Keputusan meneruskan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah berita gembira buat rakyat Terengganu, kata Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menerusi laman sosial Facebook rasmi miliknya, Ahmad Samsuri berkata pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu bukan sahaja disambut baik malah beliau (Ahmad Samsuri) yakin ia mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi dan memberi impak positif kepada sosial penduduk.
Katanya, dengan perkembangan itu juga, bandar-bandar utama dan sekitar akan tumbuh pesat seterusnya dapat meyakinkan pelabur dengan penyediaan pembangunan infrastruktur yang lengkap.
"Saya percaya jika komitmen begini diteruskan, rakyat akan mendapat manfaat daripada projek pembangunan yang dirancang," katanya.
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang mencetuskan perbalahan mengenai kos pembinaannya sebelum ini akan disambung semula pada kos lebih rendah susulan pemeteraian perjanjian tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC).
ECRL akan meliputi jajaran baharu meliputi dari Kota Bharu-Mentakab-Jelebu-Kuala Kelawang-Bangi/Kajang-Putrajaya dan seterusnya Pelabuhan Klang.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata keputusan terbaru itu pasti akan memberi kesan positif secara langsung kepada sektor pelancongan Terengganu.
Beliau berkata apabila ECRL siap kelak, jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini dijangka meningkat melebihi lima peratus kerana mereka mempunyai alternatif lain selain menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan sistem penerbangan yang menjadi nadi pengangkutan utama pada masa ini.
"ECRL dijangka memendekkan masa dan kos perjalanan pelancong dari Pantai Barat ke Pantai Timur lebih daripada separuh," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini dan menurut beliau, jumlah kedatangan pelancong yang direkodkan pada tahun lalu ialah sekitar 4.8 juta orang.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan Sulaiman Sulong pula berkata oleh kerana kawasannya menjadi salah satu stesen laluan ECRL, ia akan memberi peluang kepada peniaga untuk membuka kios kecil bagi menjual pelbagai barangan di stesen-stesen yang akan dibuka kelak.
"Setakat ini, kawasan ini belum ada penempatan yang tersusun, jadi masyarakat akan ambil kesempatan berniaga dan peluang meningkatkan ekonomi akan dapat dinikmati oleh masyarakat kampung," katanya.
Sementara itu, Nurul Syazwani Mohd Noor, seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi berkata sebagai perantau, pembinaan ECRL dilihat sebagai alternatif baharu untuk pulang ke kampung terutama apabila berlaku kecemasan.
"Saya juga yakin industri yang dijalankan oleh usahawan tempatan di pantai timur akan menjadi semakin rancak. Produk-produk asli Terengganu seperti batik eksklusif dan songket akan menjadi tumpuan dan sudah pasti berlaku peningkatan pelancong.
"Mereka mempunyai pilihan sama ada menggunakan perkhidmatan ECRL, bas ekspres, kapal terbang mahupun memandu sendiri menggunakan lebuh raya. Meskipun pembinaannya menelan belanja yang besar, pelaburan ini saya fikir berbaloi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2019

AHMAD SAMSURI: Saya percaya jika komitmen begini diteruskan, rakyat akan mendapat manfaat daripada projek pembangunan yang dirancang.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.

DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.