JOHOR BAHRU: EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd dan Maybank menjalin kerjasama bagi pelancaran Maybank@EduCity pertama di EduCity Hub, Iskandar Puteri yang menyediakan kemudahan asas perbankan dan khidmat rundingan kewangan untuk penuntut serta tenaga pengajar di kawasan itu.
Maybank@EduCity adalah kemudahan kesembilan seumpamanya diwujudkan Maybank di Malaysia, demikian menurut kenyataan EduCity Iskandar pada Jumaat.
"Penuntut EduCity akan mendapat manfaat menerusi pelbagai siri program celik kewangan selain peluang menjalani latihan industri dengan Maybank, program bimbingan dan sokongan kewangan menerusi Pinjaman Pendidikan Maybank EduCity.
"Maybank@Educity juga dapat memenuhi keperluan komuniti EduCity secara meluas menerusi rangkaian perkhidmatan perbankan utama dan produk kewangan yang menyeluruh," katanya.
Menurut EduCity Iskandar, kerjasama tersebut akan meletakkan EduCity sebagai Jaguh Kampus Tanpa Tunai menerusi Kempen Komuniti Tanpa Tunai anjurannya.
Acara pelancaran pada Jumaat telah disempurnakan bersama oleh Ketua Pegawai Modal Insan Maybank Datuk Nora Abd Manaf, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Investment Bhd (IIB) merangkap Pengerusi EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd Datuk Khairil Anwar Ahmad.
Dalam ucapan aluannya, Khairil Anwar berkata hab tersebut menyediakan ruang untuk penuntut mengadakan perbincangan berkumpulan secara percuma serta perkhidmatan lain termasuk bilik acara atau latihan serta penghasilan dari segi kandungan.
Sementara itu, Nora berkata Maybank@EduCity juga berperanan sebagai platform bagi penerapan usaha celik kewangan menerusi penganjuran bengkel-bengkel dan webinar yang membantu belia lebih bersedia dan cekap dalam bidang itu di masa depan.
"Bagi melengkapkan lagi inisiatif itu serta menggalakkan lebih ramai golongan muda menjadi usahawan, kami turut memperkenalkan inisiatif Usahawan Digital untuk menyediakan mereka dengan mekanisme dan pengetahuan tepat serta dapat berjaya dalam dunia digital," katanya.
EduCity yang diwujudkan pada 2008 merupakan bandar pendidikan bersepadu sepenuhnya di Iskandar Puteri, Johor.
Ia dimiliki sepenuhnya oleh IIB, syarikat berkaitan kerajaan yang ditubuhkan dengan matlamat untuk memacu pembangunan jangka panjang di Iskandar Malaysia.
Pada masa sejumlah 14 rakan pendidikan tempatan serta antarabangsa ditempatkan di kawasan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 03 2021

Penuntut EduCity akan mendapat manfaat menerusi pelbagai siri program celik kewangan selain peluang menjalani latihan industri dengan Maybank.

'Tak perlu tunggu pindaan Akta 522 untuk dakwa pihak terlibat tipu beras' - Hassan
Kerajaan digesa bertindak segera terhadap kilang beras, pemborong dan peruncit yang mencampurkan beras putih tempatan dengan beras import.

Bantuan RM100 juta Program Tanam Semula Sawit disasar dimanfaat sepenuhnya pada Jun - Johari
Johari berkata kemajuan penanaman semula kelapa sawit negara masih ketinggalan.

Kerajaan tambah jaminan RM10 bilion bagi sklim kredit perumahan bantu 20,000 peminjam
Peningkatan itu mengambil kira perkembangan semasa dengan ramai yang bekerja dalam sektor informal dan menjadi pekerja gig.

Anggota TUDM didakwa amang seksual adik ipar
Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun.
Rasuah RM53 bilion di Indonesia, 7 individu ditahan
Pejabat Peguam Negara Indonesia menahan beberapa eksekutif anak syarikat firma tenaga negara, PT Pertamina, berhubung skandal rasuah bernilai 193.7 trilion rupiah (RM53 bilion) melibatkan perolehan minyak mentah dan produk petroleum.
Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian pada Rabu.
AWANI Ringkas: Semua saksi dipanggil minggu ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aerotren KLIA siap 86 peratus, dijangka beroperasi suku tahun 2025
Status terkini projek penggantian Aerotren KLIA adalah pada kadar 86 peratus sehingga 24 Januari lalu.

Anak pemilik kebun buah didenda RM3,000 ugut Menteri Pelancongan
Anak tauke kebun buah didenda mengugut mahu mengancam nyawa Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
PAC syor LHDN tambah baik proses pentaksiran cukai
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen mengesyorkan lima langkah penambahbaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bagi memastikan kutipan cukai lebih efisien.

Pencarian CFO baharu masih berjalan, siasatan dalaman kes terpencil - Presiden Maybank
Siasatan dalaman itu merupakan kes terpencil dan tidak dicetuskan oleh pihak berkuasa, dan tiada pelanggaran peraturan ditemui semasa siasatan dalaman.

Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (FY24).

Aplikasi MAE akan hanya menyokong iOS 14 dan terkini berkuat kuasa 31 Mac 2025
Pengguna yang menggunakan sistem operasi sebelum iOS 14 tidak dapat menggunakan aplikasi MAE selepas tarikh berkenaan.

THT kembali ungguli carta Liga Hoki Malaysia
Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut THT untuk mengumpul 24 mata setakat ini, mengatasi TNB di tangga kedua dengan 21 mata.

Maybank tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia
Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.

Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.

BNM kenakan penalti berjumlah RM1.66 juta pada empat institusi kewangan
BNM mengenakan AMP berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi FSA dan/atau IFSA.

Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Aktiviti pengambilan untung yang berterusan untuk hari kedua berturut-turut mengasak Bursa Malaysia untuk ditutup rendah hari ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.

Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).