KOTA KINABALU: Orang ramai di Sabah dinasihat agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras bersubsidi di negeri itu mencukupi dan akan masuk secara berperingkat di semua kedai serta pasar raya.
Pengarah Kawal Selia Padi Dan Beras Sabah Ab Alim Multazam berkata orang ramai tidak perlu risau dan digalakkan membeli beras mengikut keperluan masing-masing kerana bekalan sentiasa ada.
Bagaimanapun, beliau berkata peniaga boleh mengehadkan setiap pembelian beras bersubsidi untuk sementara waktu sehingga semuanya berjalan lancar.
"(Hadkan) Pembelian dua kampit (bagi) setiap keluarga untuk kita mengelakkan gangguan bekalan... dari segi undang-undang, ia tidak menjadi masalah," katanya selepas meninjau harga dan bekalan beras bersubsidi di beberapa pasar raya di sini.
Baru-baru ini, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengumumkan subsidi sebanyak RM950 bagi satu tan beras putih import (BPI) kepada Sabah serta Sarawak bermula hari ini.
Mengulas lanjut, Ab Alim berkata melalui pemberian subsidi itu, pelbagai jenis dan jenama beras yang diimport pada harga berbeza hanya boleh dijual kepada pengguna di kedua-dua negeri tidak melebihi RM31 bagi pek 10 kilogram.
Beliau berkata keperluan beras bagi rakyat Sabah adalah sekitar 22,000 hingga 23,000 metrik tan setiap bulan.
"Oleh itu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) tidak boleh menghantar bekalan beras ke Sabah melebihi 25,000 tan metrik sebulan.
"Kesemua beras akan diedar oleh pemborong sedia ada yang berlesen dan tidak diberikan kepada pemborong baharu bagi mengelakkan banyak masalah termasuk ketirisan," katanya sambil menambah kerajaan negeri akan memantau setiap pembekalan beras bersubsidi itu melalui laporan yang diberikan oleh Bernas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 05 2023

Orang ramai di Sabah dinasihat agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras bersubsidi di negeri itu mencukupi dan akan masuk secara berperingkat di semua kedai serta pasar raya. - BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai potensi lonjakan permintaan akibat penularan wabak itu, tidak perlu membuat pembelian panik.

Barisan panjang di stesen minyak sekitar Tehran
Serangan itu menimbulkan pembelian panik minyak petrol dalam kalangan orang ramai sekiranya harganya melambung tinggi jika berlaku perang.

Penamatan subsidi ayam: Jangan buat pembelian panik - Menteri Sarawak
Pengguna di Sarawak dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik susulan pengumuman penamatan subsidi dan kawalan harga ayam yang

Elak pembelian panik, bekalan beras bersubsidi di Sabah mencukupi
Orang ramai di Sabah dinasihat agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan beras bersubsidi di negeri itu mencukupi dan akan masuk secara berperingkat di semua kedai serta pasar raya.

Bekalan beras putih tempatan di pasaran kembali stabil - Chan
Beliau berkata keadaan positif itu berikutan kurangnya pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 20 September 2023.

Jangan buat pembelian panik, beras mencukupi di Johor - Exco
Penggunaan beras bagi rakyat negeri ini hanya 21,000 tan metrik sebulan manakala bekalan yang ada 23,000 tan metrik.

Jangan buat pembelian panik, beras mencukupi di N. Sembilan
Pembelian panik boleh menyebabkan gangguan rantaian bekalan, oleh itu pengguna dinasihat agar membeli beras tempatan mengikut keperluan.

Aidiladha: Elak pembelian panik, bekalan lembu korban cukup - Mohamad Sabu
Kerajaan memberi jaminan bekalan lembu untuk sambutan Aidiladha mencukupi pada tahun ini.

Telur ada tidak disorok, henti buat pembelian panik - KPDNHEP
Pembelian panik terhadap telur papan menyebabkan masalah kekurangan bekalan mentah itu semakin serius di ibu negara.