Program e-Tunai Rakyat yang mengagihkan RM30 kepada setiap orang yang layak melalui e-dompet, pastinya akan menyumbang kepada masyarakat tanpa tunai dan membantu rakyat Malaysia terutamanya dari kumpulan B40 dan M40 membiasakan diri dengan pembayaran elektronik.
Pembayaran tanpa tunai menjadi amalan masyarakat di negara maju dan apabila Malaysia bergerak ke arah itu, rakyat dan peniaga juga perlu mempertimbang kaedah pembayaran tanpa tunai.
Platform bagi pembayaran tanpa tunai telah ada dengan syarikat-syarikat seperti Touch n 'Go (TNG) Sdn Bhd, Boost, Grab dan lain-lain yang menyediakan perkhidmatan e-dompet dan dengan semakin banyak peniaga tempatan di seluruh negara menerima transaksi tanpa tunai, warga Malaysia mendapati bahawa berurusan tanpa tunai tidak begitu sukar.
Bernama meninjau ke pusat beli-belah di sini untuk mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai inisiatif kerajaan program e-Tunai Rakyat dan bagi kebanyakan mereka, e-dompet merupakan suatu yang baru.
Menurut guru sekolah, Nor Sarafina Yusof, 48, inisiatif e-Tunai Rakyat akan menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan e-dompet tetapi memerlukan lebih banyak kempen oleh kerajaan untuk mempromosikannya kepada mereka yang tidak cekap IT.
"Saya tahu ini adalah langkah pertama ke arah masyarakat tanpa tunai yang maju kerana saya mendengar bahawa banyak negara telah beralih kepada kaedah ini, tetapi saya dapati agak sukar untuk mendaftar melalui aplikasi mudah alih. Saya mungkin perlu meminta salah seorang anak saya untuk membantu saya nanti dan bagaimana untuk menuntut RM30.
"Bagaimanapun, saya rasa ia suatu yang baik yang dilaksanakan kerajaan untuk mencari jalan menggalakkan kita menggunakan platform e-dompet ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Peniaga Fakrul Redza, 57, menyambut baik program e-Tunai Rakyat itu tetapi tertanya-tanya sama ada terdapat rancangan kerajaan pada masa depan untuk menggunakan e-dompet sebagai mekanisme untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada kelas bekerja dalam kumpulan B40 atau M40.
"Saya tertanya-tanya apa pendekatan seterusnya untuk inisiatif ini, saya faham ia untuk menggalakkan lebih ramai orang berurusan tanpa tunai, tetapi bagaimana ia boleh digunakan untuk memberi bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan tanpa menunggu lama atau secara fizikal memohon di pusat-pusat kerajaan.
"Saya fikir ia mengambil sedikit masa untuk kita semua menyesuaikan diri dengan cara pembayaran ini, terutama generasi saya yang telah menggunakan tunai sekian lama, tapi ini untuk masa depan," katanya.
Sementara itu, pengguna e-dompet Boost Fatin Ainur Ramle, 28, tidak mengalami kesukaran semasa menuntut insentif itu dan hanya mengambil masa kurang dari empat jam untuk menerima RM30 pada aplikasinya.
"Mohon pukul 10 pagi, dalam pukul 2 petang dah dapat. Saya guna Boost dan bagi saya ia memudahkan. Walaupun kerajaan cuma beri RM30, itu sudah cukup membantu orang ramai mengenali e-dompet," kata pegawai bank itu.
Bagaimanapun, Eddie Tee berkata walaupun inisiatif e-Tunai Rakyat itu suatu yang patut dipuji, pelaksanaan program masih kurang dari segi penebusan baucarnya di platform e-dompet.
"Inisiatif yang baik tetapi saya masih tidak dapat mengakses e-dompet Touch n Go saya untuk mendapatkan RM30," kata promoter jualan berusia 30 tahun, sambil menambah bahawa sistem dalam platform e-dompet negara perlu ditingkatkan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih dipercayai dan cekap.
Sementara itu, sejak pagi semalam, firma pembayaran mudah alih seperti Grab, Boost, dan Touch n 'Go, saling bersaing untuk menarik pengguna memohon program e-Tunai Rakyat menerusi aplikasi mereka, dengan menawarkan pelbagai promosi.
Boost menawarkan hadiah tunai sehingga RM8,888 sebagai sebahagian daripada program "Shake up to RM8,888", GrabPay menawarkan baucar tunai bernilai sehingga RM3,000 yang boleh digunakan untuk produk tertentu, perkhidmatan serta promosi eksklusif GrabPay.
Touch 'n Go eWallet menawarkan pulangan tunai RM30 serta cabutan bertuah mingguan untuk semua pengguna yang membuat transaksi mulai 15 Jan hingga 10 Mac.
Bukan itu sahaja, syarikat minuman seperti Tealive juga menggunakan program ini sebagai cara untuk menawarkan harga promosi untuk produknya, termasuk menawarkan dua minuman bernilai RM7 setiap satu hanya pada RM10.
Program e-Tunai Rakyat diumumkan kerajaan dalam Belanjawan 2020 sebagai rangsangan digital yang melibatkan kos RM450 juta, bertujuan untuk menggalakkan pengguna serta peniaga tempatan, terutamanya dalam perniagaan kecil dan runcit supaya mengguna pakai e-dompet serta kaedah pembayaran digital. Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak mendapat bayaran RM30 itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 16 2020
Pembayaran tanpa tunai menjadi amalan masyarakat di negara maju dan apabila Malaysia bergerak ke arah itu. - Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Mungkin guna MyKad, e-dompet salur subsidi RON95 - Amir Hamzah
Mekanisme Mykad atau e-dompet mungkin akan diguna dalam penyaluran subsidi RON95 kepada rakyat yang layak.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.
3,176 pelajar tingkatan enam, kolej vokasional terima Inisiatif Rintis Bantuan Tanpa Tunai
Menerusi program itu setiap pelajar terpilih menerima bantuan e-dompet bernilai RM50 sebulan bagi tempoh tiga bulan berturut-turut.
Langkah perluas bantuan e-dompet bukti kerajaan dengar suara mahasiswa
Bantuan RM200 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah terima insentif menerusi e-dompet
Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah bakal menerima insentif RM20 seorang, menerusi plaform e-dompet yang melibatkan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2 juta.
Tipu tawaran e-baucar: Polis buka lima kertas siasatan
Tawaran melalui aplikasi dalam talian itu diperkenalkan pada 2020 membabitkan pembelian barangan dan perkhidmatan menggunakan e-dompet.
ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.
Tiada lagi transaksi tunai di Puspakom mulai 1 Julai
Transaksi pembayaran bagi semua jenis pemeriksaan kenderaan di Puspakom akan beralih kepada pembayaran tanpa tunai mulai 1 Julai depan.
Prasarana akan perluas kolaborasi bagi mudahkan transaksi tanpa tunai
Kaedah pembayaran tiket dan pas perjalanan pengangkutan awam akan menjadi lebih mudah.