Penerbit sebuah majalah Jerman yang menjalankan 'temu bual' dengan Michael Schumacher melalui janaan kecerdasan buatan (AI) telah memecat editornya dan memohon maaf kepada keluarga bekas pelumba Formula One itu.
Schumacher, juara dunia tujuh kali, kini berusia 54 tahun, tidak pernah dilihat di khalayak ramai sejak dia mengalami kecederaan otak yang serius dalam kemalangan ski semasa percutian keluarga di Pergunungan Alps pada Disember 2013.
Menurut keluarga Schumacher, mereka merancang tindakan undang-undang terhadap majalah mingguan Die Aktuelle yang dimiliki oleh kumpulan media Funke yang berpangkalan di Essen.
Funke turut memohon maaf dalam satu kenyataan di laman web mereka, pada sabtu.
Pengarah urusan Funke, Bianca Pohlmann berkata, artikel hambar dan mengelirukan itu sepatutnya tidak wujud dan ia sama sekali tidak menepati piawaian kewartawanan.
Susulan itu, tegas beliau, tindakan serta-merta akan diambil terhadap kakitangan yang terlibat.
Ketua Pengarang Die Aktuelle, Anne Hoffmann yang telah memegang tanggungjawab sejak tahun 2009 pula akan diberhentikan daripada tugasnya mulai Sabtu.
Edisi terbaharu majalah Die Aktuelle itu memaparkan muka hadapan gambar Schumacher tersenyum dengan tajuk: "Temu bual pertama Michael Schumacher."
Majalah berkenaan turut menerbitkan tajuk tambahan: “Ia kedengaran seperti nyata.”
Artikel berkenaan turut memaklumkan, petikan jawapan dalam ‘wawancara’ tersebut dihasilkan menggunakaan janaan AI.
Keluarga Schumacher mengekalkan privasi yang ketat tentang keadaan bekas pemandu itu dengan akses terhad kepada mereka yang paling rapat dengannya.
Astro Awani
Sat Apr 22 2023
![Editor majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher dipecat Editor majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603882785_MichaelSchumacher.jpg)
Penerbit sebuah majalah Jerman yang menjalankan 'temu bual' dengan Michael Schumacher melalui AI telah memecat editornya dan memohon maaf kepada keluarga bekas pelumba Formula One itu. - Gambar fail BERNAMA
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642351694_KelapaMentah.jpg)
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
!['Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha 'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737583420_TBzaliha.jpg)
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
![Editor majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher dipecat Editor majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81603882785_MichaelSchumacher.jpg)
Editor majalah Jerman terbit 'wawancara' dengan Michael Schumacher dipecat
Penerbit turut memohon maaf terhadap penyiaran artikel hambar dan mengelirukan itu.