PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan dalam talian terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Persekutuan meringankan hukuman itu kepada penjara seumur hidup kerana mengedar 971.6 gram Methamphetamine.
Keputusan itu dibuat panel tiga hakim terdiri daripada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Abu Bakar Jais.
Panel tersebut mengesahkan sabitan Bukhti Shukran Abdul Rahman kerana mengedar dadar.
Dalam keputusan itu Tengku Maimun bagaimanapun berkata, susulan pindaan terkini Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka menggunakan budi bicara untuk menggantikan hukuman mati dengan penjara seumur hidup.
Beliau turut mengarahkan Bukti Shukran, 38, dikenakan 12 sebatan.
Pada 16 Ogos 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati terhadap Bukhti Shukran dan dua mekanik kerana mengedar dadah di tempat letak kereta Aeon Big di Bukit Rimau di Shah Alam, Selangor kira-kira 6.20 petang pada 7 Ogos, 2017.
Mahkamah Rayuan, pada 28 Feb tahun lepas, mengekalkan sabitan hukuman mati Bukhti Shukran atas pertuduhan itu, tetapi melepas dan membebaskan Saiful Adly Zakaria, 41 dan Azrul Alias, 37.
Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan kedua-dua lelaki itu.
Mengikut fakta kes, Mohd Bukhti memandu keretanya dari Telok Panglima Garang di Kuala Selangor ke sebuah bengkel di Bandar Sunway untuk membaiki keretanya.
Dalam keterangannya, Mohd Bukhti berkata dia ke Aeon Big untuk bertemu dengan seorang yang dikenali sebagai "Boy" untuk mengambil alat ganti keretanya.
Ketiga-tiga lelaki pergi ke tempat itu dengan kereta yang dipandu Mohd Bukhti dan sebaik tiba, sepasukan polis menggeledah kereta berkenaan dan menemukan sebuah kotak berisi dadah tersebut di tempat duduk penumpang belakang.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Fahmi Abdul Moin mewakili ketiga-tiga lelaki itu, manakala Timbalan Pendakwa Raya How May Ling mewakili pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Susulan pindaan terkini Akta Dadah Berbahaya 1952, panel hakim menggunakan budi bicara untuk menggantikan hukuman mati dengan penjara seumur umur. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: Kenapa remaja perempuan lebih mudah murung?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Hanisa Begam Najib Mohammad,Pakar Psikologi Klinikal, yang akan mengupas mengapa remaja perempuan dua kali ganda lebih berisiko mengalami kemurungan berbanding lelaki, faktor penyumbang, serta solusi untuk menangani isu ini.

Hutang isi rumah RM1.63 trilion, aset kewangan RM3.4 trilion setakat akhir Disember 2024
Hutang isi rumah negara berjumlah RM1.63 trilion setakat akhir Disember 2024 atau bersamaan dengan 84.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ringgit mengukuh pada sesi awal ketika sentimen pasaran bercampur-campur
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di tengah-tengah sentimen pasaran yang bercampur-campur.

Yayasan Peneraju perkenal skim pembiayaan, sasar penyertaan 7,200 bakat Bumiputera
Pengambilan pertama memfokuskan kepada golongan dewasa yang bekerja dan tidak bekerja, dengan sasaran seramai 7,200 pendaftaran.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Februari 2025]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Farhan Hakimi
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews
- Bazar Ramadan: DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak
- Subsidi tiket penerbangan untuk hari raya diteruskan - MOT
- Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
#AWANIpagi #AWANInews

RUU PSB: Kos sara hidup pemilik hartanah dijangka meningkat mendadak
Melalui pindaan itu, projek pembangunan yang sebelum ini di bawah pembiayaan kerajaan dan sektor swasta kini diambil alih sepenuhnya pihak pemaju.

LRT3 dijadual mula beroperasi pada 30 September 2025
Ujian pengoperasian tren tanpa penumpang akan dilakukan dalam dua peringkat bagi memastikan

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan di Tanah Merah
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!
Jaringan Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberi kemenangan terbaru Liverpool, manakala Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest.

Edar dadah: Ahli perniagaan terlepas tali gantung, dipenjara seumur hidup
Tengku Maimun berkata, susulan pindaan terkini Akta Dadah Berbahaya 1952, mereka menggunakan budi bicara untuk menggantikan hukuman mati dengan penjara seumur hidup.