Jabatan Imigresen Malaysia akan meneruskan operasi besar-besaran bagi menangkap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)yang masih tidak didaftarkan di bawah program Enforcement Card atau E-Kad.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali menegaskan, operasi akan dilakukan selepas tamat tempoh permohonan E-Kad 12 tengah malam ini.
"Sehingga 8 pagi tadi, sebanyak 155,688 PATI yang telah kita daftarkan untuk E-Kad. Majikan yang telah didaftarkan ialah sebanyak 26,957 orang dan 140,746 E-Kad telah dikeluarkan.
"Hanya 23 peratus yang daftar E-Kad. Kita kecewa sebab peluang yang tidak diambil majikan lebih awal. Bermula tengah malam ini gerakan besar-besaran akan dilakukan sebab tindakan itu sudah kita maklum lebih awal," katanya semasa sidang media selepas melakukan tinjauan proses permohonan E-Kad di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.
Ujarnya, PATI yang ditangkap akan dibawa ke depoh tahanan sementara imigresen seluruh negara sebelum proses pengusiran dilakukan.
"Tempoh tahanan (PATI) itu bergantung. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Kalau dia ada dana, dia boleh keluar secara sukarela. Jadi kita akan selesaikan (untuk proses itu) dan selepas daripada itu mereka akan disenarai hitam daripada memasuki negara ini," katanya lagi.
Beliau menegaskan, majikan yang gagal mendaftarkan pekerja asing mereka akan turut diambil tindakan tegas.
Pihaknya juga tidak akan melanjutkan tempoh permohonan pendaftaran E-Kad kerana banyak peluang telah diberikan sebelum ini.
Sikap majikan yang menunggu pada saat akhir untuk mendaftar pekerja asing juga menyebabkan kebanyakan kaunter imigresen sesak.
"Sehingga jam 11 tengah hari, saya telah katakan majikan-majikan yang sedia ada ini akan dilayan, majikan yang datang kemudian sukar untuk kita layan kerana sudah tiada tempat untuk kita proseskan (permohonan) mereka.
"Oleh kerana kedegilan (majikan) melakukan pendaftaran lebih awal, maka berlaku kesesakan yang terpaksa kita tanggung. Jangan persalahkan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam hal ini," tegas beliau.
Tambahnya, majikan yang gagal mendaftarkan pekerja mereka di bawah E-Kad boleh didakwa mengikut Akta Imigresen 1959 / 63 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 bagi seorang PATI, penjara sehingga lima tahun, atau sebatan.
Tambahnya, kebanyakan permohonan E-Kad adalah melibatkan pati dari negara bangladesh, indonesia, myanmar dan nepal.
Dalam pada itu katanya, Jabatan Imigresen juga berjaya menahan sebilangan majikan, PATI, dan ejen yang mengedar dan menggunakan E-Kad palsu.
Rahimah Abdullah
Fri Jun 30 2017

Majikan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) melakukan pendaftaran permohonan E-Kad di ibu pejabat Jabatan Imigresen sebelum tempoh akhir permohonan ditutup. - Astro AWANI/Shahir Omar

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Pasport Shafee diuruskan Wisma Putra
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan pasport diplomatik milik Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra.

Mohon permit khas pembantu rumah dalam talian mulai 1 Jan 2018
Mulai 1 Jan tahun depan, majikan boleh mendapatkan permit khas pembantu rumah asing daripada Jabatan Imigresen yang dibuat melalui sistem dalam talian.

Menggaji PATI, 84 majikan ditangkap - Mustafar Ali
Seramai 84 majikan ditangkap dan sebahagiannya telah menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana didapati menggaji pekerja asing bekerja asing, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.

Jabatan Imigresen jumpa 13 kedutaan berhubung pelaksanaan e-Kad
Tiga belas kedutaan negara sumber diberikan taklimat berhubung pelaksanaan program e-Kad untuk PATI dalam satu perjumpaan dengan Jabatan Imigresen di sini, hari ini.

Tiada ejen atau orang tengah dilantik untuk uruskan e-Kad - KP Imigresen
Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah bagi menguruskan proses permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI).

E-Kad untuk majikan mohon penggajian semula PATI secara sah - Mustafar
Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara sah.

Penalti lebih berat kepada majikan ambil pekerja secara haram
Kerajaan sedang dalam rancangan meminda Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968 terutamanya pada bahagian penalti yang akan dikenakan kepada pihak yang melanggar undang-undang, kata Datuk Paul Low.

Denda dikenakan jika hilang pasport - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan mengenakan denda terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan.

Tiada toleransi jika terlibat rasuah - Mustafar
Tiada toleransi jika terlibat rasuah, itu amaran Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali kepada kakitangannya yang terlibat dengan rasuah.