ALOR SETAR: Setelah lebih setahun pelbagai arca dasar laut (ADL) berkonsepkan mitos serta legenda dilabuhkan ke dasar laut di Pulau Pasir di Langkawi, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) menerusi Cawangan Langkawi melakukan kunjungan semula ke pulau itu dengan menganjurkan Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Menurut kenyataan Unit Komunikasi Korporat Balai Seni Negara program LPVSN bersama Persatuan Komuniti Nelayan Pengkalan Kubang Badak yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah Balai Seni Negara Amerrudin Ahmad itu bermatlamat untuk memberi lebih banyak pendedahan serta mempromosikan Pulau Pasir sebagai destinasi pelancongan di Langkawi.
Balai Seni Negara berkata aktiviti sedemikian juga mampu mewujudkan pengalaman seni kepada komuniti serta pelancong yang mengunjunginya di samping turut menitikberatkan kelestarian ekosistem dan hidupan marin.
Kenyataan itu memaklumkan pengisian utama program itu ialah "Seni di Jeti", pendekatan baharu Balai Seni Negara Cawangan Langkawi dalam menyemarakkan seni dengan menjadikan setiap jeti mempunyai identiti dan keunikan hasil seni yang tersendiri.
Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir itu turut melibatkan penyertaan daripada komuniti setempat menerusi penganjuran pertandingan memancing, persembahan kebudayaan dan pertandingan mewarna kanak-kanak bertemakan keindahan Pulau Pasir serta aktiviti gotong-royong.
Balai Seni Negara Cawangan Langkawi berharap agar program itu dapat meluaskan lagi aktiviti kesenian di Pulau Langkawi sekali gus memberi sumbangan positif kepada kelestarian alam dan ekosistem marin seterusnya menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa.
Turut hadir pada program itu Ahli Lembaga Pengarah LPSVN Fauzan Omar dan Pengarah Balai Seni Negara Langkawi Muhammad Hazrin Abdul Malek @ Moktar.
Sebanyak 14 arca yang dihasilkan sembilan seniman tempatan, telah dilabuhkan di sekitar Pulau Pasir pada Jun tahun lepas.
Ia sebahagian daripada Pelancongan Berasaskan Komuniti (PBK) yang dianjurkan Balai Seni Negara dalam usaha memperkasakan ekosistem seni serta pelancongan negara, dan ADL itu turut mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai arca dalam air yang terbanyak.
Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai program itu boleh melayari laman sesawang www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara Cawangan Langkawi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023

Program Eksplorasi Seni Pulau Pasir dirasmikan Amerrudin (tengah) di Kampung Kubang Badak, Langkawi, 22 Dis 2023. - Facebook Balai Seni Negara

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

Hasil pelancongan di Langkawi naik 34.9 peratus kepada RM2.4 bilion dari 2022-2024
Kehilangan hasil atau duti terkorban bagi pulau itu berikutan pengecualian cukai meningkat RM227.96 juta atau 59.7 peratus dari 2022.

Pemukiman AMM Langkawi corakan hala tuju Kepengerusian ASEAN 2025
Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang akan berlangsung hari ini bakal mencorakkan hala tuju Kepengerusian ASEAN sepanjang tahun ini.

Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Menteri Luar ASEAN tiba di Langkawi hadir permukiman di bawah Kepengerusian Malaysia 2025
Menteri Luar dari Asia Tenggara mula tiba di Langkawi untuk Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) yang dijadualkan bermula pada Sabtu.

Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.

Mesyuarat ASEAN platform promosi Langkawi sebagai destinasi pelancongan - LADA
LADA akan lakukan sebaik mungkin bagi memastikan Langkawi terus jadi destinasi pilihan pelancong terutamanya para delegasi ASEAN yang akan hadir.

Langkah segera akan diambil untuk rancakkan industri pelancongan Langkawi - PM Anwar
Langkah segera bakal diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibr

Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).

Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.

Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.