KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pelaksanaan rangkaian itu di bawah Digital Nasional Bhd (DNB) mencapai 80 peratus liputan, disifatkan sebagai jalan penyelesaian 'menang-menang'.
Ahli Ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak Prof Barjoyai Bardai berkata langkah 'memecah' rangkaian tunggal pelaksanaan 5G itu akan membolehkan pemain industri menerokai lebihan 20 peratus liputan sekali gus mampu menarik minat pelaburan asing.
"Apabila dibuka kepada pemain lain selepas capaian mencapai 80 peratus, ini akan memberi peluang pertandingan dalam pasaran atau pertandingan bermonopoli iaitu ada satu syarikat besar dan syarikat kecil bertanding.
"Dalam hal ini, syarikat kecil akan menjadi asas perbandingan kerana kalau mereka boleh menawarkan kecekapan terbaik pada harga yang rendah apabila pelaksanaan, syarikat besar perlu mengikuti langkah sama," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sekiranya pasaran 5G mengembang dalam jangka masa tiga tahun akan datang, dijangka 80 peratus pasaran yang dipegang oleh syarikat tunggal akan menurun kepada 60 peratus.
Pada Rabu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan memutuskan untuk menukar model pelaksanaan 5G ketika ini kepada dwirangkaian sebaik sahaja pelaksanaan semasa di bawah DNB mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff menyifatkan pelaksanaan dwirangkaian 5G sebagai langkah tepat memandangkan tiada sebab yang kukuh untuk bergantung kepada satu entiti sahaja bagi pelaksanaan sebuah inisiatif besar.
"Penggantungan kepada sebuah syarikat sahaja hanya akan menghalang inovasi, menimbulkan rasa tidak puas hati, berupaya meningkatkan risiko rasuah dan membantutkan sebarang perubahan," katanya kepada Bernama.
Mengenai amaran Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) tentang keselamatan negara sekiranya menggunakan kelengkapan 5G keluaran Huawei, Rais berkata berdasarkan data umum, hampir semua negara EU termasuk Jerman, Perancis, United Kingdom dan Sepanyol menggunakan kelengkapan Huawei untuk pelaksanaan 5G di negara mereka.
"Ini adalah negara besar...dan perubahan landskap geopolitik juga menuntut Malaysia kekal neutral dalam keutamaan teknologi dan sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia perlu melakukan yang terbaik untuk jangka masa panjang.
"Kita tidak boleh bergantung kepada satu teknologi dan rangkaian sahaja. Saya rasa adalah penting untuk kita mempunyai kelebihan yang berdaya tahan serta teguh yang akan dapat menangani semua kemungkinan," katanya dalam program Bernama TV, The Brief pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Sekiranya pasaran 5G mengembang dalam jangka masa tiga tahun akan datang, dijangka 80 peratus pasaran yang dipegang oleh syarikat tunggal akan menurun kepada 60 peratus. - Gambar fail/Bernama
Fahami budaya pemanduan, peraturan jalan raya Thailand untuk elak kemalangan
Rakyat Malaysia yang berhasrat untuk berkunjung ke Thailand, khususnya dengan memandu kenderaan dinasihatkan memahami budaya pemanduan dan peraturan jalan raya negara itu.
Panglima TUDM terbangkan Su-30MKM, pintas pesawat asing dan Force Down
Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Ashgar Khan Goriman Khan meenrbangkan pesawat Su-30MKM dan melaksanakan misi pemintasan pesawat asing serta force down bagi membuktikan kesiapsiagaan ketumbukan itu mempertahankan ruang udara negara.
AWANI Borneo [7/2/2025] – Hujan lebat berterusan| Wang saku mahasiswa Sarawak| Taman Teknologi Hijau Kota Petra
AWANI Borneo Jumaat, 7 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska
Sebuah pesawat yang membawa 10 orang dilaporkan hilang lewat petang Khamis berhampiran Nome, bandar utama paling barat di Alaska.
Yayasan Sarawak beri bantuan kewangan untuk lepasan SPM pelajaran di IPT milik negeri
Anak Sarawak yang melanjutkan pendidikan tinggi di enam institusi milik Negeri itu akan mendapat bantuan kemasukan institusi pengajian tinggi berjumlah RM1,000 selain elaun RM300 untuk mengikuti program pemantapan Bahasa Inggeris selama sebulan.
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
Harga baharu diesel mampu lonjak pertumbuhan KDNK, BUDI MADANI kurangkan beban rakyat
Barjoyai berkata, ia berdasarkan kadar penggunaan bahan api itu di Malaysia yang mencatatkan peningkatan 10.8 bilion liter pada tahun lalu.
Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.
Wujudkan institusi khas kendali subsidi pindahan tunai- Pakar
Kerajaan perlu mewujudkan satu institusi khas sekiranya mahu mengaplikasi kaedah pemberian subsidi kepada rakyat menerusi pindahan tunai.
Cabaran getir ekonomi domestik tidak seteruk 2020
Katanya, tiga sentimen akan mempengaruhi prestasi ekonomi dalam negara iaitu pasaran, keyakinan dan persepsi pengguna.
Tumpuan kepada industri keselamatan makanan kurang menonjol - Prof Barjoyai
Katanya, kerajaan perlu bertindak mengindustrikan sektor pertanian kecil-kecilan untuk membawa masuk lebih banyak pelaburan.
Dwirangkaian 5G disifatkan penyelesaian menang-menang - Penganalisis
Langkah 'memecah' rangkaian tunggal pelaksanaan 5G itu akan membolehkan pemain industri menerokai lebihan 20 peratus liputan.
Tiba masa beralih dari pertumbuhan ekonomi kepada kebahagiaan isi rumah - Barjoyai
Menurut penganalisis ekonomi ini, kebahagiaan dan kesejahteraan tidak dinilai pada kederasan pertumbuhan negara.
Pendapatan syarikat harus diagih lebih bermaruah kepada pekerja - Penganalisis
Majikan di Malaysia hanya agih sekitar 35 peratus keuntungan syarikat kepada pekerja, sementara negara maju kadarnya hingga 60 peratus.
Pengurangan subsidi: Jika tidak hati-hati, inflasi mungkin meningkat ke 11 peratus - Penganalisis Ekonomi
Antara langkah terbaik adalah selaraskan semula pemberian subsidi bagi barangan tertentu, dan pastikan ia benar-benar pergi ke golongan bersasar.
Kapasiti besar hospital kerajaan boleh dimanfaat, tambahan pendapatan - Barjoyai
Wujudkan kelas perkhidmatan pertengahan yang keuntungan daripadanya dapat disalurkan untuk tingkatkan mutu perkhidmatan percuma.