SANDAKAN: Program Eksesais Kerajaan Perlis ke Sabah (Eks Perbah), diharap dapat memberi manfaat kepada pasukan keselamatan dan penjawat awam serta masyarakat di negeri ini, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda bertitah, program anjuran sejak 2003 itu bertujuan mempamerkan dan memberikan sokongan moral kepada anggota keselamatan bertugas di sempadan negara di Sabah serta ditambah baik dan diperluaskan pelaksanaannya dengan turut memasukkan elemen kemasyarakatan.
"Program ini merupakan satu program lawatan tahunan kerajaan negeri Perlis ke kawasan-kawasan gerakan keselamatan di Sabah dan turut disertai oleh anggota pentadbiran kerajaan negeri Perlis, ketua jabatan, tokoh korporat dan pakar motivasi daripada Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP).
"Program ini juga bagi membangunkan masyarakat berminda kelas pertama dalam segala tindakan demi pembangunan negara Malaysia yang tercinta ini," titah baginda pada majlis apresiasi Eks Perbah 2023, di sini, malam tadi.
Teks ucapan baginda disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, elemen kemasyarakatan dalam program tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dikenali sebagai Program Jiwa Murni dan program pembangunan modal insan melibatkan pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi, yang dikenali sebagai Program Titian Kasih.
"Kedua-dua program ini dimasukkan sebagai agenda Program Eks Perbah bertujuan untuk menyokong semua usaha kerajaan Sabah untuk sama-sama membangunkan sosioekonomi penduduk Sabah," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023

Tuanku Syed Faizuddin (tengah) menyaksikan penyerahan sumbangan wakaf peralatan perubatan daripada CEO Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (kiri) kepada Pengarah Hospital Duchess of Kent. - Foto BERNAMA
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Eks Perbah diharap beri manfaat kepada pasukan keselamatan, masyarakat Sabah
Eks Perbah bertujuan mempamerkan dan memberikan sokongan moral kepada anggota keselamatan bertugas di sempadan negara di Sabah.