SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025.
Speaker DUN Ng Suee Lim mengumumkan perkara itu setelah usul berkenaan mendapat persetujuan sebulat suara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), selepas dibahaskan oleh tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hari ini.
Beliau berkata usul yang dibawa oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud itu memberi fokus kepada 10 domain utama iaitu persediaan keibubapaan dan prakelahiran, kesihatan, perkembangan sosial dan komunikasi.
Dasar berkenaan turut mengetengahkan isu pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak, kesejahteraan kekeluargaan, pendidikan (peringkat rendah dan menengah), peranan teknologi dalam perkembangan kanak-kanak, infrastruktur dan keselamatan, sosioekonomi serta penglibatan pemegang taruh.
"Di Selangor ini, kita teliti dari semua aspek dari sosial, kebudayaan, dan sebagainya, termasuk isu warga emas, (dan) kanak-kanak pun tidak lepas daripada (pandangan). Tiada negeri lain yang bentangkan tentang dasar ini sepanjang lima tahun ini," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Ng berkata usul berkenaan akan diteliti oleh kerajaan negeri pada penggal akan datang atau peringkat kerajaan pusat untuk dijadikan panduan atau cadangan di peringkat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi merangka dasar-dasar berkaitan kanak-kanak.
Terdahulu, Dr Siti Mariah semasa membawa usul berkenaan berkata dasar berkenaan turut disertakan dengan pelan tindakan strategik yang sedang dirangka bagi mencapai kesemua 10 domain utama dalam dasar itu.
Katanya melalui pelan tindakan itu, pembangunan program dan inisiatif berkaitan kanak-kanak dapat dilaksanakan secara strategik dan bersesuaian dengan latar belakang demografi serta psikografi kanak-kanak di Selangor.
Beliau berkata sekiranya semua cabaran berhubung isu kanak-kanak dapat diselesaikan dengan jayanya, Selangor boleh melihat hasil yang positif daripada dasar berkenaan dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
"Diharapkan dasar ini dapat memberikan satu panduan yang jelas dan sistematik untuk pembangunan kanak-kanak yang sejahtera di Selangor," katanya.
Ng kemudiannya memaklumkan Sidang DUN Selangor ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan Dasar Pembangunan Kanak-kanak Negeri Selangor dan Pelan Tindakan 2022-2025. - Gambar fail/BERNAMA

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sultan Selangor titah ADUN fokus perkara penting, elak besarkan perkara remeh
Baginda juga bertitah agar ADUN menghindari sebarang tindakan kurang sopan atau membesarkan perkara remeh.

Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."

Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.

Kajian Pelan Induk Mobiliti Selangor di peringkat akhir penyediaan
Kajian Pelan Induk Mobiliti Negeri Selangor yang menumpukan kepada keperluan menyeluruh jaringan pengangkutan awam kini dalam peringkat akhir penyediaan.

Selangor rekod nilai dagangan RM639.2 bilion setakat September - Exco
Selangor merekodkan jumlah nilai dagangan sebanyak RM639.2 bilion atau 29.9 peratus kepada jumlah perdagangan negara bagi tempoh Januari hingga September lepas.

DUN Selangor lulus usul kecam keganasan terhadap atlet, gesa siasatan menyeluruh
Persidangan DUN Selangor hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar mengecam perbuatan ekstrem dan keganasan yang mengancam nyawa serta karier atlet terutamanya bola sepak.

Sokong MB: Kedudukan kerusi ADUN Selat Klang diubah
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari dari blok pembangkang.

DUN Selangor belum terima notis berkaitan status ADUN Selat Klang
DUN Selangor belum menerima sebarang notis berhubung status ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari berhubung keahliannya yang digugurkan oleh Bersatu.

Jawatankuasa Khas MAIS pantau pengajaran dalam talian, bercanggah Ahli Sunnah Wal Jamaah
MAIS telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau rapat segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.