JOHOR BAHRU: Seorang pemasang jubin dihukum penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 1.024 kilogram, empat tahun lepas.
Pesuruhjaya Kehakiman Noor Hayati Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap Teh Geok Chin, 47, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.
Mahkamah juga memerintahkan bapa kepada seorang anak itu menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh ditangkap iaitu 18 April 2019.
Isteri Teh, Nguyen Thi Thanh Tuyen, 25, warga Vietnam pula dilepas dan dibebaskan selepas pertuduhan yang sama terhadapnya ditarik balik.
Mengikut pertuduhan, pasangan suami isteri itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berkenaan di sebuah unit apartmen di Jalan Suria Muafakat 1, Larkin, di sini, pada 12.10 tengah malam, 18 April 2019.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau jika tidak dihukum mati hendaklah dipenjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nasrudin Mohamed manakala peguam K. Kalaichelvan mewakili kedua-dua tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
![Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan Edar dadah: Pemasang jubin dipenjara seumur hidup, 12 sebatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698309550_TBCourtHammer.jpg)
Teh Geok Chin, 47, menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes di Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini. - Gambar hiasan
![Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728918105_bayi.jpg)
Singapura lapor satu kes import polio berkaitan vaksin
Pesakit merupakan seorang bayi perempuan berusia lima bulan dari Indonesia yang dipindahkan secara perubatan dari negara itu.
Usah bangkit isu perpaduan, dimanipulasi pihak tertentu
Isu perpaduan di Malaysia seharusnya tidak lagi menjadi perdebatan utama selepas lebih enam dekad negara mencapai kemerdekaan.
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium, dalam tempoh 72 jam lalu yang mengakibatkan seorang maut dan tiga cedera.
Zelenskiy setuju tawar AS perjanjian nadir bumi dan mineral
Zelenskiy menekankan keperluan Ukraine untuk mendapatkan jaminan keselamatan daripada sekutunya sebagai sebahagian daripada sebarang penyelesaian.
Trump akan pecat ejen FBI terlibat siasatan serangan Capitol
Presiden Trump umum akan memecat ejen FBI yang didakwa korup dalam siasatan serangan 6 Januari 2021. Pentadbirannya setuju untuk tidak mendedahkan nama ejen buat sementara waktu.
Jepun gandakan perbelanjaan pertahanan
Presiden Trump umum Jepun tingkat belanja pertahanan menjelang 2027. AS komited terhadap keselamatan Tokyo, meluluskan hampir satu bilion dolar dalam jualan ketenteraan asing minggu ini.
![Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738966316_StevenSimCheeKeon.jpg)
Pekerja ditimpa bencana kerja, penyakit khidmat tidak perlu bayar kepada klinik panel PERKESO
Semua pencarum PERKESO tidak perlu lagi membayar untuk rawatan perubatan di klinik panel bermula tahun ini.
AS, Jepun perkukuh kerjasama perdagangan dan pelaburan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menerima kunjungan Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba, di White House dan menegaskan komitmen kedua-dua negara untuk mengurangkan defisit perdagangan Amerika dengan Jepun.
Netanyahu puji tindakan Trump sekat ICC
Netanyahu, bercakap bersama Speaker Dewan Rakyat Amerika Mike Johnson, mengucapkan terima kasih di atas kerjasama berterusan dengan Israel.
Puluhan negara ikrar sokongan padu terhadap ICC
Sebanyak 79 negara tegaskan sokongan berterusan terhadap ICC, menegaskan peranan pentingnya dalam keadilan antarabangsa selepas sekatan ekonomi dan perjalanan yang dikenakan oleh Trump.
![Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738663793_TBKEKASIHDADAH.jpg)
Pasangan kekasih bebas pertuduhan miliki, edar dadah
Sepasang kekasih terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan mereka daripada tiga pertuduhan memiliki dan mengedar dadah.
![Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000 Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738137399_Dadah.jpg)
Tiga lelaki ditahan edar dadah bernilai lebih RM550,000
Polis Melaka menumpaskan satu sindiket dadah didalangi tiga lelaki dan merampas barangan terlarang itu membabitkan nilai RM556,271 Ahad lepas.
![Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41738044506_DadahTaiwan.jpg)
Sembilan termasuk lapan warga Taiwan didakwa edar dadah lebih 400kg
Lapan warga Taiwan dan seorang rakyat tempatan didakwa atas dua pertuduhan mengedar dua jenis dadah berbahaya seberat 489.7 kilogram 16 Jan lepas.
![Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736497078_TBKEKASIHGELAP.jpg)
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
![Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736425505_TBDRUGS.jpg)
Polis rampas pelbagai dadah bernilai lebih RM13.59 juta, berkas 5 individu
Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM13.59 juta dan memberkas lima individu berkaitan sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak September tahun lepas.
![Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734087296_tbmengedardadah.jpg)
Yusoff Rawther kemuka representasi gugur tuduhan edar dadah, bicara April
Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan lima hari untuk perbicaraan kes bermula 7 hingga 11 April ini.
![Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736060287_DadahSungaiGolok.jpg)
Lagi rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, dipercayai pengedar dadah
Polis Thailand menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mengedar pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM120,000 dalam serbuan di sebuah premis di pekan Sungai Golok.
![Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000 Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
Tiga rakan ditahan bersama 20kg syabu bernilai RM640,000
Kesemua suspek dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah jenis syabu itu ditahan dalam serbuan bermula 4 petang semalam hingga 2 pagi tadi.
![Sepasang kekasih, seorang lelaki didakwa edar dadah bernilai RM1.445 juta Sepasang kekasih, seorang lelaki didakwa edar dadah bernilai RM1.445 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41662106072_TBGAVEL.jpg)
Sepasang kekasih, seorang lelaki didakwa edar dadah bernilai RM1.445 juta
Tiga individu termasuk sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah bernilai RM1.445 juta.
![Pelombong Bitcoin bebas tuduhan edar, miliki dadah Pelombong Bitcoin bebas tuduhan edar, miliki dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728378031_courtgavelmahkam.jpg)
Pelombong Bitcoin bebas tuduhan edar, miliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang pelombong mata wang kripto Bitcoin daripada lima pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, empat tahun lepas.