KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan bonus minimum RM 2,000 kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam persekutuan turut diberikan RM 500 yang akan dibayar sebelum penghujung 2022.
Perkara tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa mengakhiri ucapan penggulungannya di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada Khamis.
“Dengan ini, Kerajaan GPS telah memutuskan untuk memberi bayaran insentif khas bersamaan sebulan setengah gaji pokok atau minima RM2,000 kepada pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, dan akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.
“Kita juga akan membayar insentif khas kepada lebih kurang 137,000 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak sebanyak RM500. Bonus tahun ini merupakan yang tertinggi diberikan kerajaan Sarawak dalam sejarah pemberian bonus," katanya di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Khamis.
Sementara itu, Abang Johari memberi jaminan kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Kerajaan Pusat menerusi pembentukan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi negara.
Sambil menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara terutama dalam membuat keputusan untuk negara.
“Sebagai rakyat Malaysia yang taat setia kepada titah Yang Di-Pertuan Agong, Kerajaan GPS telah meletakkan sepenuh kepercayaan kepada keputusan Baginda dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk perlantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan seterusnya menubuhkan Kerajaan Perpaduan.
“Ini membuktikan bahawa Kerajaan GPS merupakan model Kerajaan yang sentiasa menjunjung prinsip Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; dan Kesopanan dan Kesusilaan,” katanya.
Mewakili 2.8 juta rakyat Sarawak, beliau berharap dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan baharu, banyak pembangunan dapat dilaksanakan dan segala hak tuntutan Sarawak dapat dipenuhi demi semangat perpaduan dalam Malaysia.
Selain itu, Abang Johari turut menzahirkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas segala jasa dan sumbangannya dalam pembangunan sosioekonomi Sarawak.
Fadilah Sulaiman, Shafik Ahmad
Thu Dec 01 2022
![DUN Sarawak: Penjawat awam negeri terima bonus RM2,000 DUN Sarawak: Penjawat awam negeri terima bonus RM2,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61669883826_TBabgjo.jpg)
Kerajaan Sarawak mengumumkan bonus minimum RM 2,000 kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam persekutuan turut diberikan RM 500 yang akan dibayar sebelum penghujung 2022.
![Zelensky sedia berunding dengan Putin Zelensky sedia berunding dengan Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737767209_PresidentZelensky.jpg)
Zelensky sedia berunding dengan Putin
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyatakan kesediaan untuk mengadakan rundingan secara langsung dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, tetapi di bawah syarat tertentu.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738770311_AnggotaJabatanBomb.jpg)
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
![MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738768577_MAHAR.jpg)
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737013589_KhaledNordin.jpg)
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
![Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735225235_tbIsraeliairstrike.jpg)
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
![Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725270975_CPMKumar.jpg)
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
![Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708773776_TBgarisanpolis.jpg)
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
![Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-03/51458911926_Graduationhatscroll.jpg)
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
![DUN Sarawak: Penjawat awam negeri terima bonus RM2,000 DUN Sarawak: Penjawat awam negeri terima bonus RM2,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61669883826_TBabgjo.jpg)
DUN Sarawak: Penjawat awam negeri terima bonus RM2,000
Kerajaan Sarawak mengumumkan bonus minimum RM 2,000 kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam persekutuan turut diberikan RM 500.
![Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000 Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666602457_Hajiji.jpg)
Bajet Sabah 2023: Penjawat awam negeri terima bonus RM1,000
Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam negeri itu.
![Penjawat awam Sabah terima bonus RM600 Penjawat awam Sabah terima bonus RM600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608298837_TBBELANJAWANSABAH.jpg)
Penjawat awam Sabah terima bonus RM600
Kerajaan Sabah bersetuju memberi bantuan kewangan khas RM600 kepada semua penjawat awam negeri melibatkan peruntukan RM8.7 juta, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
![Penjawat awam Sabah terima bonus RM1,500 Penjawat awam Sabah terima bonus RM1,500](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510906353_BajetSabah.jpg)
Penjawat awam Sabah terima bonus RM1,500
Kerajaan negeri mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM1,500 kepada semua anggota perkhidmatan awam di Sabah bersempena Bajet 2018 kali ini.