KOTA KINABALU: Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata China merupakan destinasi eksport yang berpotensi tinggi bagi nanas premium seperti MD2.
Beliau berkata pada 2020, keluasan tanaman nanas adalah 17,228 hektar bersamaan 9.5 peratus daripada keseluruhan keluasan tanaman buah-buahan di negara ini.
"Kawasan tanaman nanas tertumpu di selatan Semenanjung Malaysia, manakala Sabah merupakan negeri pengeluar utama nanas ketiga dan menyumbang 6.1 peratus keluasan tanaman nanas di Malaysia," katanya di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.
Ronald berkata berdasarkan data pengeluaran nanas pada 2020, produktiviti tanaman nanas per hektar di Sabah mencatatkan penurunan dengan 14.92 juta tan per hektar berbanding 15.6 tan per hektar pada 2016.
Sabah berpotensi mengembangkan produktiviti eksport nanas dengan anggaran nilai pengeluaran berjumlah RM643 juta dalam tempoh lima tahun sehingga 2025, katanya.
Sementara itu semasa sidang media, beliau berkata sebanyak RM1 juta diperuntukkan pada tahun ini kepada Sabah sebagai dana permulaan untuk merancakkan lagi industri nanas.
Beliau berkata ia merupakan langkah pertama untuk menjayakan hasrat penanaman dan perusahaan nanas di negeri ini.
"Sabah menyasarkan pengeluaran nanas untuk lima tahun akan datang sebanyak 200,000 tan dengan keluasan 1,500 hektar," katanya.
Pada majlis itu Ronald bersama Jeffrey menyaksikan tiga MoU antara MAFI dan MAFS ditandatangani oleh Ketua Setiausaha MAFI Datuk Haslina Abdul Hamid dan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah (MAFS) Datuk Dr Mariana Tinggal.
MoU lain adalah antara Agrobank dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco); Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dengan Karkun Sdn Bhd berkaitan kerjasama dalam pembangunan usahawan produk berasaskan tomato.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 07 2022
![Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644565824_TBRONALDKIANDEE.jpg)
Ronald Kiandee berkata China merupakan destinasi eksport yang berpotensi tinggi bagi nanas premium seperti MD2. - Foto BERNAMA
![Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236340_SamAltman.jpg)
Elon Musk pimpin tawaran untuk beli syarikat induk ChatGPT bernilai hampir AS$100 bilion
Reaksi Sam Altman kepada Musk: "Tidak, terima kasih. Tapi kami sudi beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda mahu."
![PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739236309_PLUS.jpg)
PLUS dijangka mulakan ujian sistem tol tanpa palang menjelang April
Melalui laporan TheEdge, PLUS dikatakan ingin memulakan ujian rintis untuk sistem tol tanpa palang mereka tersendiri menjelang April.
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736073364_TBSHEIKHUMAR.jpg)
LPNM bangunkan Pusat Pemprosesan Sisa, komited perkukuh rantaian industri nanas
Pusat Pemprosesan Sisa Nanas dijangka beroperasi pada suku pertama tahun ini, dengan peruntukan RM2 juta disalurkan KPKM untuk pelbagai projek pembangunan berkaitan sisa nanas.
![LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719482059_LPNMnanasHariNa.jpg)
LPNM mahu jadikan nanas sebagai buah kebangsaan
Sheikh Umar Bagharib berkata pihaknya sedang dalam usaha ke arah itu, namun perancangan mengenainya masih dalam peringkat awal.
![Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695029373_Nanas.jpg)
Pasaran nanas diperluas ke Osaka, Jepun - LPNM
Pasaran nanas MD2 kini telah diperluaskan ke Osaka sekali gus menyumbang kepada peningkatan jumlah eksport negara, kata Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sheikh Umar Bagharib Ali.
![Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687357943_TerapiTatNanasJ.jpg)
Terapi nanas buka lembaran baharu buat penghuni Puspen Jelebu
Dengan kemahiran yang dipelajari, saya merancang untuk menjual tart nanas sebagai permulaan kehidupan baharu saya, kata Abang Chik.
![Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41609843567_nenas.jpg)
Nilai eksport produk nanas dijangka cecah RM1.3 bilion tahun ini
Nilai eksport produk berasaskan nanas negara dijangka boleh mencecah sehingga RM1.3 bilion pada tahun ini selari dengan trend peningkatan.
![Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678793672_BPLPNM.jpg)
Banjir: 54 pekebun nanas di Johor rugi RM8.41 juta - LPNM
Seramai 54 pekebun nanas di Johor mengalami kerugian bernilai RM8.41 juta, selepas kawasan tanaman seluas 99.35 hektar terjejas akibat banjir.
![Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644565824_TBRONALDKIANDEE.jpg)
Eksport nanas negara tunjuk trend peningkatan dari 2016 hingga 2020
Eksport nanas Malaysia menunjukkan trend peningkatan dari 2016 hingga 2020 dengan pertambahan permintaan dari China dan Timur Tengah terutama bagi varieti MD2, N36 dan Josapine.
![Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71648292063_pengeluarnanas.jpg)
Sarawak mungkin atasi Johor sebagai pengeluar nanas terbesar negara
Sarawak juga mempunyai seramai 700 hingga 900 petani yang terlibat dengan penanaman nanas di negeri ini sejak RMK-11, dengan paling ramai mereka di Bahagian Samarahan.
![Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639374588_MuaraPayang.jpg)
Nanas bantu penduduk Iban di perkampungan Muara Payang tambah pendapatan
Sehingga kini, hampir semua 11 keluarga yang mendiami kampung itu terlibat dengan penanaman nanas jenis (baka) Sarikei.
![Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625397650_WanLokmanWanHaron.jpg)
Alumni UMK jadi 'tauke' nanas raih pendapatan lumayan
Bidang agro tani mampu memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan secara serius dan komited.