KOTA KINABALU:Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan negeri 2021 berjumlah RM4.3 bilion setelah dibahas selama tiga hari sejak Isnin.
Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya berkata belanjawan itu diluluskan dengan suara terbanyak ahli mesyuarat.
Terdahulu ketika menggulung perbahasan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tidak timbul isu kerajaan Sabah bergantung pada kerajaan Persekutuan dalam hal-hal tertentu kerana kerajaan Persekutuan juga milik rakyat Sabah.
"Kerajaan Persekutuan itu juga dibentuk oleh rakyat di Sabah, dan Kerajaan Persekutuan juga dianggotai oleh para pemimpin serta penjawat awam dari negeri ini," katanya.
Sebaliknya kata beliau, kerjasama rapat di antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat diperlukan bagi membantu rakyat Sabah.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum yang membolehkan kerajaan Sabah menerima pembayaran secara berterusan.
"Perlu juga ditegaskan kita harus merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menunaikan komitmen memastikan Petronas melunaskan hak dan kepentingan rakyat serta negeri Sabah," katanya.
Cukai itu merupakan penyumbang terbesar dengan anggaran hasil RM1.25 bilion atau 27.9 peratus daripada keseluruhan hasil negeri pada 2021.
Selain itu, Hajiji yang juga Menteri Kewangan Sabah turut menjelaskan mengenai Bon RM1 bilion.
"Untuk makluman, semasa penerbitan Bon RM1 billion pada tahun 2014, di atas saranan Bank Negara Malaysia, kerajaan negeri telah menubuhkan Kumpulan Wang Amanah (Sinking Fund) bagi pembayaran balik bon.
"Kerajaan negeri juga telah mencarum ke dalam kumpulan wang amanah ini pada setiap tahun agar tidak membebankan apabila pembayaran satu bullet payment pada tarikh matang bon berkenaan iaitu tahun 2019," katanya.
Bernama
Wed Dec 23 2020

Pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum yang membolehkan kerajaan Sabah menerima pembayaran secara berterusan.

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

DUN Sabah luluskan Belanjawan negeri 2021
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Belanjawan negeri 2021 berjumlah RM4.3 bilion setelah dibahas selama tiga hari sejak Isnin.