KOTA KINABALU:Portal Pembasmian Kemiskinan atau eKasih dimanfaatkan sepenuhnya orang ramai khususnya penduduk di Sabah yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Portal di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menjadi pilihan utama penduduk selepas dimaklumkan mengenai manfaatnya oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac lalu.
Dalam tinjauan Astro AWANI di Kota Kinabalu, kebanyakan penerima menyambut baik kecekapan proses permohonan eKasih kerana kelulusan permohonan yang pantas.
Menurut Rubiadevia Masakal, 58, dia amat berterima kasih kepada kerajaan kerana mempercepatkan proses permohonannya
"Saya sangat gembira kerana dapat bantuan dari kerajaan.
"Bulan lepas saya buat permohonan dan saya tanya dengan kawan bagaimana memohon dan apabila saya dapat peluang mengisi borang, saya terus isi.
"Saya tidak pernah dapat apa-apa bantuan sebelum ini dan saya teruja kerana prosesnya tidak lama dan saya amat bersyukur sebab saya memang ada masalah kewangan dan kakak saya Orang Kelainan Upaya OKU," katanya yang sudah menjaga saudara kandungnya itu lebih 10 tahun lalu.
Rubia menerima bantuan berupa 'bakul makanan' pada Isnin yang diserahkan oleh petugas Dewan Bandaraya Kota Kinabalu DBKK.
Sementara itu menurut seorang lagi penerima, Jerry Jonorius, 33, beliau terkejut ketika dihubungi kakitangan DBKK mengenai bantuan tersebut kerana baharu sahaja mengisi borang permohonan minggu lalu.
"Saya bersyukur sangat kerana dapat bantuan begini terutama dalam situasi sekarang ini.
"Saya tidak biasa dengan permohonan atas talian dan isteri saya yang isi borang eKasih itu.
"Saya syukur sangat dengan adanya eKasih, proses sangat cepat sedangkan kami baharu isi beberapa hari lalu, terima kasih banyak-banyak," katanya yang kini menganggur selepas kehilangan pekerjaan sejak Mac lalu.
Penghantaran bantuan 'bakul makanan' di daerah ini diselenggara DBKK dengan dibantu beberapa agensi berkaitan.
Sehingga Isnin hampir 120,000 'bakul makanan' telah diedarkan kepada penerima di seluruh Sabah yang melibatkan data dari eKasih dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Nov 02 2020
Penghantaran bantuan 'bakul makanan' di daerah ini diselenggara DBKK dengan dibantu beberapa agensi berkaitan. - Foto Astro AWANI
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata Gaza
Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.
Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM telah dirujuk kepada AGC - Saifuddin Nasution
PDRM telah menjalankan siasatan sebagaimana laporan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
‘Saya akan ketuai Bersatu hingga berjaya tawan Putrajaya pada PRU16’ - Muhyiddin
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau akan kekal mengetuai parti berkenaan sehingga berjaya menawan Putrajaya pada PRU16.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Tiada draf kedua MoU peruntukan pembangkang, kalau ikhlas luluskan sahaja - Muhyiddin
Tiada draf memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang dikemukakan oleh kerajaan setakat ini.