KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Shahelmy Yahya mengakui terdapat kelemahan dalam proses pelaksanaan urus tadbir Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) dan beberapa kontraktor yang dilantik.
Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah dan baru empat bulan mengemudi kementerian itu memberi jaminan akan menambah baik kelemahan tersebut sekali gus dapat memastikan masalah bekalan air di negeri itu dapat diatasi.
"JANS sedang menjalankan program untuk mengurangkan Air Tidak Terhasil (NRW). Berkaitan dengan kutipan hasil, JANS akan mempertingkatkan jumlah tenaga kerja bagi tujuan membantu meningkatkan atau memperkemaskan tadbir urus JANS dan juga memungut hasil-hasil yang tertunggak.
"Saya sedar masalah air yang berlarutan sejak sekian lama adalah berpunca dari kelewatan pelaksanaan projek-projek yang telah dirancang seperti contoh Telibong 2 Fasa 2 yang sepatutnya dilaksanakan awal untuk permintaan 2022 tapi kita sekarang sudah memasuki tahun 2023 dan loji itu masih belum siap sepenuhnya.
"Saya sudah berbincang dengan beberapa orang yang berpengalaman lama di JANS di kementerian, kita akan mencari pendekatan untuk memperkemas sistem penghantaran dalam jabatan air," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) yang ingin tahu mengenai masalah air dan sekiranya berlaku ketirisan dalam pengurusan.
Sementara itu, menjawab kepada soalan daripada ADUN Elopura, Calvin Chong Ket Kiun mengenai penyelesaian isu air masin di Sandakan, Shahelemy berkata, pihaknya sudah menghantar pasukan mengendali operasi loji rawatan air Segaliud bagi mengenal pasti dan mengatasi segala masalah yang timbul.
"Apa yang kita capai dari bulan Mac hungga sekarang adalah kerosakan di riverlock dan river barrage telah diperbaiki dan kita berjaya mengawal 'saline intuition' kepada intake.
"Seterusnya kita meningkatkan pengepaman air dari sungai empangan untuk meningkatkan paras dam yang pada masa itu agak rendah yang mengakibatkan paras chloride begitu tinggi sekali.
"Hasil sehingga hari ini, dengan pengepaman yang berterusan, riverlock telah dibaiki, kadar chloride dalam air yang diuji daripada makmal bertauliah dan untuk tiga hari ini bacaan telah berada di lingkungam 280 - 286. Saya berharap ia akan terus turun di bawah paras 250 dalam masa terdekat ini," jelasnya.
Tambah Shahelmey, bagi penyelesaian jangka panjang, pihaknya mencadangkan untuk membuat intake baharu di kawasan Kinabatangan bagi menghantar air ke Empangan Bentotan supaya memperoleh air mentah yang bersih untuk dirawat pada masa hadapan.
Mirlen Axtius
Tue May 23 2023

Shahelmy memberi jaminan akan menambah baik kelemahan tersebut sekali gus dapat memastikan masalah bekalan air di negeri itu dapat diatasi. - Gambar fail
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

DUN Sabah luluskan Belanjawan Negeri 2025
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan Sabah 2025) selepas sesi perbahasan dan penggulungan sejak Isnin lepas.

Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.

Sabah bentang Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion
Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 berjumlah RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

GRS tanding semua 73 kerusi DUN Sabah, pandangan peribadi SAPP - Gagasan Rakyat
Nizam berkata Gagasan Rakyat menghormati pandangan tersebut, bagaimanapun, ia tidak melambangkan pandangan GRS secara kolektif.

DUN Sabah lulus RUU Perbekalan Tambahan, berjumlah lebih RM833 juta
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan Tahun 2023 melibatkan peruntukkan RM833,019,462 diluluskan sebulat suara di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Lulus pindaan berkaitan antilompat parti demi rakyat - Hajiji
Menurut Hajiji, pindaan Perlembagaan yang diluluskan itu akan diwartakan dalam masa beberapa hari atau minggu.

DUN Sabah: Hajiji bentang RUU Anti Lompat Parti
Hajiji berkata, kerajaan memandang serius serius tindakan bertukar parti atau lompat parti yang telah menimbulkan banyak perdebatan dan polemik dalam kalangan masyarakat umum.

DUN Sabah: Isu bekalan air, elektrik dominasi sesi perbahasan
Isu bekalan air dan elektrik yang melanda Sabah mendominasi sesi perbahasan usul ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin/

DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan
DUN Sabah: Shahelemy akui kelemahan pengurusan Jabatan Air, jamin tambah baik kekurangan