KUALA LUMPUR: Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters mengiktiraf komitmen Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) menerajui transisi tenaga Malaysia selaras Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG) menerusi penubuhan Pusat Tenaga Nasional (NEC) yang pertama untuk negara ini tidak lama lagi.
UNITEN dalam kenyataan semalam berkata McFeeters yang berkongsi aspirasi dan pandangannya dalam suatu sesi libat urus di kampus UNITEN di Putrajaya pada Khamis, berkata Malaysia mampu menerajui inisiatif tenaga bagi masa depan yang mampan demi generasi akan datang, menerusi kolaborasi bersama pelbagai pihak berkepentingan.
"Negeri-negeri di Malaysia, sebagai penjaga tanah, memainkan peranan penting dalam memutuskan untuk memelihara dan memulihkan hutan-hutan, hutan paya dan tanah gambut Malaysia, setiap satunya sangat penting dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau," katanya.
Dalam sesi libat urus itu bertajuk 'Climate Action Now: Taking Initiatives to Combat the Climate Crisis', beliau turut berbual dengan para pelajar dan kakitangan UNITEN dan beliau kagum dengan pengurusan universiti yang menerajui pendidikan tinggi dalam transisi tenaga di negara ini, selain kebolehpasaran tinggi lulusan dihasilkan universiti itu.
Naib Canselor UNITEN Prof Dr Noor Azuan Abu Osman berkata penubuhan NEC di bawah UNITEN bertujuan untuk mewujudkan Rangka Kerja Tenaga Kebangsaan Strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai hab tenaga.
Menurut Noor Azuan ini akan turut memberi peluang kepada pemain industri untuk menjadi rakan strategik dengan membuka cawangan atau makmal inkubator satelit di pusat tenaga itu.
Beliau berkata ia dijangka memberi manfaat kepada Malaysia dan negara serantau sekitarnya dalam menyediakan penyelesaian teknologi bagi transisi tenaga dalam usaha meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharu dan menangani pengeluaran karbon.
"Dalam pada kita menuju ke arah pengeluaran sifar bersih menjelang 2050, negara kita menyasarkan untuk menjadi Negara Rendah Karbon menjelang 2040 seperti diketengahkan dalam Dasar Tenaga Negara terkini (2022-2040).
"Ini memerlukan Malaysia untuk membangunkan suatu sistem tenaga mampan berdasarkan tenaga boleh diperbaharui lebih tinggi yang juga termasuk peningkatan keberkesanan tenaga dan peningkatan dalam bahan api rendah karbon, termasuk gas asli cecair (LNG) dan biodiesel," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Noor Azuan (kanan) mewakili UNITEN memeterai perjanjian dengan Prof Steve Hall, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi, Central Queensland University, di Kuala Lumpur, 26 Mei 2023. - Foto UNITEN
Lima hari hanyut di lautan, tiga nelayan kelaparan, air hujan penghilang dahaga
Asrulhisham bersama anak dan seorang lagi awak-awak diselamatkan oleh dua nelayan Aceh selepas lima hari bersabung nyawa di lautan.
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
'Along rindu mak ayah', tertuduh minta maaf pada keluarga Zulfarhan
Muhammad Azamuddin berkata sebelum Zulfarhan meninggal dunia pada 1 Jun 2017, dia dan mangsa berada di bilik rakan tertuduh pertama Muhammad Akmal Zuhairi, pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten).
Sektor ICT berjaya harungi cabaran, catat pertumbuhan pada 2015
Industri ICT dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 14.2 peratus kepada RM70.9 bilion pada 2015 berbanding RM62.1 bilion atau pertumbuhan 12.5 peratus pada 2014.