Suspek utama warga Nigeria yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin telah mengenali mangsa selama beberapa tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle, 30, berkenalan dengan mangsa melalui media sosial.
“Dia (suspek) kenal melalui media sosial kemudian datang berjumpa dengan mangsa (Siti Kharina) pada awal bulan Januari,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Sabtu.
Terdahulu, Fadzil memaklumkan suspek utama warga Nigeria itu turut mempunyai akses terhadap rumah sewa mangsa di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya.
BACA: Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis
Seramai tiga suspek ditahan termasuk Aliwajuwon pada Khamis lepas, seorang wanita yang juga warga Nigeria serta seorang lelaki warga Pakistan.
Beliau berkata pihaknya masih meneruskan siasatan sama ada ketiga-tiga suspek terlibat dengan aktiviti jenayah seperti Macau Scam atau dadah.
Hubungan antara mangsa dengan ketiga-tiga suspek dan juga motif pembunuhan Siti Kharina juga masih dalam siasatan, jelas beliau.
Dalam pada itu, Fadzil juga menyatakan kejayaan tangkapan kesemua suspek dalam masa kurang 24 jam merupakan hasil kerjasama dan usaha pihak JSJ Selangor dan Sepang.
“Suspek dikesan dalam tempoh tidak sampai 24 jam dan kita percaya telah dapat menyelesaikan kes ini,” jelasnya.
BACA: Kes bunuh Siti Kharina: Suspek warga Nigeria tinggal di Malaysia lebih masa - Polis
Afiezy Azaman
Sat May 18 2019
![[EKSKLUSIF] Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis [EKSKLUSIF] Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558140839_siti.jpg)
Suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle berkenalan dengan Siti Kharina (gambar) melalui media sosial.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.
![[EKSKLUSIF] Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis [EKSKLUSIF] Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558140839_siti.jpg)
[EKSKLUSIF] Suspek warga Nigeria, Siti Kharina sudah kenal lama - Polis
Suspek Aliwajuwon Gilbertalowonle berkenalan dengan mangsa melalui media sosial.
![[EKSKLUSIF] Kes bunuh Siti Kharina: Suspek warga Nigeria tinggal di Malaysia lebih masa - Polis [EKSKLUSIF] Kes bunuh Siti Kharina: Suspek warga Nigeria tinggal di Malaysia lebih masa - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/51558166849_Aliwajuwon.jpg)
[EKSKLUSIF] Kes bunuh Siti Kharina: Suspek warga Nigeria tinggal di Malaysia lebih masa - Polis
[EKSKLUSIF] Kes bunuh Siti Kharina: Suspek utama warga Nigeria tinggal Malaysia lebih masa - Polis
![[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis [EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/61558140839_siti.jpg)
[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis
Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses kepada rumah sewa Siti Kharina

Kes bunuh Siti Kharina: Suspek ketiga ditahan polis
Lelaki Nigeria Aliwajuwon Gilbertalowonle yang diburu sebelum ini bagi membantu siasatan kes itu ditahan di sekitar Cheras Sentral di sini pada lebih kurang jam 3 petang.