SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli bakal mendedahkan nama ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal tempur pesisir (LCS) pada Isnin.
Menurutnya, pendedahan itu boleh dibuat ekoran telah mempunyai bukti individu berkenaan terlibat skandal tersebut.
“InsyaAllah esok, 22 Ogos saya akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan wang projek kapal LCS.
“Dia boleh dinamakan kerana bukti telah ada,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Ahad.
BACA: Isu LCS: Ini bukan kerja 'bilis' tapi 'jerung' - Rafizi dakwa penyelewengan dirancang dari awal
Menurut Rafizi, keputusan untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dibuat bagi mengelakkan nama-nama besar yang didakwa terlibat dalam skandal tersebut terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Saya membuat keputusan menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja 'dikambinghitamkan' sedangkan jerung-jerung terlepas.
“Hebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. #AyuhMalaysia kita perangi mat-mat sakau yang merompak duit rakyat," katanya.
Untuk makluman, Rafizi sebelum ini telah memulakan siri pendedahan berhubung isu projek LCS oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan beberapa dakwaan antaranya Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) menerima dokumen sebut harga daripada Naval Group (dahulu dikenali sebagai DCNS) sebelum surat lantikan (LOA) kerajaan Malaysia.
Beliau turut mendakwa sebuah syarikat luar pesisir diwujudkan untuk memindahkan sejumlah RM192 juta daripada projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) ke beberapa akaun luar negara yang tidak dapat dijejaki.
Katanya, siasatan dalaman LCS mendapati, Alizes Marine Limited yang ditubuhkan di Malta, adalah antara syarikat luar pesisir yang banyak menerima bayaran bagi perkhidmatan pembekalan tidak wujud. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 21 2022
![Elak 'bilis dikambinghitamkan', Rafizi bakal dedah ahli politik terlibat skandal LCS esok Elak 'bilis dikambinghitamkan', Rafizi bakal dedah ahli politik terlibat skandal LCS esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61647335045_RafiziRamli.jpg)
RAFIZI: "Saya membuat keputusan menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja 'dikambinghitamkan' sedangkan jerung-jerung terlepas." - Astro AWANI
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
AWANI Pagi: Cipta Kirana: Kelestarian seni reka teknologi barang kemas
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Prof Madya Dr. Hanif Khairi, Pensyarah Kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Muhammad Saiful Hazim Mohamad Affandi, pelajar tahun akhir Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM membincangkan mengenai Cipta Kirana iaitu sebuah pameran seni yang menampilkan keunikan dan kehalusan reka bentuk barang kemas serta produk logam anjuran Jabatan Seni Reka Teknologi Barang Kemas, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam, Selangor.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [13 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
1. Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
2. Pendedahan mengenai Op Sky oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM
3. Sabtu terakhir September diisytihar Hari Cuci Malaysia
Smart Cities: Making Malaysian Cities Among the World's Most Liveable
Discover key strategies to transform Malaysian cities into global benchmarks for liveability, from smart infrastructure to sustainable urban planning with Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr Sulaiman Saheh.
![Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739413749_FadzliHassan.jpg)
Bandar di sempadan Kelantan kian suram, dihimpit saingan
Persaingan dari bandar di sempadan Thailand antara faktor menyebabkan bandar seperti Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor semakin sepi.
Unjuran KDNK 2024: Menilai realiti ekonomi vs jangkaan
Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus pada 2024, jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada tahun sebelumnya. Tetapi sejauh mana angka ini mencerminkan realiti sebenar rakyat? Adakah pemulihan ekonomi ini benar-benar dirasai atau sekadar statistik? Diskusi lanjut bersama Felo Bersekutu Kanan, Institut Dasar Ekonomi dan Kewangan (ECOFI), Universiti Utara Malaysia, Prof. Madya Dr. Irwan Shah Zainal Abidin.
![Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739412628_EricSchmidt.jpg)
Bekas bos Google bimbang AI akan digunakan oleh pengganas
Korea Utara, Iran atau bahkan Rusia boleh menggunakan teknologi AI untuk mencipta senjata biologi, kata Eric Schmidt.
![Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41735562009_ringgitduit.jpg)
Indeks DXY suram, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Pada 8 pagi ini, ringgit mengukuh ke paras 4.4675/4745 berbanding dolar AS daripada 4.4680/4725 pada akhir urus niaga semalam.
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
![Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689327337_TLDM.jpg)
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
![Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709820327_TBTLDM.jpg)
Rakyat tidak perlu khuatir keupayaan ATM tangani isu di Laut China Selatan - Penganalisis
Rakyat Malaysia tidak perlu khuatir dengan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam menangani konflik sempadan di perairan Laut China Selatan.
![KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724655386_tbTapakProjekKPT.jpg)
KD Pendekar karam: Mindef tunggu laporan penuh - Khaled
Mindef sedang menunggu laporan penuh insiden kapal KD Pendekar milik TLDM yang tenggelam di Tenggara Tanjung Penyusop, di Kota Tinggi semalam.
![Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012 Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723113479_SetiausahaAgungMU.jpg)
Perhimpunan LCS: Setiausaha Agung MUDA dibenar rujuk persoalan berkaitan Akta Perhimpunan Aman 2012
Mahkamah Persekutuan akan tentukan keabsahan peruntukan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman berkait pertuduhan ke atas Setiausaha Agung Muda.
![Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721967818_TBAhmadRamli.jpg)
Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS gagal batal tuduhan pecah amanah RM21 juta
Ahmad Ramli gagal dalam permohonannya untuk membatalkan tiga pertuduhan pecah amanah dana syarikat berkaitan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
![LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719218102_KhaledNordin.jpg)
LKAN: Proses perolehan LCS merujuk pembinaan terdahulu - Mohamed Khaled
Laporan Ketua Audit Negara berhubung proses pelaksanaan perolehan LCS yang dikatakan berada pada tahap rendah adalah merujuk kepada status pembinaan terdahulu.
![Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719219595_TBKhaledNordin.jpg)
Status kemajuan LCS 1 kini 75 peratus, LCS 2 pula 64.66 peratus - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, status tersebut merupakan yang terkini dilaporkan pada beliau, iaitu sehingga Mei 2024.
![Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717480511_LUMUT.jpg)
Kapal LCS pertama berjaya diluncurkan ke air
Kapal Tempur Pesisir (LCS) pertama telah berjaya diluncurkan ke permukaan air di Lumut Naval Shipyard (Lunas) pada 23 Mei lalu.
![Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat' Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714962918_tbLumutNavalShipya.jpg)
Penjualan kepentingan BHIC dalam syarikat kontraktor LCS kini bertukar menjadi 'tanpa syarat'
Dengan kelulusan pemegang saham, semua syarat terdahulu seperti yang dinyatakan dalam SSA telah dipenuhi, kata BHIC.
![SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714032204_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).