KOTA KINABALU: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, anggaran tambahan keseluruhan tersebut adalah disifatkan mustahak dalam melancarkan operasi pentadbiran kerajaan.
Jelasnya, tambahan tersebut adalah penting untuk tempoh suku keempat pada tahun ini selain isu-isu penyelesaian segera seperti masalah bekalan air.
"Anggaran tambahan ini menumpukan perbelanjaan operasi terutamanya dalam menangani isu-isu air dengan RM139.09 juta bersamaan 16.9 peratus diperuntukkan untuk tujuan itu dan selebihnya lain-lain perbelanjaan operasi.
"Perbelanjaan dimaksudkan adalah operasi Program Tajaan Biasiswa Kerajaan Negeri sebanyak RM46 juta, penyelenggaraan saliran utama bandar dan pekan sebanyak RM19.78 juta," katanya dalam pembentangan syor ke atas Permohonan Peruntukan Tambahan (ASP) 2023 bersempena Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di Bangunan DUN Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.
Dalam pada itu, Masidi berkata, sebanyak RM175 juta atau 21.01 peratus diperuntukkan kepada Kementerian Kewangan Negeri sebagai tambahan kepada Kumpulan Wang Berkanun bagi mengurangkan defisit pembangunan serta caruman kepada Kumpulan Wang Amanah.
"Lain-lain keperluan yang berjumlah RM380.37 juta untuk membiayai belanja pentadbiran, bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK), elaun perjalanan dan sara hidup, bayaran Gantian Cuti Rehat (GCR), perbelanjaan utiliti dan sewa bagi menampung keperluan sehingga hujung tahun seperti berikut, Jabatan Ketua Menteri sebanyak RM34.77 juta, Kementerian Kerja Raya sebanyak RM30.36 juta; Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan sebanyak RM9.64 juta, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sebanyak RM7.69 juta; dan Pelbagai Kementerian dan Jabatan Negeri yang lain sebanyak RM26.88 juta," katanya.
Beliau menambah, agihan terbesar di bawah Anggaran Tambahan Pembangunan sebanyak RM149.36 juta atau 47.6 peratus diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya Sabah bagi membiayai projek yang sedang dilaksanakan.
"Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM65 juta adalah untuk membiayai Projek Bekalan Air Pinjaman Persekutuan, manakala sejumlah RM84.36 juta adalah pembiayaan di bawah Kumpulan Wang Negeri.
"Agihan kedua terbesar sebanyak RM98.2 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di bawah Peruntukan Khas. Manakala, sejumlah RM29.77 juta pula diperuntukkan kepada Jabatan Ketua Menteri bagi membiayai pembayaran pampasan pengambilan tanah, Pusat Islam Libaran, projek pembangunan khas dan tambahan pinjaman kepada Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah.
"Selain dari itu, sebanyak RM13.32 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM1.5 juta adalah pembiayaan di bawah Pinjaman Persekutuan dan bakinya sejumlah RM11.82 juta daripada pembiayaan Kumpulan Wang Negeri untuk membiayai beberapa projek pembangunan," katanya," katanya lagi.
Peruntukan tambahan juga diberikan kepada Kementerian Kewangan Negeri Sabah sebanyak RM617,000 di bawah pembiayaan Sumbangan Modal bagi Projek Pemasangan Utiliti di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran. Manakala, sejumlah RM500,000 diperuntukkan kepada Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat bagi pembaikan Bangunan Asrama Lelaki dan Asrama Wanita Kompleks Latihan dan Pemulihan OKU, Kimanis.
Mirlen Axtius
Tue Aug 08 2023
![DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691484902_MasidiShahelmeyT.jpg)
Masidi (kiri), Shahelmey (tengah), dan Adun Likas Tan Lee Fatt (kanan) semasa sidang DUN Sabah hari ini. - Foto ihsan JAPEN Sabah
![Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656843_TBNurAinNabila.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673270193_MasidiManjun.jpg)
Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.
![Masidi beri keterangan sukarela di SPRM Masidi beri keterangan sukarela di SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731923228_MasidiManjun.jpg)
Masidi beri keterangan sukarela di SPRM
Masidi berkata, kunjungannya ke SPRM adalah untuk membantu siasatan serta tanda sokongonnya untuk membanteras rasuah di negeri ini.
!['Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi 'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733221407_KenyataanSabahMaj.jpg)
'Saya tidak tahu mengenai wang RM300,000 kononnya diserahkan kepada pegawai saya' - Masidi
Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.
![Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731923228_MasidiManjun.jpg)
Tiada rancangan tutup operasi Sabah International Petroleum - Masidi
Kerajaan Sabah tidak merancang untuk menutup operasi Sabah International Petroleum (SIP) kerana ia kini bebas daripada hutang dan telah menjadi anak syarikat SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE).
![DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691484902_MasidiShahelmeyT.jpg)
DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
![Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677312989_DatukSeriMasidiMa.jpg)
Belanjawan 2023: Tingkatkan kecekapan pengurusan, kurangkan birokrasi - Masidi
Kerajaan Sabah menyarankan agar Kerajaan Pusat meningkatkan kecekapan pengurusan belanjawan yang diumumkan setiap tahun kepada negeri itu.
![Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81674016899_KabinetSabahHajij.jpg)
Hajiji pengerusikan mesyuarat kabinet pertama selepas rombakan Jemaah Menteri
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri pertama pada Rabu selepas rombakan kabinet minggu lalu.
![Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673059206_MasidiManjun.jpg)
Tiada cerita politik Sabah, hanya bincang Persidangan Khas DUN - Masidi
Tiada isu lain yang dibincangkan dalam perjumpaan hari ini tetapi berbincang mengenai penyelarasan perjalanan Persidangan Khas DUN.
![Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41656650243_MasidiManjunBersa.jpg)
Politik Sabah: GRS adalah parti politik maka Hajiji ada parti - Masidi Manjun
Kenyataan mengelirukan mengenai dakwaan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor tidak berparti selepas meninggalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merupakan kenyataan tidak berasas.
![Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673052988_MasidiManjun.jpg)
Politik Sabah: Dakwaan Bung terhadap Hajiji tidak benar - Masidi
Masidi berkata, tiada merit kepada dakwaan Bung Moktar bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri Sabah.