NILAI: Suasana Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-21 yang diadakan penuh istiadat hari ini bertukar sayu apabila video diiringi bacaan al-Fatihah memaparkan wajah dua siswazah warga Palestin yang terkorban dalam serangan di Gaza baru-baru ini, ditayangkan.
Pasangan suami isteri iaitu Allahyarham Mohammed J H Alzaanin dan Allahyarhamah Khoulud M H Elzaneen masing-masing menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengurusan Sumber Manusia dan Ijazah Sarjana Sains secara anumerta.
Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud selaku Canselor USIM berkenan menganugerahkan ijazah itu kepada wakil mereka iaitu Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali.
Mohammed dan Kholoud serta 20 sanak saudara mereka dilaporkan terkorban dalam serangan bom oleh rejim Zionis di perkampungan mereka di Bait Hanon, Palestin kira-kira 8 pagi, 8 Okt lepas.
Turut terkorban ialah empat anak pasangan itu, dan hanya seorang anak mereka dilaporkan terselamat.
Ditemui pemberita selepas istiadat berkenaan, Walid menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan Malaysia khususnya USIM atas penganugerahan berkenaan, sekali gus menunjukkan rasa sokongan dan solidariti kepada Palestin.
"Sebagai duta, saya berbesar hati menerima PhD hari ini bagi pihak mereka pada majlis konvokesyen ini, saya juga sangat sedih kerana Mohammed dan isterinya sepatutnya berada di sini bersama-sama rakan sepengajian untuk menerima skrol ini.
"Tetapi malanganya, beliau telah menerima 'ijazah' lebih awal sebagai syahid di Gaza semasa serangan Israel, jadi Mohammed menerima 'ijazah' pertama di sana (Gaza) dan hari ini ijazah kedua oleh USIM," katanya.
Walid berkata ketika ini, tiada komunikasi antara beliau dengan anak Mohammed, namun akan berhubung dan memaklumkan mengenai anugerah yang diterima kedua-dua ibu bapanya selepas ini sekiranya keadaan reda.
Terdahulu, Tuanku Aishah Rohani ketika bertitah turut menzahirkan rasa duka cita terhadap pemergian dua pelajar warga Palestin dan keluarga mereka dalam peperangan di negara berkenaan dan berharap konflik itu segera menemui jalan penyelesaian demi keharmonian bersama.
"Sebagai bakal alumni USIM, beta berharap kalian menjaga nama baik diri sendiri, keluarga dan universiti selain terus menyumbang idea, kewangan serta program yang dianjurkan, sekali gus sebagai duta mempromosikan USIM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," titah baginda.
Tuanku Aishah Rohani turut bertitah bahawa pada masa ini, potensi dan cabaran yang datang adalah daripada kecerdasan buatan (AI), justeru graduan USIM perlu berada di saf hadapan untuk memberi panduan kepada masyarakat dengan menggalakkan pemahaman prinsip asas Islam dan aplikasinya dalam AI.
"Beta berharap graduan USIM dapat memimpin masyarakat dalam membangunkan pendekatan yang lebih beretika terhadap perubahan teknologi," titahnya.
Sebanyak 3,146 graduan diraikan termasuk di peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda serta Diploma dalam Majlis Konvokesyen USIM ke-21 yang diadakan selama empat hari bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023

Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud (kanan) berkenan menyampaikan Ijazah secara Anumerta kepada Duta Besar Palestin Walid Abu Ali sempena Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM di Dewan Tuanku Canselor, hari ini. - Bernama
MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai berwaspada dengan laman sesawang palsu yang menyamar sebagai platform rasmi kementerian itu bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pengangkutan awam Jerman tergendala susulan kebuntuan rundingan gaji
Mogok yang bermula pada 3 pagi (0200 GMT) itu menjejaskan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa negeri.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Duta Palestin wakili dua penuntut USIM terkorban di Gaza terima PhD, ijazah sarjana
Suasana Majlis Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-21 yang diadakan penuh istiadat hari ini bertukar sayu.