Kerajaan Barisan Nasional terdahulu dipercayai mempercepatkan proses kelulusan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi mendapatkan pembiayaan dana politik, dakwa ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Penasihat Kanan Institut Kajian Khazanah (KRI) itu berkata ia berdasarkan bagaimana tindakan mereka mendapatkan kelulusan Kabinet pada hujung 2017 dan terus memulakan projek pada awal 2018.
“Tujuan utama ECRL secara spesifiknya adalah untuk mendapatkan duit bagi pilihan raya umum yang lepas.
"Kos fasa pertama ECRL sekitar RM45 bilion, itu fasa pertama. Dan Exim Bank dari China bersedia membiayai projek itu, dan kadar bunga akan bertambah dan seterusnya menjadi sebahagian daripada bayaran prinsipal.
“(Mengikut perjanjian itu), Malaysia tidak perlu bayar untuk enam tahun pertama, dan itu akan diturunkan pada generasi seterusnya.
"Corak ini juga terdapat pada skim-skim (projek mega) lain dan ia sangat tidak bertanggungjawab,” katanya ketika menyampaikan ucap tama di Forum GE14 and the Year Since di Universiti Islam Antarabangsa, pagi tadi.
Jomo berkata perkara itu merupakan sesuatu kebiasaan sewaktu Malaysia diperintah oleh kerajaan terdahulu.
Selain itu, katanya lagi, 1MDB juga diwujudkan untuk tujuan yang sama, iaitu mendapatkan dana politik khusus untuk pilihan raya umum.
Atas sebab itu, beliau berkata, kemenangan penukaran rejim sewaktu PRU yang lepas memberi peluang kepada Malaysia untuk mengubah banyak perkara, termasuk mengkaji semula akta berkaitan dana pembiayaan politik.
“Kita mempunyai peluang untuk mewujudkan sistem khusus untuk pembiayaan politik, dan memastikan parti-parti politik tidak lagi boleh mendapatkan wang dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan ataupun, melalui cara yang haram.
“Ini sangat penting...anda boleh cakap apa sahaja, tetapi ia tidak akan berjaya melainkan kita mempunyai peraturan tegas atau sumber kewangan alternatif bagi parti-parti politik ini,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu May 02 2019
![ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61556781571_DrJomoKwameSundar.jpg)
DR JOMO: Tujuan utama ECRL secara spesifiknya adalah untuk mendapatkan duit bagi pilihan raya umum yang lepas. -Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’ PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716326238_TBPERKESO.jpg)
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
![Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat - Dr Jomo Kwame Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat - Dr Jomo Kwame](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569409217_jomo.jpg)
Jangan letak harapan tinggi ekonomi akan pulih dalam masa terdekat - Dr Jomo Kwame
"Jangan cuba menenangkan hati kononnya ekonomi akan pulih penghujung tahun ini, tahun depan atau tahun seterusnya."
![Prof Dr Jomo tidak pasti sejauh mana cadangan CEP pengaruhi dasar kerajaan Prof Dr Jomo tidak pasti sejauh mana cadangan CEP pengaruhi dasar kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/81569409217_jomo.jpg)
Prof Dr Jomo tidak pasti sejauh mana cadangan CEP pengaruhi dasar kerajaan
Bekas anggota Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Prof Dr Jomo Kwame Sundaram tidak dapat memberi kepastian sejauh mana cadangan CEP memberi kesan kepada dasar kerajaan.
![ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61556781571_DrJomoKwameSundar.jpg)
ECRL, 1MDB wujud untuk biayai aktiviti politik kerajaan terdahulu - Jomo
Mengikut perjanjian itu, Malaysia tidak perlu bayar untuk enam tahun pertama, dan itu akan diturunkan pada generasi seterusnya.
![Kerajaan umum projek ECRL diteruskan Kerajaan umum projek ECRL diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554997510_ecrl.jpg)
Kerajaan umum projek ECRL diteruskan
Kerajaan mengumumkan Projek Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) diteruskan dengan pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos pembinaan untuk fasa 1 dan 2.
![ECRL buka peluang ekonomi di Pantai Timur - Penganalisis ECRL buka peluang ekonomi di Pantai Timur - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554997510_ecrl.jpg)
ECRL buka peluang ekonomi di Pantai Timur - Penganalisis
Perjanjian mengenai Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dijangka ditandatangani akan membuka peluang ekonomi terutama kepada penduduk di Pantai Timur.
![Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/71552286976_TUNM.jpg)
Belum sampai masa dedah laporan CEP - Tun Mahathir
Laporan Majlis Penasihat Kerajaan akan diumum selepas kerajaan mengambil tindakan terhadap laporan berkenaan.
![Pasukan perundingan ECRL China berkunjung ke Malaysia bulan ini - Daim Pasukan perundingan ECRL China berkunjung ke Malaysia bulan ini - Daim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41538987421_TBTUNDAIMx.jpg)
Pasukan perundingan ECRL China berkunjung ke Malaysia bulan ini - Daim
Pasukan perundingan daripada kerajaan China dijangka berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan projek ECRL Malaysia, yang pelaksanaannya masih belum diputuskan.
![Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-08/51535675472_TBAMBIGA.jpg)
Dedah laporan IRC, rakyat perlu mentadbir sama - Ambiga
Datuk Ambiga Sreenevasan, dalam satu tulisan beliau sempena Hari Kebangsaan ke-61 pada Jumaat, menyatakan semua cadangan reformasi perlu melalui konsultasi umum.
![Hakikatnya khidmat CEP sudah tamat - Jomo Hakikatnya khidmat CEP sudah tamat - Jomo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/71534508741_councilofeldes.jpg)
Hakikatnya khidmat CEP sudah tamat - Jomo
Jelas ahli CEP itu, anggotanya akan terus memberi bantuan nasihat kepada kerajaan, namun bukan melalui CEP.