KUALA LUMPUR :Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) kini telah membuka kertas siasatan terhadap insiden membabitkan kehilangan suspek utama kes pengubahan wang haram yang mendalangi sindiket penipuan 'Macau Scam', ketika dalam proses serahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada polis baru-baru ini.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat berkata, pihaknya memandang serius insiden terbabit dan akan mengambil tindakan sewajarnya.
“EAIC memandang serius kes suspek melarikan diri dan punca yang menyebabkan ia boleh berlaku. EAIC sedang mengambil tindakan sewajarnya bersesuaian dengan peruntukan di bawah Akta 700,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Kes itu jelasnya akan disiasat di bawah Seksyen 28 Akta 700 di mana ia memperuntukkan suruhanjaya itu untuk memulakan siasatan berdasaarkan inisiatif sendiri disebabkan mempunyai kepentingan terhadap orang awam.
Suruhanjaya itu juga, tambah Mohd Sidek, akan memaklumkan tindakan selanjutnya yang akan diambil nanti.
Dalam kejadian pada Isnin lalu, suspek tersebut dikatakan melarikan diri dengan bertindak memanjat pagar ketika berada di dalam kawasan SPRM.
Kejadian tersebut menjadi sindiran dengan teka-teki satira oleh netizen di media sosial yang mempersoalkan bagaimana ia boleh berlaku.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Oct 16 2020

Insiden suspek Macau Scam panjat pagar SPRM akan mula disiasat EAIC.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama
KPK Indonesia dan SFO United Kingdom bersetuju memperkukuh kerjasama dalam kes rasuah rentas negara.

Polis tidak tahan Pengarah Eksekutif Suaram, hanya rekod percakapan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan menahan Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sevan Doraisamy hari ini, seperti yang dilaporkan menerusi beberapa portal berita.

Polis tahan 10 lelaki merusuh di Jempol
Polis menahan 10 lelaki tempatan disyaki terlibat dalam kejadian merusuh menggunakan senjata yang berpunca daripada kemalangan jalan raya di Taman Acbe, Bahau, dekat Jempol semalam.

BAM ucap terima kasih kepada SPRM, komited tingkat aspek tadbir urus
BAM nyatakan komitmen untuk meningkatkan aspek tadbir urus persatuan itu dengan menerima dan melaksanakan cadangan yang dikemukakan SPRM.

Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Nahas Jeju Air: GE Aerospace sertai siasatan
Enjin pesawat tersebut dihasilkan oleh CFM International, usaha sama antara GE Aerospace dan Safran.

Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.

Mykhailo Mudryk-Chelsea 'berpisah sementara'
Pemain berusia 23 tahun itu mungkin berdepan hukuman larangan berpanjangan jika didapati bersalah.

Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.

Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.