KUALA LUMPUR: Tidak ada keperluan untuk Dewan Undang Negeri (DUN) menunggu Parlimen bersidang dahulu, sepanjang tempoh Proklamasi Darurat, kata Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood.
Beliau berkata, Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 mengenai perjalanan DUN, tidak perlu dibaca bersama Seksyen 14 Ordinan Darurat yang sama, mengenai perjalanan Parlimen.
Namun, jelasnya lagi, ia memerlukan persetujuan bersama selepas Yang di-Pertuan Agong selesai berunding dengan Ketua-ketua Negeri, sama ada Sultan, Raja, ataupun Yang di-Pertua Negeri-negeri, selaras dengan Seksyen 15 (1) (b) Ordinan tersebut.
“Perenggan B, Ordinan Darurat 2021 jelas mengatakan kalau DUN mahu bersidang, perlu ada persetujuan bersama antara YDP Agong dengan Ketua Negeri tersebut perlu ada persetujuan, antara YDP Agong dan Sultan, atau Raja, atau TYT. Cuma persetujuan itu bukan dengan Ketua Menteri atau Menteri Besar.
“Jadi boleh dilakukan dan tidak perlu tunggu Parlimen bersidang, kerana Seksyen 15 boleh dibaca berasingan dengan Seksyen 14. Jadi persidangan DUN memang boleh dilakukan dengan persetujuan bersama,” katanya lagi.
Seksyen 15 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 bagi perjalanan DUN berbunyi: - “Dewan Undangan Negeri hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang berkenaan”.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan pada 16 Jun berkata, Raja-Raja Pemerintah menyokong dan senada dengan pendirian Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan agar Parlimen segera bersidang.
Beliau berkata, Raja-raja Melayu bertitah bahawa perkara itu penting bagi menghormati mekanisme semak dan imbang sebagai antara cabang eksekutif, cabang legislatif dan cabang kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutama dalam hal-ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.
“Di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar Dewan-dewan Undangan Negeri dibolehkan bersidang secepat mungkin.
“Kaedah dan prosedur persidangan seperti yang sedang diamalkan di beberapa buah negara yang terbukti dapat mengawal rangkaian jangkitan virus COVID-19, wajarlah diperkenalkan dan diterima pakai di negara ini,” demikian menurut kenyataan tersebut.
Susulan kenyataan itu, beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri bersetuju dengan pandangan Raja-raja Melayu agar sesi DUN dapat diteruskan di negeri masing-masing.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dalam catatan di Facebooknya berkata, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak telah memperkenan untuk disediakan surat permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan sesi DUN Pulau Pinang.
Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohamad dalam kenyataan pada 17 Jun berkata, Kerajaan Negeri Johor sedia untuk mengadakan Persidangan DUN dengan segera seperti yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amiruddin Shari pula berkata, titah Agong dan Raja-raja Melayu agar Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri segera bersidang, adalah selaras dengan aspirasi rakyat agar usaha menangani COVID-19 dapat dinilai, dan dibahas dengan segera.
Firdaus Azil
Fri Jun 18 2021
Seksyen 15 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 mengenai perjalanan DUN, tidak perlu dibaca bersama Seksyen 14 tentang Parlimen. - Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Perkeso bakal perkenal SKBBK, pinda dua akta perundangan tahun ini
Perkeso bakal memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) dan meminda dua akta pada tahun ini.
Sabah Electricity terima RM161.7 juta subsidi ICPT tahun ini - Madius
Pembayaran diterima pada Isnin lepas untuk menggantikan semula wang yang telah dibelanjakan Sabah Electricity bagi menampung kos ICPT.
Johari harap Malaysia jadi tuan rumah terbaik AIPA tahun depan
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berharap Malaysia dapat menjadi tuan rumah terbaik dalam menganjurkan beberapa mesyuarat berkaitan AIPA tahun depan.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Justin Trudeau dijangka hilang kuasa
Jagmeet Singh dijangka akan mengemukakan usul tidak percaya secara rasmi selepas Dewan Rakyat kembali bersidang pada 27 Januari.
RUU wajibkan pendidikan hingga sekolah menengah dibentang di Parlimen Februari 2025
Rang undang-undang (RUU) untuk meminda Akta Pendidikan 1996 bagi mewajibkan pendidikan hingga peringkat sekolah menengah dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Februari 2025.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 18 Disember 2024.
Bacaan kali kedua RUU Majlis Media Malaysia dijangka Februari 2025
Ia membuktikan komitmen kerajaan untuk memperkukuhkan industri media melalui sokongan terhadap standard kewartawanan dan profesionalisme.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Dewan Rakyat selesai mesyuarat ketiga, lulus 26 RUU termasuk Belanjawan 2025
Selepas 35 hari bersidang, Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 menutup tirainya semalam, dengan 26 rang undang-undang termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2025 dilulusk