KUALA LUMPUR: Terdapat tiga masalah utama dari Model Ekonomi Baharu (NEM) yang dilancarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2010, dilihat membelenggu pertumbuhan ekonomi hingga ke hari ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
Dalam Debat Model Ekonomi Baharu Malaysia yang disiarkan di Astro AWANI dan RTM secara langsung pada Rabu, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, tiga masalah tersebut ialah penumpuan sektor ekonomi secara terpilih; dasar gaji yang tidak progresif dan kedudukan kewangan kerajaan lemah.
Namun, beliau berkata, situasi itu mewujudkan persoalan sama ada Malaysia mempunyai kemampuan untuk menjadi kuasa ekonomi serantau dan meningkatkan taraf kehidupan rakyat di negara ini.
“Pertamanya, ekonomi kita semakin ketinggalan berbanding pesaing kita. Kita terlalu selesa dengan limpahan ekonomi yang dibawa industri berdasarkan kepada kekayaan semula jadi kita. Contohnya minyak, contohnya perladangan.
“Keduanya gaji yang dibayar kepada rakyat terlalu rendah dan tidak naik seiring dengan harga barang sejak 20 tahun lalu. Antara perkara pertama saya lakukan ialah mengarahkan supaya statistik gaji diusahakan. Laporan statistik menunjukkan bahawa gaji rendah adalah masalah struktur nombor dua dalam ekonomi negara kita.
“Masalah tadi bawa ke masalah ketiga – iaitu kedudukan kewangan kerajaan yang lemah. Pertumbuhan ekonomi negara dilihat lebih perlahan disebabkan kerajaan sebelum ini bergantung kepada berhutang, dan mewujudkan pakej rangsangan ekonomi,” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai masalah pertama, Rafizi berkata, kerana terlampau selesa dengan sektor yang menjadi keutamaan, akibatnya upah pekerja yang terlibat dalam kitaran ekosistem itu menjadi rendah, sedangkan hasil yang dikaut agak lumayan.
Perkara itu, jelas beliau lagi, menyukarkan peluang Malaysia untuk bersaing kerana faktor upah yang rendah, dan jauh ketinggalan berbanding negara seperti Korea Selatan, Jepun, China dan negara-negara di benua Eropah.
Rentetan situasi upah yang rendah, Rafizi berkata, ia tidak seiring dengan inflasi yang menyebabkan harga barangan menjadi lebih tinggi, dan terus membebankan majoriti isi rumah di negara ini.
“(Sebanyak) 50 peratus daripada pekerja kita berpendapatan di bawah RM2,600 sebulan, hanya RM20 saja lebih tinggi dari garis kemiskinan isi rumah terkini – RM2,580. Kemudian gaji penengah anak muda yang baru first time kerja, antara 20 – 24 tahun hanya RM1,682 sebulan, RM182 lebih tinggi dari gaji minima.
“Gaji rendah ini menyebabkan ekonomi kita menghadapi kesukaran untuk membangunkan bakat yang boleh hasilkan ekonomi yang berinovasi dan nilai tinggi. Kemudiannya memanjangkan lagi masalah kita yang terperangkap dengan ekonomi bernilai tengah,” jelas beliau lagi.
Mengenai masalah ketiga, iaitu kedudukan kewangan kerajaan yang lemah, Rafizi menggariskan, ia terhasil akibat sikap pentadbiran dahulu yang banyak bergantung kepada hutang dalam memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi.
“Sahabat baik Syahir – (Tan Sri) Muhyiddin Yassin cukup gemar umumkan pakej rangsangan. Terbaharu untuk Selangor. Tapi rakyat perlu tahu, merangsang ekonomi dengan berhutang hanya meninggalkan bala kepada generasi muda yang akan menanggung hutang ini.
“Bila (ekonomi) lebih perlahan, gaji rendah, kutipan cukai kerajaan juga menjadi terhad. Lebih tenat apabila kerajaan ambil sikap terus menghulur wang dan subsidi tanpa tersasar, untuk meredakan kemarahan rakyat, tanpa selesaikan masalah pokok,” ujar Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR.
