Astro Publication
Wed Jun 10 2015
EKSKLUSIF! Rizalman Ibrahim kongsi cerita susah senang berstatus bujang dan punya anak angkat
Oleh : Huda Hussien
Bagaimana boleh terfikir mahu mengambil anak angkat? Ceritakan mengenai kisah Umar Nail & Aali Nail...
Umum mengetahui Umar dan Aali adalah dua anak angkat yang saya ambil daripada rakan dan kenalan. Umar, saya mengambilnya daripada rakan sewaktu belajar di UiTM. Bukan anaknya tetapi anak kepada kenalannya yang berasal dari Kelantan. Dan Umar sendiri maklum mengenai statusnya sebagai anak angkat sejak di bangku sekolah. Begitu juga dengan Aali, saya mengambilnya daripada ibunya yang ketika itu berusia 17 tahun. Dan kisah di sebalik latar belakang keluarga sebenar mereka, bagaimana mereka dilahirkan, siapa ibu bapa kandung mereka sama sekali tidak menimbulkan masalah bagi saya. Kemungkinan anak-anak ini bersikap memberontak berlaku akibat tertekannya ibu-ibu mereka sewaktu hamil dahulu. Mungkin teori saya kurang tepat tetapi saya percaya apa jua yang berlaku pada bayi yang dikandung dipengaruhi oleh keadaan ibunya, baik emosi mahupun psikologi.
Namun saya optimis, biarpun cabarannya tinggi dalam memelihara, mendidik dan membesarkan anak-anak; itu adalah sebahagian jihad saya kepada Allah. Jika dalam soal perniagaan saya boleh merancang ke mana hala tujunya, begitu juga dengan pengakhiran hidup saya kelak. Saya mahu berjihad dan mengimpikan kehidupan yang sempurna di akhirat kelak. saya tetap meletakkan keutamaan kepadamereka.
Contohnya, "Umar, jalan baik-baik nanti jatuh," - saya beri peringatan kepadanya kerana saya menganggapnya sebagai anak, hak saya dan sebahagian nyawa saya. Kerana sayang saya berikan perlindungan kepada mereka. Malah perasaan seperti kasih, sayang dan seumpama dengannya saya terapkan dalam unsur rekaan. Biarpun ia tidak dapat ditafsirkan dengan butiran terperinci tetapi ia adalah satu perlambangan seni yang bermakna bagi saya.
Kongsi cerita susah senang sewaktu membesarkan Umar dan Aali?
Perbezaan yang ketara adalah daripada sudut ekonomi. Ketika saya mengambil Umar, waktu itu saya masih tercari-cari formula bagaimana mahu mengutuhkan profesyen saya. Aali secara simboliknya umpama cuci kaki. Walaupun begitu, hidup mereka tidak mewah seperti yang disangkakan. Aali misalnya, masih pakai t-shirt berlubang kala di rumah, macam Babahnya juga (hahaha). Mereka dibesarkan dengan apa yang saya lalui ketika kecil dahulu. Semuanya serba sederhana tetapi lebih selesa berbanding zaman kecil saya. Kemungkinan juga itu adalah rezeki mereka tinggal di rumah yang selesa dan saya hanya menumpang tempias rezeki mereka. Tiada perbezaan dalam soal kasih sayang, baik Umar mahupun Aali. Cuma mungkin cara Umar dibesarkan lebih agresif kerana saya tiada pengalaman ekoran pertama kali mengambil anak angkat. Sehingga pernah terdetik dalam hati, "Kenapalah agaknya aku sanggup ambil Umar kalau aku tahu susahnya nak jaga." Namun hikmahnya baru kini saya kecapi dan rasai. Rezeki yang tak pernah putus dan saya mampu berkongsi rezeki itu bersama orang lain.
Bagaimana anda berdepan dengan senario masyarakat (ketika itu) dengan status bujang dan punya anak angkat? Adakah sukar atau pernah dipandang serong dan sebagainya?
Saya tidak ambil pusing dengan pandangan masyarakat ketika itu. Senario keluarga saya yang lebih penting. Saya mengambil Umar pada 2002 kerana hidup saya amat kesepian selepas pemergian arwah ibu tanggal 13 Ogos 1999. Dua tahun saya berdoa agar kekosongan itu terisi. Dan makrifat Allah, selepas Umar lahir banyak kebesaran Allah yang saya lihat.
Pertamanya, Umar lahir pada tarikh yang sama dengan pemergian arwah ibu, 13 Ogos 2002. Umpamanya patah tumbuh hilang berganti. Ibu saya ibaratnya benteng dan sumber kekuatan saya. Kepadanyalah saya bergantung harap dan dia adalah penyelamat apabila saya terpaksa berhadapan dengan asakan bertubi-tubi daripada adik-beradik yang bertanyakan bila saya mahu kahwin. Selepas ketiadaan ibu, hidup saya tidak lagi seperti dahulu. Saya buntu dan dalam masa sama harus menjaga hubungan sesama adik-beradik biarpun mereka sering bertanyakan kepada saya dengan persoalan yang sama. Hinggalah Umar lahir, segalanya berubah. Kegembiraan mengatasi kesedihan. Mungkin itu natijahnya berbicara dengan Allah. Doa yang tidak pernah putus agar perjalanan hidup saya menemui sinarnya terungkap. Dengan izin Allah, kelahiran Umar telah merencanakan hidup saya
Persediaan yang perlu ada bagi sesiapa jua yang mahu atau berniat ingin mengambil anak angkat?
Kalau dalam konteks masyarakat kita sudah semestinya asas pengetahuan agama. Ia penting kerana segalanya bertitik tolak daripada agama. Walaupun saya akui pernah melalui zaman jahiliah dahulu tetapi asas inilah yang menarik saya kembali ke jalan yang betul. Kakak dan abang ipar saya yang banyak membantu saya dalam soal keagamaan ini. Dan daripada aspek persiapan buat sesiapa yang ingin megambil anak angkat, cukupkan ilmu di dada. Ada juga lelaki yang tidak berkahwin, mengambil anak angkat perempuan. Nasihat saya, sebelum ambil anak angkat rujuk terlebih dahulu hokum hakamnya. Niat mahu mengambil anak angkat juga perlu berlandaskan jalan yang betul. Dan jagalah anak ini seikhlasnya hingga hujung nyawa kita.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Suri rumah, anak angkat maut selepas kenderaan terjunam gaung
Seorang suri rumah dan anak angkatnya berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam lima meter di Bera.