KUALA LUMPUR: Pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi negara tidak lagi berada dalam krisis dan terus mencatatkan pertumbuhan memberikan rangsangan yang besar kepada sentimen, tiga tahun sejak negara dilanda pandemik.
Bank pusat hari ini mengumumkan Malaysia merekodkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku pertama 2023 yang memberangsangkan sebanyak 5.6 peratus, disokong oleh permintaan domestik, pertumbuhan kukuh pasaran buruh dan peningkatan berterusan gaji yang menyokong perbelanjaan penggunaan.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pertumbuhan ekonomi negara pada 2023 akan terus disokong oleh pengembangan selanjutnya perbelanjaan isi rumah, aktiviti pelaburan yang berterusan, pasaran buruh yang bertambah baik dan aktiviti pelancongan yang rancak.
"Seluruh ekonomi tidak lagi berada dalam krisis, malahan, ia terus mencatatkan pertumbuhan," katanya pada sidang media sempena pengumuman prestasi ekonomi Suku Pertama 2023 negara.
Pertumbuhan KDNK itu selari dengan unjuran yang dibuat oleh beberapa firma penyelidikan serta bank dan mengatasi unjuran lemah di bawah 5 peratus.
Unjuran Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) dan TA Research adalah tepat. BIMB berkata memandangkan Malaysia telah mencatatkan prestasi suku pertama terbaik sejak 2015, ia mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK setahun penuh sebanyak 4.5 peratus.
"Pertumbuhan begitu memberangsangkan pada suku pertama disokong oleh permintaan kukuh dalam negeri, ditambah pula dengan inflasi yang menyederhana ditengah-tengah keadaan ketidaktentuan luar," kata ketua ekonomi BIMB, Firdaos Rosli dalam satu nota penyelidikan.
Ketua ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ekonomi Malaysia berkembang pada kadar yang baik sebanyak 5.6 peratus dengan kedua-dua enjin, permintaan domestik dan eksport, masing-masing meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 54.4 peratus.
"BNM juga menjangkakan ekonomi akan mencapai status guna tenaga penuh tahun ini, yang bermakna perbelanjaan dalam kalangan isi rumah akan terus bertahan.
"Namun begitu, kadar inflasi dijangka kekal tinggi.
"Risiko meningkat dijangka dipengaruhi oleh harga komoditi global, inflasi import daripada ringgit yang lemah, permintaan kukuh dari China dan semakan lebih besar kepada subsidi dan dasar had harga," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pada satu tahap, kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini adalah wajar memandangkan trajektori pertumbuhan telah menjadi normal.
"Kesimpulannya, ekonomi Malaysia berada di landasan untuk merekodkan pertumbuhan KDNK 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini. Bagi OPR pula, saya berpandangan tidak ada keperluan yang mendesak untuk menaikkannya lagi kerana ia telah mencecah paras yang konsisten dengan trajektori pertumbuhan," katanya.
Beliau berkata BNM juga perlu mewujudkan ruang dasar yang selesa untuk tindak balas ke atas kejutan masa depan.
Justeru, OPR sewajarnya kekal pada 3.00 peratus bagi baki tempoh tahun ini, katanya.
Dalam mesyuarat dasar monetari kali ketiga bagi 2023 yang diadakan pada 3 Mei lepas, bank pusat mengumumkan kenaikan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3.00 peratus.
Ringgit mengukuh selepas kenaikan OPR diumumkan walaupun kalangan ahli ekonomi berpandangan mata wang tempatan masih jauh daripada kadar kukuh Januari iaitu 4.2345 berbanding dolar AS.
Semasa penutupan dagangan pada Khamis, unit tempatan susut kepada 4.4615/4665 daripada 4.4565/4605 ketika ditutup pada Rabu.
Penyelidikan oleh MIDF yakin apabila Rizab Perkutuan AS memutuskan kadar faedah dikekalkan tidak berubah, mata wang tempatan akan meningkat dengan pantas.
Penyelidikan MIDF mengunjurkan USD/MYR kepada purata RM4.20 bagi US$1 manakala RM4 pada akhir tahun.
Selain itu, dalam menyokong kestabilan ekonomi negara-negara, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menggesa pembuat dasar supaya mengutamakan dasar fiskal yang konsisten memandangkan unjuran jangka masa terdekat masih sukar.
"Banyak negara akan memerlukan tahap fiskal yang ketat untuk menyokong proses disinflasi yang berterusan, khususnya jika inflasi yang tinggi berlanjutan.
"Dasar fiskal yang lebih ketat akan membolehkan bank-bank pusat meningkatkan kadar faedah kurang daripada yang sepatutnya mereka putuskan, dan ini akan membantu mengehadkan kos pinjaman bagi kerajaan dan memastikan kerentanan kewangan dapat dikawal.
"Dasar fiskal yang lebih ketat memerlukan jaringan keselamatan disasarkan secara lebih baik untuk melindungi isi rumah yang paling rentan, selain menangani ketakjaminan makanan di samping mengekang pertumbuhan perbelanjaan keseluruhan, memandangkan kerajaan mungkin menghadapi tekanan sosial untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup sebelum ini," menurut IMF. - BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Pengumuman Bank Negara Malaysia bahawa ekonomi negara tidak lagi berada dalam krisis dan terus mencatatkan pertumbuhan memberikan rangsangan yang besar kepada sentimen, tiga tahun sejak negara dilanda pandemik. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.