Dua tan buah durian, 50,000 cucuk sate dan 70 ekor kambing golek antara juadah menanti pengunjung Program Street Raya anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka hari ini.
Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail berkata program berkenaan menghimpunkan 75 masjid dan 10 surau dari seluruh Wilayah Persekutuan termasuk dari Putrajaya dan Labuan.
"Penganjuran ini juga menyaksikan kita bekerjasama dengan rakan strategik seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kementerian Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Tambah Mohd Ajib, program berkenaan bertujuan menyantuni anak-anak kariah, mengeratkan silaturahim semua masyarakat berbilang kaum dan agama serta lapisan masyarakat selain membawa mesej Program Masjid RAHMAH iaitu singkatan kepada Ramah-Aman-Harmoni-Mesra-Alami dan Hormat.
"Pada masa sama, Street Raya ini akan menjadi platform kita mengangkat institusi masjid dengan cara memperkenalkan pelbagai program masjid dan surau yang telah memberi impak kepada pembangunan ummah serta masyarakat," katanya.
Beliau berkata, program selama empat jam bermula 2 petang itu akan dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
"Orang ramai dijemput hadir memeriahkan majlis ini, pelbagai hidangan disediakan termasuk 200 ekor ayam pusing, 6,000 bungkus nasi arab, nasi lemak, nasi beriani, 7,000 bungkusan pelbagai makanan selain nasi seperti mi kari, char kuey teow, roti canai, murtabak, 2,500 ketul ayam KFC, 2,500 keping Pizza Hut, 1,000 hidangan Ayamas dan banyak lagi.
"Bagi memastikan tiada pembaziran oleh pengunjung ketika menikmati hidangan disediakan, kita akan menjalankan kempen 'elakkan pembaziran' sepanjang program berlangsung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2019

Program Street Raya berkenaan bertujuan menyantuni anak-anak kariah, mengeratkan silaturahim semua masyarakat berbilang kaum dan agama serta lapisan masyarakat. - Gambar hiasan

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.

Perarakan harmoni, rai kepelbagaian di Malaysia dianjur bulan depan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara akan menganjurkan Perarakan Harmoni pada 15 dan 16 Feb ini bagi meraikan kepelbagaian dan keharmonian masyarakat di negara ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.

Lebih 1,600 anggota polis ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka
Seramai 1,656 anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur ditugaskan di empat lokasi sambutan Ambang Merdeka di ibu negara pada Jumaat ini.

Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.

Seniman jalanan cekal cari rezeki
Walaupun panas terik, seniman jalanan Nazri Aziz dan Fauzin Saihani cekal mengenakan solekan dan kostum demi menghiburkan orang ramai.

Orang ramai ambil peluang berbuka di Iftar@KL sebelum pulang ke kampung
Iftar@KL kali ke-12 tahun ini berlangsung selama enam hari dan hari ini merupakan hari terakhir penganjurannya.

Padang Dataran Merdeka ditutup hingga 31 Januari
Padang Dataran Merdeka akan ditutup sehingga 31 Januari depan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan rumput.

LTAT anjur Larian Wira 2023, iktiraf jasa ATM
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menganjurkan Larian Wira 2023 sebagai inisiatif bagi menghargai jasa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dataran Merdeka pada 29 Oktober.

Masyarakat pelbagai kaum hadir solidariti untuk Palestin
Rakyat daripada negara lain seperti Syria, Tunisia, Mesir dan Pakistan turut menunjukkan solidariti mereka.