KUALA LUMPUR: Peranan wanita dalam kepimpinan kerajaan adalah penting dan jika mereka dilantik, Duta Besar Malaysia untuk Wanita dan Gadis boleh menyokong pihak terbabit dan membincangkan dasar yang akan membantu memastikan Malaysia mempunyai masyarakat yang lebih sensitif mengenai gender dan kesamarataan.
Duta Besar Australia untuk Wanita dan Gadis, Christine Clarke CSC berkata bahawa memandangkan peranan wanita dalam kepimpinan kerajaan dipandang tinggi dalam dunia hari ini, mereka mesti disokong oleh pelbagai pihak dan dasar yang kukuh yang akan membantu memastikan masyarakat lebih sensitif mengenai isu gender dan kesamarataan.
"Adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak berkaitan untuk meneliti isu wanita, menyokong, menggubal dasar mengenai golongan ini dan memberi mereka peranan dalam kepimpinan sebenar, dan terus menyokong mereka apabila mereka telah dipilih.
"Bukan itu sahaja, masyarakat perlu menyokong calon wanita itu. Ia adalah satu ekosistem yang kita perlu berusaha demi meningkatkan jumlah perwakilan wanita.
"Kita memerlukan wanita yang memainkan peranan dalam kepimpinan di setiap lapisan masyarakat kita."
Clarke memberitahu Bernama demikian ketika lawatannya ke ibu pejabat agensi berita itu, baru-baru ini.
Beliau berada di Malaysia, sebagai sebahagian daripada aktiviti penglibatan serantau utama Australia - Indo-Pacific Endeavour 2022 (IPE2022) -- bagi Meja Bulat Wanita, Keamanan dan Keselamatan dengan kementerian dan agensi Malaysia yang berkaitan, di samping beberapa siri aktiviti ketenteraan seperti latihan kemanusiaan dan bantuan bencana, termasuk bengkel latihan lain dari 7 hingga 9 Nov.
IPE2022 mewakili satu daripada pelbagai aktiviti pertahanan dua hala dan pelbagai hala yang telah lama dilakukan oleh Australia dan Malaysia.
Ia termasuk sumbangan bersama kepada Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) selama lebih 50 tahun.
Mengulas lanjut, Clarke berpendapat bahawa tahap universal berhubung 30 peratus perwakilan wanita dalam kerajaan masih menjadi sasaran yang realistik dan mungkin dicapai semua kerajaan yang mengendalikan lembaga itu.
"Jika wanita merangkumi 50 peratus penduduk dunia, kenapa kita tidak boleh menjadi 50 peratus dalam kerajaan?
"Saya fikir menetapkan sasaran adalah penting. Sebagai contoh, 30 peratus adalah sasaran yang baik kerana sistem akan memberitahu kami bahawa apabila anda mencapai 30 peratus, ia akan mula membangunkan pencapaiannya sendiri. Justeru, sasaran itu masih realistik untuk momentum itu terus berjalan," katanya.
Bercakap mengenai lawatannya ke negara ini, Clarke menekankan bahawa kehadirannya adalah untuk menghubungkan IPE2022 dengan keamanan dan keselamatan wanita bersama pihak Malaysia serta menawarkan perkongsian kepakaran dan pengetahuan.
Beliau menambah bahawa memandangkan kedua-dua elemen adalah sangat penting untuk Australia dan Malaysia, beliau menjangkakan lebih banyak penglibatan dalam masa terdekat termasuk menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, dan pemerkasaan wanita.
"Cabaran yang kita hadapi hari ini bukan hanya mengenai isu pertahanan tetapi ada lebih daripada itu; tindak balas bencana, pengaman, rundingan damai dan banyak lagi.
"Australia bersedia dan tidak sabar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan, serta menawarkan bantuan mengenai pelan tindakan negara yang sedang dirancang oleh pihak Malaysia.
"Dengan peranan yang dimainkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat khususnya, saya percaya terdapat perkongsian maklumat dan kerjasama yang boleh dilakukan agar kedua-dua negara dapat menjalin hubungan dan bekerjasama," katanya.
Sebelum memulakan peranan sebagai Duta Wanita dan Gadis, Clarke bekerja dengan Bahagian Jantina Pasifik di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, mengenai Perkhidmatan Lanjutan selepas menamatkan kerjaya Tentera Laut sepenuh masa pada Jun 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Tahap universal berhubung 30 peratus perwakilan wanita dalam kerajaan masih menjadi sasaran yang realistik. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

RMK12: Peranan wanita akan diperkasa dalam ekonomi ihsan- PM Anwar
Kerajaan akan memperkasakan peranan wanita dalam ekonomi ihsan (care economy) bagi tempoh akhir Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Ekosistem inklusif diperlukan agar lebih ramai wanita dilantik anggotai kerajaan Malaysia
Peranan wanita dalam kepimpinan kerajaan adalah penting dan jika mereka dilantik, Duta Besar Malaysia untuk Wanita dan Gadis boleh menyokong pihak terbabit dan membincangkan dasar yang akan membantu m

Pelajar perlu lebih akses bahan sastera negara - Siti Zainon
Siti Zainon berkata selama ini para pelajar kurang menerima bahan sastera negara yang merupakan satu sumber diperlukan oleh generasi muda yang bakal memimpin.

Malaysia perkasa peranan wanita dalam pengurusan risiko bencana - Wan Azizah
Ini kerana peranan wanita penting dalam menjadikan masyarakat lebih berdaya tahan dan berada dalam kesiapsiagaan yang lebih baik.

Pelaksanaan dasar kerajaan untuk membantu wanita perlu dipertingkat
Datuk Dr Noraesah Mohamad berkata, pelaksana dasar kerajaan ini masih tidak memahami kepentingan sumbangan golongan wanita dalam sektor ekonomi.