BERIKUT adalah berita tumpuan untuk tengah hari ini, 14 Disember 2016.
Pegawai kanan Polis Melaka meninggal dunia selepas bermain badminton
Timbalan Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka Supt Mohd Senu Mohd Nor meninggal dunia selepas selesai bermain badminton di gelanggang IPK di sini, Selasa malam.
Ketua Polis Melaka Datuk Ramli Din berkata mangsa berusia 49 tahun yang tidak sedarkan diri selepas rebah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira 8 malam.
Malaysia mampu hadapi kelembapan ekonomi kerana miliki asas kukuh - Othman
Malaysia mampu menghadapi keadaan kelembapan ekonomi kerana mempunyai asas yang kukuh dan hasil negara yang tinggi, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz.
Beliau berkata negara mempunyai rizab sehingga RM405 bilion, pertumbuhan ekonomi meningkat antara empat dan lima peratus serta hasil lebih tinggi daripada perbelanjaan mengurus.
Anwar gagal ketepi keputusan kes liwat II
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan semula Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kehakiman keputusan mahkamah itu yang mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara kerana meliwat.
Hakim membuat keputusan itu selepas meneliti penghujahan dan melihat permohonan itu tidak mempunyai merit dan tidak sempurna.
Dunia hanya menantikan Bana Alabed jadi jasad tidak bernyawa
Bana Alabed, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun bersama ibunya merakamkan detik-detik akhir hayat mereka di timur Aleppo menggunakan akaun Twitter yang diuruskan ibu.
Tweet terbaru beliau memberikan tanggapan akan nasibnya yang tidak menentu, sama ada akan terus hidup atau mati.
Sembilan cedera dalam dua letupan bom di Selatan Thailand
Tujuh anggota keselamatan dan dua orang awam cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di Narathiwat dan Pattani pada Selasa.
Kejadian pertama berlaku di Kampung Air Keroh, Chanet di Narathiwat, manakala kejadian kedua berlaku di Saiburi, Pattani.
Astro Awani
Wed Dec 14 2016
Berita keputusan semakan kehakiman yang dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim antara yang menjadi pilihan pembaca.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Rangkuman 5 Berita Utama: 25 Januari
BERIKUT adalah rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Rangkuman pagi: 5 berita pilihan
Berikut adalah berita yang menjadi tumpuan untuk hari ini, 4 Januari 2017.
Rangkuman pagi: 5 berita tumpuan
BERIKUT adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pagi ini, 30 Disember 2016.
Rangkuman pagi: 5 berita tumpuan
Berikut adalah berita-berita yang menjadi tumpuan pagi, 28 Disember 2016.
Rangkuman tengah hari: 5 berita pilihan
Berikut adalah berita-berita yang menjadi tumpuan tengah hari ini.
Rangkuman Pagi: 5 berita pilihan
Antara berita pilihan sepanjang pagi ini, 27 Disember 2016.
#RangkumanPagi: 5 berita paling hangat
Berikut adalah rangkuman lima berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini.
Edisi Tengah Hari: 5 berita paling hangat
Berikut adalah berita tumpuan untuk tengah hari ini, 14 Disember 2016.
Edisi Tengahari: 5 berita paling hangat
Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan sepanjang pagi ini , 13 Disember 2016.
#RangkumanPagi: 5 berita paling hangat
Berikut adalah rangkuman berita yang menjadi tumpuan umum semalam, 12 Disember 2016.