SINGAPURA: Ekonomi Singapura meningkat 0.4 peratus pada asas tahun ke tahun pada suku pertama 2023, menyederhana daripada pengembangan 2.1 peratus pada suku sebelumnya, kata Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura.
Ekonomi Singapura meningkat 3.6 peratus pada 2022.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berhubung prestasi ekonomi Singapura pada suku itu berkata, pihaknya mengekalkan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 Singapura pada 0.5 peratus hingga 2.5 peratus.
Pada asas pelarasan musim suku ke suku, MTI berkata ekonomi menguncup 0.4 peratus daripada pertumbuhan 0.1 peratus pada suku keempat 2022.
Dari segi prestasi sektor,menurutnya sektor pembuatan merosot 5.6 peratus tahun ke tahun, lebih buruk daripada penguncupan 2.6 peratus pada suku terdahulu.
"Prestasi lemah sektor itu adalah disebabkan output yang berkurangan di seluruh kluster kecuali kluster kejuruteraan pengangkutan," katanya.
MTI berkata sektor pembinaan berkembang 7.2 peratus tahun ke tahun, meneruskan pertumbuhan 10.0 peratus pada suku terdahulu, dengan output pembinaan sektor awam dan swasta meningkat pada suku berkenaan.
Sektor penginapan pula menokok 21.9 peratus tahun ke tahun, meningkat daripada pertumbuhan 7.8 peratus pada suku sebelumnya, katanya.
"Pertumbuhan pada suku itu disokong oleh pemulihan kukuh bagi ketibaan pelawat antarabangsa daripada asas rendah dalam tempoh sama tahun lepas apabila sekatan perjalanan masuk masih dilaksanakan," katanya.
Dari segi unjuran ekonomi pada 2023, MTI berkata prestasi ekonomi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Zon Euro lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan, disokong oleh permintaan terhadap perkhidmatan domestik.
"Bagaimanapun, unjuran pertumbuhan untuk tempoh berbaki tahun ini kekal lemah," katanya.
MTI berkata walaupun permintaan luaran terhadap barang niaga dan komoditi Singapura lebih lemah, prospek pertumbuhan negara utama Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand kekal positif, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan serta pemulihan yang berterusan.
Sehubungan itu, kementerian menjangka prospek permintaan luar Singapura lebih lemah sepanjang tahun ini.
"Di peringkat domestik, prospek pertumbuhan sektor berkaitan penerbangan dan pelancongan bagi ekonomi Singapura kekal positif disebabkan pemulihan yang berterusan bagi perjalanan udara antarabangsa dan pelancongan masuk.
"Bagaimanapun, prospek sektor pembuatan dan sektor berkaitan perdagangan lain ekonomi telah merosot," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
![Ekonomi Singapura naik 0.4 peratus pada suku pertama 2023 - MTI Ekonomi Singapura naik 0.4 peratus pada suku pertama 2023 - MTI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684037329_TBsingapore.jpg)
MTI berkata, pihaknya mengekalkan ramalan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2023 Singapura pada 0.5 peratus hingga 2.5 peratus. - Fail/Pixabay
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![COVID-19: Singapura buka 75 peratus sektor ekonomi, sekolah dijangka dibuka berperingkat COVID-19: Singapura buka 75 peratus sektor ekonomi, sekolah dijangka dibuka berperingkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/61588841354_singapore.jpg)
COVID-19: Singapura buka 75 peratus sektor ekonomi, sekolah dijangka dibuka berperingkat
Republik itu turut dijangka membuka semula sesi persekolahan secara berperingkat sepanjang bulan Jun.
![Ekonomi Singapura berkembang 0.7 peratus pada 2019 Ekonomi Singapura berkembang 0.7 peratus pada 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581253394_TBSingapore.jpg)
Ekonomi Singapura berkembang 0.7 peratus pada 2019
Ekonomi Singapura berkembang sebanyak 0.7 peratus pada 2019, lebih rendah berbanding pertumbuhan 3.4 peratus yang dicatatkan pada 2018.
![Ekonomi Singapura tumbuh 2.0% 2015 Ekonomi Singapura tumbuh 2.0% 2015](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/51451660087_SINGAPORE.jpg)
Ekonomi Singapura tumbuh 2.0% 2015
Angka tersebut adalah lebih rendah daripada 3.3 peratus pada 2014.