Kerajaan Terengganu masih meneruskan rundingan dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk memutuskan jajaran baharu Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan jumlah stesen yang akan dibina di negeri itu.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata majlis pelancaran ECRL dijangka berlangsung pada 26 Julai ini di Dungun.
"Dalam hari-hari terakhir sebelum 26 Julai ini, kita masih meneruskan rundingan itu... apa sahaja boleh berlaku terutama keputusan penting berkaitan jajaran baharu dan jumlah stesen yang sangat berkait rapat dengan faktor pemangkin di daerah terlibat serta sosio ekonomi penduduk setempat," katanya kepada pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, di sini hari ini.
Ditanya apakah antara permohonan kerajaan negeri dalam rundingan itu, Ahmad Samsuri berkata pihaknya berharap jajaran baharu nanti akan disesuaikan mengikut perancangan kerajaan negeri serta inisiatif yang telah dirancang Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).
Beliau berkata kerajaan negeri akur dengan cadangan jajaran yang tidak terlalu dekat dengan pantai kerana ia melibatkan implikasi kos kewangan yang besar terutama pembayaran balik tanah kerana kebanyakan tanah berhampiran kawasan pantai adalah tanah milik (individu dan syarikat).
"Namun, kita tak mahu oleh kerana mahu menjimatkan kos, projek ini diteruskan juga dengan jajaran baharu tetapi masuk ke dalam kawasan hutan, siapa yang nak guna... ini antara yang kita ingin rundingkan.
"Setiap daerah ada rancangan tempatan merangkumi kawasan penempatan, pertanian dan pembangunan lain... jadi mesej ini perlu disampaikan kepada MRL supaya perubahan jajaran yang dicadangkan sebelum ini tidak terlalu jauh ke kawasan dalam... ia perlu berhampiran bandar supaya matlamat pembinaan ECRL itu sendiri tercapai," katanya.
Beliau berkata rundingan juga adalah termasuk memohon agar jumlah stesen dikekalkan kepada lapan seperti cadangan asal sebelum cadangan baharu yang mahu membina enam stesen sahaja di Terengganu.
Enam stesen ECRL yang dicadang mahu dibina di Terengganu ialah di Chukai, Kemasik, Dungun, Pengkalan Berangan, Kuala Terengganu dan Kampung Raja.
Dua stesen pula dibuka khas untuk kargo dan penumpang iaitu di Chukai dan Dungun, manakala empat stesen lain khas untuk penumpang sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019

Ahmad Samsuri berkata rundingan juga adalah termasuk memohon agar jumlah stesen dikekalkan kepada lapan seperti cadangan asal sebelum cadangan baharu yang mahu membina enam stesen sahaja di Terengganu. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan - Ahmad Samsuri
Industri pembinaan pesawat ringan bakal bertapak di Terengganu apabila memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkara ini dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Hukuman sebat diharap jadi contoh pelaksanaan syariah - MB Terengganu
Ahmad Samsuri berkata, hukuman itu diharap akan menjadi contoh pelaksanaan syariah yang membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

Abdul Hadi agak uzur, enggan ditemui pemberita
Tan Sri Abdul Hadi Awang kelihatan agak uzur dan enggan ditemui pemberita sebaik selesai menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.

PM Anwar tiba di Kuala Terengganu tinjau keadaan, lawat mangsa banjir
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kuala Terengganu pagi ini bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu yang semakin buruk selain meyantuni mangsa.

PM Anwar tangguh program, utamakan kebajikan rakyat dilanda banjir
Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen.

DUN Terengganu lulus Belanjawan 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.

Terengganu salur RM4.2 juta baik pulih rumah rosak akibat ribut
Ahmad Samsuri Mokhtar berkata 75 peratus rumah yang kebanyakannya mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan atap, telah dibaiki.