Lebih 3,000 pesawah di Bagan Serai dan Parit Buntar terjejas berikutan padi berisiko tinggi tidak dapat mengeluarkan hasil susulan bekalan air dari Empangan Bukit Merah dihentikan.
Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali berkata keadaan itu menyebabkan 3,175 pesawah terbabit bakal mengalami kerugian RM39.9 juta dan berharap kerajaan dapat memberikan pampasan.
Beliau berkata, nilai kerugian itu berdasarkan kepada pengiraan jumlah kos permulaan menanam padi yang ditanggung pesawah bagi setiap hektar dan bantuan pembiayaan 50 peratus daripada anggaran hasil padi mereka sebelum ini.
"Daripada keseluruhan 8,097 pesawah di daerah Kerian, sejumlah 3,175 pesawah di kawasan Parlimen Bagan Serai dan Parit Buntar dikenal pasti terjejas apabila sawah padi yang diusahakan mereka berisiko tinggi tidak dapat mengeluarkan hasil berikutan bekalan air dari Empangan Bukit Merah dihentikan.
"Sebanyak 8,097 hektar sawah padi dikenal pasti terjejas daripada keseluruhan 21,108 hektar sawah padi di daerah Kerian dengan nilai pengeluaran padi terjejas RM56.4 juta," katanya.
Noor Azmi yang juga Anggota Parlimen Bagan Serai berkata demikian kepada pemberita pada majlis apresiasi rakyat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah seluruh Parlimen Bagan Serai di sini, malam tadi.
"Sawah padi yang sudah ditanam berhadapan risiko tinggi tidak menjadi (mengeluarkan hasil), sekiranya bekalan air tidak mencukupi terutama usia padi mencecah 40 hari.
"Selain itu, ancaman rumpai dan cuaca panas turut meningkatkan risiko tanaman padi terjejas," katanya.
Beliau berharap pampasan dapat disalurkan kepada pesawah dengan kadar segera, lebih-lebih lagi bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi.
Selain itu, beliau berkata kerajaan pusat juga perlu mengambil perhatian terhadap impak ditanggung pengusaha pelancongan resort, Pulau Orang Utan dan pengusaha ikan arowana yang turut terjejas di kawasan Empangan Bukit Merah.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan perlu memperhalusi kesan kewangan dan aspek perundangan sebelum mengisytiharkan kawasan empangan yang kritikal akibat fenomena El-Nino termasuk Empangan Bukit Merah.
Beliau berkata kerajaan prihatin terhadap masalah dibangkitkan kerajaan Perak yang mahukan penyelesaian segera, namun permintaan itu harus diteliti melalui beberapa kaedah.
Bernama
Fri Apr 29 2016

Bekalan air dari Empangan Bukit Merah yang dihentikan menjejaskan 3,175 pesawah dan dijangka menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Orang ramai dinasihat ambil makanan mengandungi karbohidrat kompleks sepanjang Ramadan
Pengambilan makanan mengandungi karbohidrat kompleks ketika fenomena El Nino boleh bantu elak terkena strok haba sepanjang menjalani ibadah puasa.

Bekalan air di Melaka dijangka bertahan hingga Ogos ini
Bekalan air di Melaka dijangka mampu bertahan hingga Ogos ini walaupun negeri itu berdepan cuaca panas ketika ini dan kemungkinan fenomena El Nino kuat yang diramal berlaku pada Jun.

Kerajaan, rakyat perlu bersedia awal hadapi ramalan El Nino kuat Jun ini
Persiapan awal meliputi semua aspek adalah perlu bagi mengelakkan kepanikan melampau.

El Nino: Lebih 3,000 pesawah di Bagan Serai, Parit Buntar terjejas
Keadaan itu menyebabkan 3,175 pesawah terbabit bakal mengalami kerugian RM39.9 juta dan berharap kerajaan dapat memberikan pampasan.

Fikirlah, jangan lupa sediakan air untuk haiwan terbiar
Cuaca panas bukan sekadar dirasai manusia, malah turut memberi kesan kepada haiwan tetapi malangnya nasib haiwan terbiar itu tidak mendapat perhatian.

Kerajaan Pulau Pinang minta lakukan pembenihan awan
Lim Guan Eng berharap operasi pembenihan awan di kesemua kawasan tadahan air di wilayah utara akan dijalankan pada skala yang lebih besar bagi mengurangkan kesan fenomena El Nino.

Kemarau: Penternak ikan kelah di Gua Musang kerugian RM36,000
Nyawa ribuan ikan kelah yang diternak dalam kolam terancam berikutan paras air yang menyusut kering berikutan cuaca panas.

Seberang Perai lokasi terbaharu lebih 30 hari tanpa hujan
Langkawi, Kedah mengalami bilangan hari tanpa hujan selama 45 hari manakala Arau, Perlis pula selama 40 hari.

Empat negeri di Semenanjung catat bacaan suhu tertinggi pada Sabtu
Chuping di Perlis mencatat bacaan suhu paling tinggi iaitu 39.5 darjah Celsius diikuti Alor Setar di Kedah yang mencatat 39.1 darjah Celsius.

MOA garis langkah tangani kesan El Nino terhadap sektor agro makanan
Pelbagai langkah diambil bagi menangani kesan cuaca panas terutama di utara Semenanjung, Sabah dan Timur Sarawak yang memberi kesan berbeza terhadap tanaman, ternakan dan perikanan.