KUALA LUMPUR: Pada 9.17 pagi waktu Nepal (11.32 pagi waktu Malaysia) pada 12 Mei, N. Elanghovan berdiri megah di puncak tertinggi dunia dengan perasaan gembira dan apa yang lebih membanggakan lagi, menjadi rakyat Malaysia tertua menakluk Gunung Everest.
Bagi pesara Tenaga Nasional Berhad berusia 64 tahun itu, ia adalah 'satu misi terlaksana' selepas menetapkan impian untuk menakluk gunung tertinggi di dunia itu, kerana hanya menjejakkan kaki di 'Kem Induk' Everest pada 2014.
"Berdiri di puncak dunia adalah suatu yang sukar untuk digambarkan. Kejayaan merealisasikan impian saya ini seperti 'perasaan berada di puncak dunia'. Segala kerja keras dan pengorbanan yang dilakukan membuahkan hasil," katanya yang lebih dikenali sebagai Elango, kepada Bernama.
Beliau dengan bangganya turut menunjukkan sijil bertarikh 14 Jun 2022, dikeluarkan Jabatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Penerbangan Awam Nepal, yang mengesahkan kejayaan pendakian ke puncak gunung setinggi 8,849 meter itu.
Elango telah mengemukakan permohonan agar pencapaiannya itu tercatat dalam Buku Rekod Malaysia (MBOR).
Dalam jawapan e-mel bertarikh 21 Jun, MBOR memaklumkannya bahawa panel hakimnya telah memberi lampu hijau kepadanya, untuk disenaraikan sebagai rakyat Malaysia tertua berjaya mendaki Gunung Everest pada usia 64 tahun.
Sebelum ini, rekod bagi kategori tu dipegang Allahyarham Idris Said dari Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Idris merupakan ahli ekspedisi Persatuan Kembara Negara (PKN) Everest pada 2007 dan mencapai kejayaan itu pada usia 52 tahun. Beliau meninggal dunia pada 1 Jan 2017.
Elango merupakan anggota pasukan ekspedisi tiga orang yang termasuk T. Ravichandran, 57, lebih dikenali sebagai Ravi Everest. Pendaki ketiga dalam pasukan itu ialah warga India yang berpangkalan di Amerika Syarikat Sidharth Routray, 40. Ketiga-tiganya berjaya sampai ke puncak Everest.
Ditanya mengenai misi seterusnya, Elango berkata beliau merancang untuk menakluk G7 atau tujuh puncak di tujuh benua - dalam percubaannya untuk menakluk semua puncak tertinggi.
Dengan Everest di Asia dan Gunung Kilimanjaro di Afrika (5,895 meter) yang dilakukan pada Ogos 2016, Elango berhasrat untuk mendaki Gunung Aconcagua (6,961 meter) di Argentina, Amerika Selatan; Gunung Denali (6,194 meter) di Alaska, Amerika Utara; Gunung Elbrus (5,642 meter) di Rusia, Eropah; Gunung Vinson Massif (4,892 meter) di Antartika dan Gunung Kosciuszko (2,228 meter) di Australia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 25 2022
Pada 9.17 pagi waktu Nepal, 12 Mei lalu, Elango berdiri megah di Gunung Everest, puncak tertinggi dunia. --fotoBERNAMA
Nahas ngeri Ayer Keroh: Kertas siasatan syarikat lori disyaki punca kemalangan kini lengkap
Pengusaha syarikat lori itu telah dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Qatar, Mesir, AS komited pastikan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza
Qatar, Mesir dan AS berikrar untuk menjamin pelaksanaan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas.
Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.
AWANI Pagi: Harapan dan cabaran gencatan senjata Gaza
Fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman melihat kepada cabaran persetujuan perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas yang akan menamatkan perang di Gaza berpanjangan selama lebih 400 hari. Ikuti diskusi bersama penganalisis politik Sunway University, Profesor Dr. Wong Chin Huat.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Tiga beradik mangsa lemas selamat disemadikan
Tiga beradik mangsa lemas di Sungai Terengganu selamat disemadikan dalam satu liang lahad pada petang Khamis.