KUALA LUMPUR: Lawatan ke Arkib Memorial "Eksplorasi Negarawan #klikdijari" secara maya, sebuah produk dan perkhidmatan baharu Arkib Negara mampu memperkasakan program kebudayaan bagi mengukuhkan jati diri bangsa.
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia berikutan pemahaman mengenai tokoh negarawan dalam perjuangan ke arah kemerdekaan negara dan penubuhan Malaysia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda, masyarakat tempatan serta luar negara.
"Ini sekali gus dapat memberi kesedaran kepada generasi muda dan masyarakat untuk menjadi Keluarga Malaysia yang lebih setia dan patriotik kepada negara walau di mana sahaja mereka berada," katanya dalam ucapan Majlis Pelancaran Eksplorasi Negarawan #klikdijari di sini malam tadi.
Sehubungan itu, beliau berharap Arkib Negara dapat berkolaborasi dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi memperkenalkan produk itu sebagai projek rintis dan dimasukkan sebagai ko-kurikulum tambahan sama ada di peringkat sekolah serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Selain itu, Nancy berkata lawatan secara maya Eksplorasi Negarawan #klikdijari itu adalah salah satu produk dan perkhidmatan yang dapat memberi impak dalam memperkasa ekosistem kebudayaan pintar melalui pelancongan arkib oleh Arkib Negara.
Melalui teknologi ini, beliau berkata pengunjung dapat melawat Arkib Memorial, milik Arkib Negara, di hujung jari tanpa perlu dibatasi prosedur operasi standard lawatan secara fizikal.
"Kita berhadapan dengan situasi (pandemik COVID-19) yang belum pernah terjadi sebelumnya dan memerlukan kita mengubah cara dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat.
"Oleh itu, syabas kepada Arkib Negara kerana mampu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi terkini dengan membangunkan produk berkonsepkan lawatan secara maya yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh Keluarga Malaysia," katanya.
Produk lawatan maya ketika ini melibatkan enam Arkib Memorial iaitu Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tun Hussein Onn, Memorial Negarawan, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Memorial Tun Abdul Ghafar Baba dan Pustaka Peringatan P Ramlee.
Pada fasa seterusnya, Arkib Negara akan meneruskan pembangunan lawatan maya kepada lima Arkib Memorial lagi iaitu Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, Galeria Seri Perdana, Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Rumah Merdeka serta Rumah Kelahiran P Ramlee.
Orang ramai boleh menyertai lawatan maya Eksplorasi Negarawan #klikdijari secara percuma di laman sesawang rasmi Arkib Negara di www.arkib.gov.my serta boleh diakses melalui imbasan kod respon pantas (QR) yang disiarkan di platform media sosial rasmi Arkib Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Nancy ketika gimik Majlis Pelancaran Eksplorasi Negarawan #klikdijari di Memorial Tun Hussein Onn malam tadi. Turut hadir Ketua Pengarah Arkib Negara Jaafar Sidek Abdul Rahman. --fotoBERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Ekplorasi Negarawan #klikdijari perkasa pengukuhan jati diri bangsa - Nancy
Pemahaman mengenai tokoh negarawan dapat memberi kesedaran kepada generasi muda, masyarakat tempatan serta luar negara.