KUANTAN: Nilai kontrak penglibatan syarikat tempatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencecah RM12.99 bilion, mengatasi sasaran RM10.8 bilion yang ditetapkan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
Bagi penglibatan syarikat bumiputera pula, Loke berkata sebanyak RM2.59 bilion atau 74 peratus daripada sasaran RM3.5 bilion bagi kerja sivil ECRL telah diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera.
Loke berkata Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) selaku pemilik projek dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) yang merupakan kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL, akan menggembeleng tenaga bagi memastikan penglibatan syarikat Bumiputera terus meningkat.
"Antara inisiatif yang sedang diambil adalah kerjasama dengan pihak kerajaan negeri yang terlibat bagi meneliti syarikat kontraktor bumiputera dari kategori G1 dan G2, seterusnya membuka peluang kepada mereka untuk bersama membangunkan Projek ECRL di dalam skop kerja yang bersesuaian.
"Pihak MRL dan CCCC sedang dalam proses menyenarai pendek syarikat berkenaan bagi tujuan tersebut," katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10, Gebeng di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan majlis itu, yang turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujin, Pengerusi MRL Tan Sri Mohd Zuki Ali, Pengerusi CCCC Wang Tongzhou dan Menteri Besar dari tiga negeri Pantai Timur yang menjadi jajaran keretapi itu.
Selain itu, Loke berkata sebanyak 2,800 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal telah terlibat dalam pelaksanaan ECRL, bermula dari 2017 hingga Oktober lepas.
ECRL yang sepanjang 665 kilometer (km) merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dirasmikan pada 9 Ogos 2017, dan dijadualkan beroperasi pada 2027 melibatkan keretapi penumpang pada kelajuan 160km/j dan keretapi kargo dengan kelajuan 80km/j.
Loke berkata kementerian Pengangkutan juga mengesyorkan agar syarikat usaha sama 50:50 antara MRL dan CCCC bagi menjayakan pengoperasian ECRL dapat ditubuhkan pada 2024, yang membuktikan keyakinan kedua pihak atas prospek keuntungan operasi ECRL, sekali gus menjamin kualiti serta kelestarian perkhidmatan.
Usaha sama itu, menurut Loke juga bakal menyediakan bantuan teknikal dan memperhebatkan pemindahan teknologi kereta api serta dalam aspek pengendalian dan penyelenggaraan ECRL untuk jangka masa panjang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 11 2023

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berucap pada Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL hari ini. - Foto Bernama
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Kontraktor projek ECRL mulakan kerja pemasangan sistem
Projek ECRL memulakan kerja pemasangan sistemnya yang menandakan fasa akhir pembinaan sebelum memasuki peringkat pengujian dan pengoperasian.

Kerajaan akan pastikan tambang ECRL berpatutan - Loke
Loke berkata kerajaan sentiasa mengambil kira kepentingan rakyat dalam menentukan harga tiket penumpang

Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak
Projek ECRL dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.

Kos ECRL dikurangkan RM11.01 bilion - Anwar
Hasil rundingan yang cekap, kos Projek Laluan Rel Pantai Timur kini RM74.96 bilion berbanding RM85.97 bilion pada 2016.

Sidang DUN: Kemajuan projek ECRL Terengganu lebih 40 peratus
Kerja-kerja pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu sudah mencapai kemajuan sebanyak 43.96 peratus setakat Oktober lepas.

ECRL: 1,547 lot tanah fasa satu di Kelantan selesai, diwartakan - Takiyuddin
Sebanyak 1,547 lot tanah bagi fasa satu Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah selesai dan diwartakan di bawah Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960.

Kos projek ECRL kekal pada RM50.27 bilion - Wee Ka Siong
Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kekal pada RM50.27 bilion biarpun selepas kerajaan Selangor meluluskan cadangan Jajaran Utara ECRL Seksyen C.

Jajaran ECRL dilanjutkan sehingga 665 km - Wee Ka Siong
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ditambah baik dengan melanjutkan jajaran asal daripada 640 kilometer (km) kepada 665 km bagi membentuk sistem jaringan rel yang lebih cekap.

Kadar kemajuan projek ECRL capai 29 peratus
Angka itu menunjukkan kemajuan projek itu satu peratus lebih awal daripada jadual asal.

Kerajaan runding semula jajaran asal ECRL Mentakab - Pelabuhan Klang
Rundingan semula dengan pihak kerajaan China dan kontraktor utama ECRL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kos dan jadual projek membabitkan jajaran Mentakab-Pelabuhan Klang.