KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga disarankan agar tidak mendedahkan anak mereka dengan penggunaan gajet sebelum berusia dua tahun, kata Pakar Oftalmologi Pediatrik dari Pusat Perubatan Sunway (SMC), Dr Chin Pik Kee.
Chin berkata, selepas mencapai umur berkenaan, barulah kanak-kanak itu boleh dibenarkan melakukan aktiviti menggunakan gajet bersama ibu bapa atau penjaga dan bukannya secara bersendirian atau tanpa pengawasan.
Katanya, ini berikutan berlaku peningkatan masalah rabun dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa pandemik apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan sesi persekolahan dijalankan secara dalam talian hingga mencetuskan kebimbangan.
"Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden. Perubahan ini menyebabkan kegiatan seharian kini beralih kepada aktiviti di dalam rumah dan pertambahan masa melakukan perbuatan dengan jarak kerja dekat," katanya dalam kenyataan.
Untuk itu, beliau mencadangkan bagi kanak-kanak berusia 10 tahun, masa skrin rekreasi dihadkan kepada maksimum dua jam sehari dan diselang-seli dengan waktu berehat.
Menurutnya, ia penting kerana kanak-kanak memerlukan masa untuk bermain dengan kreatif, melakukan aktiviti fizikal serta meluangkan masa di luar rumah kerana kesemua elemen ini penting untuk pertumbuhan dan perkembangan holistik kanak-kanak.
Selain itu, Dr Chin berkata, kajian juga menunjukkan masa di luar rumah merupakan faktor penting untuk pertumbuhan mata yang normal sewaktu zaman kanak-kanak.
"Kanak-kanak yang menghabiskan masa sekurang-kurangnya dua jam di luar rumah setiap hari kurang cenderung untuk mengalami miopia (rabun jauh). Sekiranya perlu memakai cermin mata, ia mungkin berlaku apabila usia mereka semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata, sesetengah kejadian rabun jauh mungkin tidak dapat dielakkan, misalnya disebabkan penggunaan komputer atau "tablet" untuk kelas dan kerja sekolah.
Bagaimanapun, katanya, terdapat cara untuk membantu mengurangkan simptom dengan menerapkan tabiat yang baik dalam kalangan kanak-kanak, ia termasuk mengalihkan pandangan daripada skrin serta melihat sesuatu objek yang berada pada jarak jauh setiap 20 minit.
Selain itu, katanya, antara langkah lain yang boleh dilakukan mengedipkan mata dengan kerap, duduk dengan postur yang baik serta berehat seketika pada selang masa yang tetap, dan sekiranya kanak-kanak sudah menghabiskan masa yang banyak di hadapan skrin untuk belajar, wajar mengurangkan masa skrin sewaktu santai.
Pada masa sama, antara langkah proaktif lain yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah melakukan pemeriksaan mata untuk anak-anak, membekalkan mereka dengan diet yang sihat dan seimbang, serta pendidikan tentang keselamatan mata dan pencegahan kecederaan mata daripada objek tajam mahupun haiwan peliharaan.
Dr Chin turut mengingatkan pengambilan suplemen tidak mampu meningkatkan penglihatan jika seseorang itu tidak mengalami sebarang defisiensi, sebaliknya pengambilan vitamin tertentu secara berlebihan boleh mendatangkan bahaya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
![Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617961579_HappyBoy.jpg)
Kanak-kanak memerlukan masa untuk bermain dengan kreatif, melakukan aktiviti fizikal serta meluangkan masa di luar rumah. - Gambar hiasan
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
Rakyat Gaza luar biasa, harapan pembangunan semula terus subur
Gaza bukan sahaja terus kuat kerana semangat rakyatnya, tetapi juga kerana sokongan yang semakin meningkat diterima dari seluruh dunia.
![Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729809923_VladimirPutin.jpg)
Putin arah kerajaan pertimbang daftar profil DNA individu terlibat operasi ketenteraan
Pertimbang pendaftaran genom wajib bagi anggota tentera serta orang awam yang terlibat dalam operasi ketenteraan khas.
Hamas bebas tiga tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas membebaskan tiga lagi tebusan Israel pada Sabtu sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan Israel
Lebih 30 mangsa hilang tanah runtuh di Sichuan
Lebih 30 individu dilaporkan hilang selepas kejadian tanah runtuh melanda wilayah Sichuan di barat daya China pada Sabtu. Bencana turut mengakibatkan 10 buah rumah tertimbus di perkampungan Jinping selepas tanah runtuh berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan.
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732612185_KanakKanakGajet.jpg)
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
![Enggan bermain gajet, Rania jadikan haiwan ternakan 'rakan karib' Enggan bermain gajet, Rania jadikan haiwan ternakan 'rakan karib'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719899310_Rania.jpg)
Enggan bermain gajet, Rania jadikan haiwan ternakan 'rakan karib'
Rania yang berusia 11 tahun menunjukkan minat terhadap haiwan ternakan sejak berusia tujuh tahun.
![Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635002688_BOMBA.jpg)
Dilarang guna 'gajet', kanak-kanak cuba terjun bangunan
Anggota JBPM Perak berkata pihaknya hanya mengambil masa tujuh minit bagi memujuk dan menyelamatkan kanak-kanak itu.
![Siri OPPO Reno11 5G - Pakar Potret, rekaan elegan Siri OPPO Reno11 5G - Pakar Potret, rekaan elegan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705327327_OPPORenoSeries.jpg)
Siri OPPO Reno11 5G - Pakar Potret, rekaan elegan
Paduan keanggunan dan gaya bersama Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas yang menjanjikan prestasi dan pengalaman terunggul.
![Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617961579_HappyBoy.jpg)
Elak dedah kanak-kanak guna gajet sebelum usia dua tahun - Pakar
Selain genetik, rabun juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pembangunan masyarakat luar bandar dan gaya hidup moden.
![Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651322177_riadah.jpg)
Elak gajet, kerap buat aktiviti bersama anak
Ibu bapa seharusnya lebih kreatif dalam merancang dan menentukan suasana pembelajaran yang berkesan kepada anak-anak.
![Gejala kanak-kanak lambat bercakap meningkat, keterdedahan peranti antara punca - Pakar Gejala kanak-kanak lambat bercakap meningkat, keterdedahan peranti antara punca - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41610891242_KanakKanakGajet.jpg)
Gejala kanak-kanak lambat bercakap meningkat, keterdedahan peranti antara punca - Pakar
Ini adalah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa terutama membabitkan anak berusia bawah 18 bulan.
![Jangan biarkan anak ralit, 'screen time' ada hadnya Jangan biarkan anak ralit, 'screen time' ada hadnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41642212335_JanganBiarkanAnak.jpg)
Jangan biarkan anak ralit, 'screen time' ada hadnya
Biarlah orang kata kita mak ayah yang tidak percayakan anak asalkan kita tidak menyesal di kemudian hari.
![Tip kawal anak daripada ketagih pada gajet Tip kawal anak daripada ketagih pada gajet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51636166045_kanakkanakgadjet.jpg)
Tip kawal anak daripada ketagih pada gajet
Sukar untuk memisahkan anak dengan gajet membuatkan ibu bapa pening kepala memikirkannya.
![Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/41627956810_genericedagang.jpg)
Industri fesyen berkembang lebih maju ketika PKP dengan e-dagang
Penerokaan platform ekonomi digital atau e-dagang menjadi batu loncatan untuk membolehkan industri fesyen dapat bertahan serta berkembang di tengah-tengah pandemik COVID-19.