KUALA LUMPUR: Kira-kira 99 peratus eksport Turkiye ke Malaysia akan menikmati layanan bebas cukai, manakala hampir 86 peratus eksport Malaysia ke negara itu turut menerima kelebihan yang sama di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye (MTFTA), berkuat kuasa 1 Jan 2023.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Ekonomi dan Perdagangan Bersama (JETC) yang diadakan di Ankara pada Khamis, dipengerusikan bersama oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan rakan sejawatan Menteri Perdagangan Turkiye Dr Mehmet Mus.
JETC itu diadakan bersempena dengan pemeteraian Protokol untuk Meminda Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Turkiye untuk meluaskan MTFTA sedia ada yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2015.
Protokol itu yang berjaya disiapkan dalam tempoh 15 bulan, kini telah diperluaskan skopnya untuk merangkumi perdagangan dalam perkhidmatan, pelaburan dan e-dagang.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkenaan mesyuarat JETC itu, Mohamed Azmin berkata pengembangan skop MTFTA akan meningkatkan antara lain aliran silang pelaburan serta meningkatkan mobiliti profesional antara Malaysia dan Turkiye.
Langkah itu juga akan melonjakkan lagi keyakinan pengguna dalam urus niaga dalam talian melalui penyelarasan peraturan dan penggunaan mekanisme pemudahcara manakala perusahaan mikro, kecil dan sederhana turut mendapat manfaat daripadanya kerana ia akan meningkatkan penyertaan mereka dalam perdagangan antarabangsa.
Pada mesyuarat itu, kedua-dua negara turut membincangkan pelbagai isu berkaitan perdagangan dua hala dan kerjasama ekonomi, termasuk kemungkinan memperkukuh lagi kerjasama dalam sektor perindustrian seperti industri halal serta langkah anti-lambakan untuk mencegah persaingan tidak adil.
Mohamed Azmin turut mencadangkan penubuhan secara rasmi Pasukan Petugas bagi Ketahanan Rantaian Bekalan Semikonduktor dua hala yang telah diterima baik oleh Turkiye.
Pasukan petugas ini akan memformalkan rangka kerja kerjasama ke arah memastikan daya tahan rantaian bekalan semikonduktor melalui penyelidikan dan pembangunan, keupayaan reka bentuk, kapasiti perkongsian pengeluaran, pembangunan bakat dan akses pasaran.
Menteri MITI dan rakan sejawatannya dari Turkiye juga menyatakan Malaysia dan Turkiye masing-masing berada di kedudukan strategik untuk menjadi hab pembuatan pilihan untuk ASEAN dan Kesatuan Eropah.
Sementara itu, Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Jawatankuasa Bersama peringkat pegawai kanan seterusnya pada tahun hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022

Mohamed Azmin berkata, pengembangan skop MTFTA akan meningkatkan antara lain aliran silang pelaburan serta meningkatkan mobiliti profesional antara Malaysia dan Turkiye. - Gambar fail
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City bermula 15 Nov
Pelaksanaan fasa pertama zon bebas cukai di Pulau Satu Forest City akan bermula pada 15 Nov ini manakala fasa kedua pada suku pertama tahun depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Jualan automotif Malaysia cecah paras tertinggi 799,731 unit pada 2023 - MAA
Jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia meningkat ke paras tertinggi sebanyak 799,731 unit pada 2023 berbanding 721,177 unit pada tahun sebelumnya.

Dewan perniagaan minta status bebas cukai penuh Labuan dikembalikan
LCCC pada Isnin meminta kerajaan Persekutuan mengembalikan status pulau bebas cukai penuh kepada wilayah itu untuk meningkatkan semula tarikannya bagi para pengunjung.

KDCA minta kerajaan kembalikan status bebas cukai sepenuhnya kepada Labuan
Ekonomi Labuan cergas pada masa lalu, ditambah pula dengan status bebas cukai yang merupakan antara tarikan utama pulau itu.

Eksport Turkiye, Malaysia nikmati layanan bebas cukai mulai 1 Jan 2023
Keputusan dibuat pada mesyuarat Majlis Ekonomi dan Perdagangan Bersama (JETC) yang diadakan di Ankara pada Khamis.

Kelewatan kargo punca kekurangan barangan bebas cukai di Labuan
Rak-rak di premis bebas cukai telah kosong selama hampir sebulan ketika kebanyakan pengusaha terus bergelut untuk menambah stok sedia ada.

KWP rancang kaji semula dasar 'hakis' status pulau bebas cukai Labuan - Shahidan
Langkah itu penting bagi memastikan kemakmuran dan kegemilangan Labuan sebagai pulau bebas cukai dapat dikembalikan semula.

Kembalikan Labuan kepada Sabah - Bung Moktar
Kerajaan Persekutuan digesa untuk mengembalikan Labuan kepada Sabah.

Johor teliti cadangan naik taraf kemudahan di Jeti Terminal Feri Antarabangsa Kukup
Kerajaan negeri sedang meneliti pelbagai kemudahan lain dalam usaha menjadikan Kukup sebagai mercu tanda pelancongan.

Langkawi 'nazak', persatuan pelancong, pengusaha feri rayu PKPB ditamatkan
Beberapa persatuan pelancong di Langkawi merayu kerajaan menamatkan pelaksanaan PKPB di pulau peranginan itu yang kini disifatkan sedang 'nazak' ekoran ketiadaan pelancong.