SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan semalam meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan 2023 bertujuan mengeluarkan wang sebanyak RM8.96 juta daripada Kumpulan Wang Disatukan Negeri.
RUU berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan sebulat suara 34 ADUN dengan dua lagi tidak hadir bagi sesi pengundian itu.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika mencadangkan bacaan kali kedua RUU berkenaan berkata peruntukan tambahan ini melibatkan pelbagai faktor seperti perubahan dasar kerajaan, penumpuan kepada cadangan Ketua Audit Negara serta impak peningkatan kos sara hidup.
"Tambahan ini untuk menampung kekurangan peruntukan akibat Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas, Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri 2023 serta bayaran balik hutang kepada kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan negeri bersetuju membuat tambahan peruntukan RM8.96 juta bersamaan dengan 1.63 peratus daripada peruntukan asal Belanjawan 2023 berjumlah RM550 juta. Peruntukan tambahan ini akan menjadikan peruntukan keseluruhan tahun ini meningkat kepada RM558.96 juta dengan anggaran defisit sebanyak RM108.96 juta," katanya pada Persidangan DUN negeri di sini semalam.
Aminuddin turut memperincikan dua vot tanggungan iaitu peruntukan Diraja ditambah sebanyak RM88,000 manakala bayaran hutang kerajaan ditambah peruntukan sebanyak RM550,000 menjadikan keseluruhan berjumlah RM638,000.
Katanya, sebanyak 17 Vot Bekalan melibatkan jabatan-jabatan akan ditambah peruntukan dengan jumlah keseluruhan RM8.32 juta antaranya merangkumi peruntukan emolumen RM6.25 juta.
"Tambahan bagi bayaran hutang kerajaan adalah selaras dengan penekanan khas berkaitan kepentingan untuk membayar hutang Persekutuan oleh Ketua Audit Negara manakala di bawah emolumen, peruntukan tambahan itu bagi penyelarasan bayaran KGT serta KGT Tambahan Khas kepada penjawat awam lantikan negeri RM100 sebulan, anggaran implikasi kewangan RM4.8 juta," katanya.
Ketika sesi perbahasan RUU berkenaan, Datuk Bakri Sawir berkata peruntukan itu ialah satu keperluan dan perlu dipersetujui semua wakil rakyat bagi kelancaran pengurusan perbelanjaan negeri.
Sementara itu, Aminuddin ketika penggulungan RUU berkenaan berkata bajet tambahan yang dikemukakan itu merupakan keperluan penting bagi memastikan kerajaan negeri mengikut peraturan ditetapkan.
Aminuddin berkata selain itu, kerajaan negeri juga mendapat teguran daripada Jabatan Audit Negara berhubung pembayaran hutang kepada kerajaan Persekutuan.
"Kerajaan negeri perlu mengambil perhatian dengan teguran audit tentang bayaran hutang negeri kepada kerajaan Persekutuan. Kita bayar agak minimum dan diminta membayar lebih sedikit. Kerajaan Persekutuan juga ada hutang dengan kerajaan negeri yang belum selesai iaitu bayaran kem Gemas (pemberi milikan tanah lapang sasar kepada Kementerian Pertahanan di Gemas).
"Jika ia dibayar kita juga akan ada pendapatan yang baik dan dapat memacu pembangunan negeri lebih baik ... kita akan mengadakan perbincangan bersama Kementerian Pertahanan dan Kewangan dalam memastikan duit itu dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini," katanya.
Persidangan ditangguhkan pada 1 Dis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2023

Aminuddin ketika sesi penggulungan pada Persidangan Kedua Penggal Pertama DUN Negeri Sembilan ke-15, Seremban, 12 Okt 2023. --fotoBERNAMA

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Hormati larangan pasang khemah di Port Dickson, elak maksiat - MB
Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit.

Pembukaan NADI pupuk komuniti lebih berinovatif, interaktif
Kemudahan NADI membantu pelajar dan penduduk mempelajari ilmu baharu yang relevan dengan perkembangan semasa.

Pembinaan masjid terapung di Port Dickson bermula tahun depan
Pembinaan Masjid Terapung Port Dickson dijangka akan dimulakan pada tahun hadapan di Batu 4, Pantai Cahaya Negeri.

Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.

Kerajaan Negeri Sembilan arah siasat dakwaan penemuan emas di Lenggeng
Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Pejabat Tanah dan Galian negeri serta Jabatan Mineral dan Geosains negeri menyiasat dakwaan berkaitan penemuan emas di Lenggeng.

N.Sembilan terus jadi pilihan pelabur, rekod pelaburan RM3.0 bilion pada suku kedua 2024
Beliau berkata pada suku kedua 2024 Malaysia Investment Development Authority (MIDA) melaporkan Negeri Sembilan merekodkan pelaburan berjumlah RM3.0 bilion.

ASEAN: MBS, MPPD perlu pastikan kebersihan bandar
Ia bersempena dengan kedudukan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bermula bulan ini.

Aminuddin umum BKK sempena Hari Raya Aidilfitri
Bantuan berkenaan turut diberikan kepada pejawat awam Persekutuan termasuk guru, pasukan berunifom dan lain-lain perkhidmatan.

Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.

Bayaran masuk Muzium Tentera Darat Port Dickson mulai hari ini
Pengunjung yang berumur bawah enam tahun boleh masuk secara percuma.