SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini meluluskan Belanjawan Negeri 2024 bertemakan 'Bersama Membina Negeri MADANI' yang memfokuskan kepada sembilan teras dalam Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan dan Skim Sejahtera Rakyat.
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 dengan peruntukan sebanyak RM555 juta merangkumi ekonomi, pelaburan dan infastruktur serta kesejahteraan rakyat itu dibahaskan selama tiga hari bermula 4 Dis lepas.
Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun ketika sesi penggulungan berkata semua pihak perlu mengambil maklum bahawa belanjawan itu melibatkan jumlah yang terhad, namun ia pastinya memberi keutamaan kepada rakyat secara keseluruhan selain mengatasi beberapa masalah.
Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata kerajaan negeri sedia membenarkan penerokaan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) bermula tahun depan bagi membantu meningkatkan hasil negeri.
Aminuddin berkata untuk tujuan itu, prosedur operasi standard (SOP) berkaitan sedang diusahakan Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan dengan mengambil contoh SOP negeri Perak yang dirangka melalui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
"SOP itu dibuat melibatkan pakar bidang perlombongan, agensi selain merangkumi semua perundangan yang sedang dikuatkuasakan termasuk Enakmen Mineral Negeri, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
"Sebarang perkembangan perlombongan hasil mineral itu juga tertakluk kepada kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) dan skim pengendalian melombong oleh Jabatan Mineral dan Geosains," katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat itu berkata kerajaan negeri juga berpendirian menolak dan tidak menyokong sebarang aktiviti perlombongan NR-REE itu di hutan simpan kekal, rizab perlindungan dan kawasan sensitif alam sekitar.
Beliau berkata perlombongan itu akan menggunakan kaedah in situ bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar kerana melibatkan penggunaan tanah yang minimum selain lebih selamat dan mesra alam.
Selain itu, beliau berkata kerajaan negeri bercadang melaksanakan garisan 'glow in the dark' atau bercahaya dalam gelap di Pantai Temiang Bypass dan jalan Lukut-Sepang iaitu permohonan telah dimajukan kepada Jabatan Kerja Raya untuk dilaksanakan tahun depan selepas peruntukan diperoleh.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias pula berkata peruntukan RM1.69 juta disalurkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri bagi pelaksanaan Program Peningkatan Pengeluaran Ternakan.
Beliau berkata peruntukan itu dilihat cukup dan munasabah untuk memastikan pengeluaran daging di negeri ini terus meningkat dan stabil, sekali gus memastikan keterjaminan bekalan makanan di Negeri Sembilan.
Bagi memperkasakan seni dan budaya di negeri ini, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri Nicole Tan Lee Koon berkata pihaknya menganjurkan pelbagai program termasuk Citra Malaysia 'Colours Of Malaysia' (COM) bagi mengangkat seni persembahan beridentitikan negeri Adat Perpatih.
Sementara itu, persidangan DUN turut meluluskan RUU untuk meminda Enakmen Peruntukan DiRaja (Negeri Sembilan) 1960 mengenai kenaikan elaun Diraja.
Persidangan DUN ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023

Aminuddin berkata semua pihak perlu mengambil maklum bahawa belanjawan itu melibatkan jumlah yang terhad, namun ia pastinya memberi keutamaan kepada rakyat secara keseluruhan selain mengatasi beberapa masalah. - Gambar Bernama

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Persidangan DUN Pulau Pinang ditangguh
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang berlangsung sejak 27 Mei lepas ditangguhkan hari ini ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Johor negeri pertama mulakan persidangan DUN hari ini
Persidangan kali ini penting dan mencuri tumpuan memandangkan negara masih berdepan dengan cabaran mengekang penularan pandemik COVID-19.

Aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik - MB
Tindakan itu juga merupakan langkah penstrukturan semula Yayasan Selangor termasuk bagi mengurangkan beban hutang penyewaan dan pembiayaan pengajian berjumlah RM34 juta.

PKPB: Sidang DUN Perlis esok hanya 90 minit
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis esok hanya akan berlangsung selama satu jam setengah.

Sidang DUN ujian pertama Mukhriz sebagai MB Kedah
Persidangan dewan berjalan lancar yang menyaksikan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pembangkang dengan memuaskan.