KUALA LUMPUR: Pasukan petugas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengenal pasti 105 pemilik kenderaan yang disahkan memalsukan dokumen, dalam siasatan isu duti kastam terkurang kutip bagi kenderaan import di pulau bebas cukai (PBC).
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemilik kenderaan berkenaan didapati telah memalsukan dokumen pembuktian taraf pemastautin dan penipuan berkaitan alamat pemastautin pemilik kenderaan.
"Tindakan mengesan dan menyiasat pemilik kenderaan sedang dilakukan oleh pasukan petugas yang ditubuhkan pada 1 Jun lepas.
"Sekiranya terdapat keterangan dan bukti mencukupi, maka tindakan jenayah dan sivil akan diambil terhadap pemilik kenderaan ini," katanya ketika menggulung usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 yang dibahaskan oleh 19 senator di Dewan Negara, hari ini.
Menurut Ahmad, pasukan petugas JKDM turut mengenal pasti sindiket yang terlibat menjadi orang tengah dalam memalsukan dokumen semasa proses pendaftaran kenderaan import di kawasan PBC.
Menurut LKAN 2021 Siri 2 yang dikeluarkan pada Februari lepas, terdapat kelemahan dalam kutipan duti kastam bagi kenderaan import di PBC sekali gus menyebabkan duti kastam berjumlah RM72.32 juta terkurang kutip pada 2021.
Ahmad berkata JKDM sedang memperkemas prosedur dan peraturan mengenai syarat bermastautin dan pemilikan kenderaan tidak dipatuhi, berikutan teguran LKAN terhadap jumlah terkurang kutip duti kastam.
"Semakan mendapati bahawa daripada jumlah RM72.32 juta terkurang kutip itu, sebanyak RM146,424.49 yang disebabkan oleh pengiraan duti eksais tidak tepat di Labuan telah dipungut semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 27 2023
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pemilik kenderaan berkenaan didapati telah memalsukan dokumen pembuktian taraf pemastautin dan penipuan berkaitan alamat pemastautin pemilik kenderaan. - Gambar fail/BERNAMA
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
AKPS agensi tunggal selaras operasi di pintu masuk negara
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dilancarkan hari ini, berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan.
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
Duti kastam terkurang kutip: 105 pemilik kenderaan palsu dokumen dikenal pasti
JKDM telah mengenal pasti 105 pemilik kenderaan yang disahkan memalsukan dokumen, dalam siasatan isu duti kastam terkurang kutip bagi kenderaan import di pulau bebas cukai (PBC).
Pasukan petugas ditubuh siasat isu duti kastam terkurang kutip - Ahmad Maslan
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang menipu JKDM dan melaporkannya kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya diambil segera.