Perpecahan dalam masyarakat boleh dielak jika ajaran agama difahami dan diamalkan dalam erti kata sebenar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata dalam masyarakat Islam sendiri, perkara yang dilarang agama itu masih terjadi disebabkan Islam digunakan atas kepentingan politik dan peribadi.
"Ini antara sebab berlakunya perpecahan masyarakat dalam negara, sedangkan jika mengikuti dan mengamalkan Islam yang diajar Imam As-Shafie, perkara ini tentunya tidak terjadi.
"Namun, hari ini, dalam kita bercakap tentang Islam kita masih melakukan perkara yang salah dari sisi masyarakat dan agama," katanya ketika berucap pada majlis iftar Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Hadir sama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Setiausaha Agung Kehormat Perkim, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor.
Dr Mahathir berkata memahami larangan yang diajar Islam dan mengamalkan apa yang diajari penting bagi memastikan orang Islam dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat, khususnya yang bukan Islam.
Beliau berkata antara sifat sebenar orang Islam ialah adil, bertanggungjawab dan boleh dipercayai yang apabila sifat-sifat itu diterjemahkan dalam kehidupan seharian akan mengundang keyakinan orang untuk bekerjasama dengan orang Islam.
Perdana Menteri turut menarik perhatian bahawa masyarakat di negara ini perlu bersyukur dengan nikmat keamanan yang dikecapi sekaligus membolehkan mereka mengamalkan ajaran agama tanpa sebarang kebimbangan.
"Berbanding negara Islam lain, kita di sini diberikan keamanan yang baik dan boleh melakukan ibadah, aktiviti beragama seperti berpuasa dan mengadakan majlis berbuka puasa tanpa bimbang diserang oleh mana-mana pihak," katanya.
Mengenai Perkim, Dr Mahathir, yang juga Yang Dipertua pertubuhan itu, mengingatkan anggotanya agar melakukan kerja-kerja dakwah berpandukan ajaran Islam yang sebenar.
Beliau berkata setiap ayat Al-Quran yang digunakan ketika berdakwah perlu disertai perlakuan yang menggambarkan ketinggian dan kebaikan Islam, yang boleh menjadi paksi menarik golongan sasar menerima agama suci itu.
"Sebab itu perlu faham ajaran dan larangan yang diajar Islam dan jika perlakuan kita sama seperti diajar agama Islam, saya yakin tanpa penjelasan yang mendalam pun, orang lain akan menerima Islam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2019

Dr Mahathir menyampaikan ucapan pada Majlis Iftar Bersama Perdana Menteri di Bangi hari ini. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kawal, adakan garis panduan aktiviti kebudayaan dan kesenian - Mufti
Ia perlu supaya aktiviti tersebut tidak menyimpang daripada ajaran agama, nilai murni dan budaya ketimuran.

Polis dan JAIPk kerjasama bendung kegiatan salahi akidah di Perak
Susulan penyebaran ajaran meragukan yang berselindung atas faktor ekonomi bagi mengembangkan pengaruh.

JAIPk kesan ajaran agama meragukan
Umat Islam di Perak dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan mengkaji latar belakang individu atau kumpulan agama.

Umat Islam dinasihat tidak terpengaruh ajaran PMYT elak ancam keselamatan negara
Umat Islam di negara ini dinasihatkan mempelajari agama secara kelompok daripada masjid dan surau yang merupakan medium jelas serta dipantau oleh jabatan agama.

Elak perpecahan dengan ikut ajaran Islam sebenar - Dr Mahathir
Beliau berkata dalam masyarakat Islam sendiri, perkara yang dilarang agama itu masih terjadi disebabkan Islam digunakan atas kepentingan politik dan peribadi.