KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mengadakan perjumpaan besar-besaran semasa sambutan Tahun Baru Cina.
Dr Noor Hisham dalam hantaran menerusi Facebook beliau berkata walaupun situasi COVID-19 di negara ini beransur baik, perjumpaan besar boleh menyebabkan peningkatan kes.
"COVID-19 sekali lagi menahan diri kita daripada menyambut satu lagi perayaan dan perjumpaan semasa Tahun Baru Cina ini.
"Sama ada kita melakukannya atau memutuskannya semasa perayaan ini bagi mengawal situasi. Tanggungjawab terletak pada bahu semua orang," katanya.
Dr Noor Hisham juga mengingatkan mereka yang menyambut perayaan itu supaya berada di rumah dan meraikannya bersama ahli keluarga, dan paling penting melindungi ahli keluarga yang rentan.
"Semoga Tuhan membimbing dan melindungi kita untuk menamatkan pandemik ini pada waktunya. Insya-Allah, semoga tahun lembu emas ini membawa kekuatan kepada kita untuk berhadapan dan mengatasi setiap kesukaran yang dilalui. Selamat Tahun Baru Cina," katanya.
Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina esok dan Sabtu dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, sama seperti sambutan Aidilfitri dan Deepavali tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 11 2021

Masyarakat Cina akan menyambut Tahun Baru Cina esok dan Sabtu dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, sama seperti sambutan Aidilfitri dan Deepavali tahun lepas. - fotoBERNAMA
#AWANIRingkas 24 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Februari 2025
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas
1️⃣ Ketua balai, koperal ditahan kes curi RM300,000
2️⃣ gula-gula 'gummy' dirampas di Terengganu
3️⃣ RM22 bil diperuntuk bagi rtb di seluruh negara
#awaniringkas

Ringgit teruskan aliran mengukuh didorong perang dagangan AS-China yang mereda
Menjelang jam 6 petang, ringgit naik ke paras 4.4080/4110 daripada 4.4165/4200 yang dicatat pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Sistem amaran awal tanah runtuh dipasang di 40 lokasi seluruh negara
Peralatan sistem amaran awal tanah runtuh telah dipasang di 40 lokasi di seluruh negara setakat Disember tahun lepas.
Agenda AWANI: Gubal RUU Perkhidmatan Parlimen
Sejauh mana pembentangan RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 dalam sidang kali ini dilihat sebagai langkah pertama ke arah agenda reformasi institusi dan penambahbaikan kepada institusi demokrasi seperti parlimen? Diskusi 8.30 malam

Kerajaan lulus bina projek RKAT bernilai RM156 juta di Butterworth - Mohamed Khaled
Kerajaan bersetuju meluluskan pembinaan baharu projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) bernilai RM156 juta di Pangkalan Udara Butterworth.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Buka ruang kepada lebih banyak Jawatankuasa Pilihan, Usul Persendirian - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen akan membuka peluang kepada penubuhan lebih banyak Jawatankuasa Pilihan Khas. Manakala, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berpandangan RUU ini akan beri peluang kepada lebih banyak usul persendirian diangkat dalam Dewan Rakyat untuk dibahaskan.
RUU Perkhidmatan Parlimen: Pastikan pegawai kerajaan tidak takut-takut bantu wakil rakyat pembangkang - Penganalisis
Pengarah Eksekutif Institut Reformasi Politik & Demokrasi (REFORM), Idzuafi Hadi Kamilan berkata Rang Undang-undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen memberi kuasa kepada parlimen untuk menentukan perbelanjaan dan perjawatan institusi berkenaan. Lanjutan itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran & Politik Universiti Malaya (UM), Dr. Mohammad Tawfik Yaakub menjelaskan, RUU berkenaan juga memastikan setiap pegawai kerajaan membantu semua wakil rakyat dengan mandat yang jelas, tanpa takut dan bimbang. #AgendaAWANI
Wanita ditemukan maut dalam bilik, dipercayai dibunuh
Seorang wanita berusia 52 tahun ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Taman Seri Pokok Mangga, Melaka pada Ahad.
MB Kelantan jumpa PM bincang kerjasama demi rakyat
Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud bagi membincangkan tentang usaha menambah baik kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Gula-gula kenyal masih dijual di pasaran, CAP minta haramkan terus
Menurut CAP, berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati gula-gula seperti itu termasuk gummy mata masih dijual secara terbuka.

Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.

Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.

Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.

Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.

Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.

Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.

Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.

Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.

Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.