PORT DICKSON: Tragedi banjir besar Disember lalu yang turut memusnahkan mahligai pelakon dan pelawak Ebby Yus yang dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor menyebabkan hasratnya untuk menyambut Aidilfitri di rumah baharu tidak kesampaian.
Malah rumah bantuan kerajaan di bawah Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang diterima pelakon itu juga masih belum siap dibina.
Ini kerana kata Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, penghantaran bahan binaan untuk rumah tersebut agak sukar dilakukan kerana masalah jambatan rosak di kawasan itu.
"Proses pembinaan rumah berjalan dalam keadaan baik dan sudah siap 80 peratus. Tapi saya pun tak tahu bila ia akan siap kerana bergantung kepada keadaan jambatan yang rosak itu.
"Kalau ikutkan saya memang nak beraya di rumah baharu yang dah dihanyutkan banjir itu, tapi tak kesampaian. Kalau rumah bantuan kerajaan ini dah siap pun, saya memang tak duduk lagi kerana banyak yang perlu disediakan," katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim di sebuah restoran di sini pada Khamis.
Katanya, disebabkan itu, beliau akan pulang beraya di rumah pusaka ibu bapa di Kuala Pilah yang kini didiami oleh kakaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Sementara itu, menyentuh mengenai kesihatannya, Ebby berkata, ia bertambah baik namun beliau masih perlu sentiasa berjaga-jaga.
Ebby menambah, beliau terpaksa menolak penggambaran yang mengambil masa lama di luar dan setakat ini sudah menolak tujuh tawaran sama ada berlakon atau mengacara.
"Walaupun tidak sepenuhnya, tapi alhamdulillah kesihatan saya baik.
"Cuma sekarang saya tak ambil sangat 'shooting' yang memerlukan masa lama di luar atas faktor kesihatan dan nasihat doktor," katanya.
Pada 19 Disember lalu, Ebby berdepan ujian berat apabila rumah impiannya yang dalam proses pembinaan dan hanya tinggal 10 peratus lagi untuk disiapkan hanyut dibawa banjir.
Berikutan itu, Ebby menanggung kerugian hampir RM200,000.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 22 2022
![Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650596292_EbbyYusbelumdapat.jpg)
Ebby Yus (kanan) bersama rakan artis membuat persembahan selepas majlis berbuka puasa bersama anak yatim di sebuah restoran di Port Dickson pada Khamis. - Foto Sinar Harian
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
!['Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja 'Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71730276007_TBEBBYYUS.jpg)
'Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja
Jelas Ebby, biarpun diuji dengan masalah kesihatan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dan menyara diri.
![Mohon maaf jika menggores hati orang - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot Mohon maaf jika menggores hati orang - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61730097826_tbebbyyus.jpg)
"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, Ebby Yus memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.
![PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715234975_EbbyYus.jpg)
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
![Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis - Ebby Yus Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis - Ebby Yus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677321201_EbbyYus.jpg)
"Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis" - Ebby Yus
Selain masalah jantung dan buah pinggang, Ebby juga dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat.
![Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61650596292_EbbyYusbelumdapat.jpg)
Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu
Penghantaran bahan binaan untuk rumah tersebut agak sukar dilakukan kerana masalah jambatan rosak di kawasan itu.
![Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648013747_ebbyyusrumah.jpg)
Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu
Apa cerita terbaharu pelawak Ebby Yus selepas hampir 4 bulan mahligai impian lenyap sekelip mata dalam banjir pada Disember 2021?
![Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640745995_EbbyYus.jpg)
Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk
Ujian imbasan sinar-X yang dibuat pada Isnin menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di HKL.
![Banjir: Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah Banjir: Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640344303_TBZAINALABIDINBANJIR.jpg)
Banjir: Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah
Bencana banjir yang melanda Selangor khususnya di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam rupa- rupanya turut memberi impak kepada penghibur Datuk Zainal Abidin apabila menjadi mansa banjir itu.
![Rumah hilang sekelip mata, Ebby Yus tabah, sabar dan berlapang dada terima ujian Allah Rumah hilang sekelip mata, Ebby Yus tabah, sabar dan berlapang dada terima ujian Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71640315780_ebbyyus.jpg)
Rumah hilang sekelip mata, Ebby Yus tabah, sabar dan berlapang dada terima ujian Allah
"Orang lain banjir lumpur masuk ke dalam rumah mereka, rumah saya pula masuk dalam lumpur. Dah bersih terus, tak ada apa nak bersihkan lagi."
![Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639971557_EbbyYus.jpg)
Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air
Rumah yang dibina di Kuala Langat itu hanya tinggal 10 peratus untuk siap dan Ebby kerugian hampir RM200,000.