"Dalam bahasa mudahnya, setelah pindaan ini berkuat kuasa, mana-mana ADUN yang melepaskan jawatan kini tidak lagi disekat untuk bertanding semula sebagai ADUN manakala pindaan Seksyen 7 Jadual Ke-8 Akta A1663 pula telah memasukkan seksyen baharu iaitu Seksyen 7A yang mana melarang ADUN untuk bertukar parti.
"Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan merupakan peruntukan-peruntukan penting yang perlu dimasukkan ke dalam Perlembagaan oleh mana-mana negeri, justeru kerajaan negeri Melaka turut mengambil langkah untuk meminda Perlembagaan Negeri Melaka bagi menyelaraskan undang-undang negeri Melaka dengan undang-undang di peringkat Persekutuan, bagi membawa dimensi baharu dalam politik tanah air kita," katanya pada Sidang DUN Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.
Ab Rauf berkata susulan itu, kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) meluluskan Cadangan Pindaan Perkara 6 dan 7A Perlembagaan Negeri Melaka berhubung kuat kuasa undang-undang antilompat parti pada 14 Jun lepas dan cadangan pindaan itu diluluskan Jawatankuasa Perlembagaan Negeri pada 5 Julai.
Katanya pindaan itu dilaksanakan menerusi Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 yang dibentangkan hari ini bagi mendapatkan kelulusan Badan Perundangan Negeri.
Rang undang-undang berkenaan diluluskan setelah mendapat sokongan 24 ADUN manakala empat ADUN tidak hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 31 2023

Ab Rauf berkata, pindaan itu dilaksanakan menerusi Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 yang dibentangkan hari ini bagi mendapatkan kelulusan Badan Perundangan Negeri. - Gambar fail/Astro AWANI

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.

Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta
Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini.

DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.

Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.

Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.

Ab Rauf kemuka usul penubuhan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh hari ini mencadangkan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Dana Hartanah Bumiputera Melaka.

ADUN Melaka naik gaji bermula Januari 2024
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka akan menikmati kadar saraan baharu bermula Januari tahun depan.

Melaka bentang Bajet 2024 berjumlah RM564.6 juta
Hasil kerajaan negeri dianggarkan berjumlah RM479.6 juta dengan anggaran Hasil Cukai berjumlah RM167.4 juta, Hasil Bukan Cukai (RM298.9 juta) dan Terimaan Bukan Hasil (RM13.3 juta).

Melaka kutip hasil RM298.41 juta tahun ini
Ia membabitkan RM122.56 juta bagi hasil cukai, RM138.72 juta bagi hasil bukan cukai dan RM37.13 juta bagi terimaan bukan hasil.

Projek perintis pembangunan pasar terapung Sungai Melaka sedang dirancang - Exco
Projek itu akan dipindahkan ke stesen teksi air berhampiran Taman Lagenda selepas kerja-kerja pembersihan dan pengindahan sungai siap.

DNB sasar liputan 5G capai 89.5 peratus di Melaka menjelang Disember
Fairul Nizam berkata peratusan berkenaan akan meliputi 225 lokasi di seluruh negeri Malaka.