Rafizi berkata, kerangka Ekonomi Madani berjaya menganjakkan pendekatan ekonomi negara untuk memberi pil-pil ekonomi yang lebih radikal untuk menyelesaikan masalah-masalah pokok.
"Sebahagian pil-pil ekonomi telah pun dilancarkan seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang merupakan industri yang mendapat pelaburan tertinggi di dunia. Selain mencipta peluang-peluang ekonomi, ia juga boleh menjadi daya tarikan kepada pelabur-pelabur kerana banyak syarikat berteknologi tinggi yang mahukan tenaga bersih untuk memindahkan operasi mereka ke negara ini.
"Begitu juga dengan Dasar Gaji Progresif yang akan menaikkan gaji kerja awam dan swasta. Untuk pengetahuan ini adalah kali pertama kerajaan campur tangan dalam menetapkan gaji semua pekerja," katanya lagi.
Rafizi berkata, ia bukan lagi rancangan, tetapi merupakan program-program yang telah dilancarkan berdasarkan kerangka baharu Ekonomi Madani.
Firdaus Azil
Thu Aug 10 2023
Menurut Rafizi, tiga masalah tersebut ialah penumpuan sektor ekonomi secara terpilih; dasar gaji yang tidak progresif; dan kedudukan kewangan kerajaan lemah. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
#AWANI Ringkas 26 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 Januari 2025
1️⃣ Wisma Putra bantu 8 pelajar malaysia cedera
2️⃣ isu tiada sijil nikah penduduk Pulau Mabul akan ditangani
3️⃣ sekolah patriotik umno dilancarkan
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra bantu 8 pelajar malaysia cedera
2️⃣ isu tiada sijil nikah penduduk Pulau Mabul akan ditangani
3️⃣ sekolah patriotik umno dilancarkan
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Kes pukul OKU
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kemalangan di Mesir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [26/1/2025] – Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan. | Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini. | Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabu
Awani Borneo Ahad 26 Januari 2025 bersama Assim Hassan
- Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan.
- Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini.
- Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi.
- Nahas bas persiaran: pemandu parah, enam pelancong China cedera ringan.
- Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 3,000 Lagi menyusul tahun ini.
- Isu tiada sijil nikah dalam kalangan penduduk Pulau Mabul akan segera diatasi.
Tentera Israel langgar gencatan senjata, 5 penduduk Palestin cedera ditembak
Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal terpaksa bermalam di kawasan terbuka sementara menunggu kebenaran untuk pulang ke rumah.
Kerajaan pastikan harga terus terkawal menjelang Tahun Baharu Cina - MB Selangor
Orang ramai digesa untuk membuat laporan sekiranya terdapat peniaga yang masih ingkar, atau sengaja tidak mempamerkan harga jualan.
Ops Tunggak: 182 pemandu, 163 kenderaan ada rekod saman tertunggak
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata selain itu sebanyak 16 kenderaan dari Thailand telah disita sepanjang tempoh berkenaan.
PRN17: PBS pertimbang letak calon di kawasan ramai sokongan
Kekuatan dan peningkatan jumlah penyokong di kawasan Pantai Timur Sabah perlu dimanfaatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri PRN-17.
Parti STAR SABAH optimis rampas kerusi Tungku
STAR Sabah mengulangi hasrat parti itu untuk bertanding di kerusi Dewan Undagan Negeri (DUN) Tungku namun akur dengan apa jua keputusan Pengerusi Gabungan Parti Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor.
Bekalan elektrik: Kerajaan Sabah teruskan kerjasama dengan persekutuan
Bagi menambah baik situasi bekalan elektrik di sabah, kerajaan negeri melalui ECOS akan terus berusaha dan berkerjasama erat dengan persekutuan.
Debat Rafizi-Syahir malam ini, rakyat jadi pengadil
Rafizi dan Mohd Syahir akan membicarakan isu ekonomi dan memberikan input baharu dalam menambah baik keadaan semasa.
Astro AWANI-RTM rakan penganjur rasmi Debat Ekonomi, Rafizi ucap terima kasih
"Kita akan jumpa pada 9 Ogos nanti..."
Astro AWANI tawar pentas 'Debat Ekonomi Malaysia' Rafizi-Azmin
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah mengemukakan surat jemputan debat tersebut kepada pihak Rafizi dan Azmin.